Thursday 19 April 2012

SYABAS..Takder air..

Tunggang langgang hidup aku. Gara2 syarikat bekalan air Selangor (SYABAS) memotong bekalan terpenting di dunia ni. Cuba korang pikir, takder letrik takpe lagi, bulih kita guna lilin ke ape kan? Tetap boleh menerangi kegelapan yang pudar tak bercahaya nih. Tapi kalau takder air nak ganti ngan ape? Tisu, batu, kain? Boleh wat mandi kew semua tuhh. Haa, jawabb.

Nak kata tak bayar bil, setahu aku, tak penah pulak ader tunggakan. Tup tup terpampang notis kat dinding lif, mengatakan bekalan air akan di potong. Dan tanpa segan silu terus potong. Satu apartment berbusuk busuk han. Huhu.
Tak tahu la aku sape yang salah. Tanya mentenan, diaorg ckp takleh wat ape, tunggakan banyak sangat. SYABAS punya officer bilang, paling busuk pun mesti bayar RM10000 katanya. RM 10000 cakap kau!!! Kalau tak, air tak akan di salurkan balik. Dah macam duduk kat PALESTIN dah. Cuma kat sini tak kena bom je.
Kat notis tu tertera RM21 ribu ++ tunggakan yang perlu dijelaskan . yang menjadi persoalan nya, mana datang nya tunggakan sebegituhhh. Lagi satu, pagi naik notis, tghr dah potong. Fuhhh cekap giler diaorg wat kerja. SYABASSS bety. Takpon dah banyak kali dapat notis, mentenen yg simpan buat pekasam. Huhu. Siapa tahu.
Agak2 korang sape yang guna air tak bayar ni? Sampai berpuluh puluh ribu bagai. Pas tu yang dok bayar tiap2 bulan ni macamana? Tak paham aku. Dari masalah sampah sarap yang tak berkesudahan, di tambah pulak masalah kebakaran (api misteri). Ni masalah air. Nanti kompem masalah letrik pulak. Notis tunggakan dah naik gak tuu. Lagi dasat, RM80000 lebey cakap kau. Fuhh, complete.. aku ingat kalu wat movie kisah aku ni mesti box office, kalah ombak reinnnduu.
Aku balik kerja tadi berpusu pusu yang dok punggah air, sampai aku nak naik lif pon kena tunggu 3 trip. Kesian aku tengok. Nak marah pon ader.
Dah aku punya pewaris takhta punya besday party pon terpaksa di kensel. Camana la aku nak cakap kat org kampong sekelian alam ni. Huhh. Rosak ana punya majeliss.
Beriban aku punya masalah kan?? Pindah rrr. Komplen komplen komplen… thee



No comments:

Post a Comment