Monday 19 November 2012

alamak terlepas

entah kenapa perut aku memulas sangat. dari dalam keter lagik aku dok tahan. jangan pulak kau keluar wahai sang angin. haa, aku pasti semua org mengalami keadaan yang sama ngan aku, cuma cara je berbeza. teringat masa dulu2, gi mana2 ngan bas. org2 lama berpesan, buang lah segala yang kau nak buang sebelum naik bas tuh. sama jugak lah kalau yang naik kereta. buat nya dia datang time dah gerak, mau tak nya berpeluh kau menahan. sampai menggigil pun ade.

satu pengalaman terjadi bila mana aku melalui jalan jabor bukit besi. toilet yang ada hanya kat cheneh, selepas tu takkan jumpa lagi toilet sehinggalah sampai di al muqtafilbillah shah. jarak nya lebih kurang 2 jam perjalanan. nak dijadikan cerita, time tu jugak lah pundi kencing aku nih buat hal, tak dapat menampung bebanan. adoi, bagai nak pecah dah ni. dah la malam buta, seram pulak tuh. kalau tak hutan belantara, ladang kelapa sawit. nak berenti menyiram pun takutttt.

aku ingat aku sorang je yang menderita time tu tuh, rupanya amoi aku pun sama. nak tahan kencing satu hal, nak tahan gelak pun satu hal. sampai satu tahap, nak bercakap pun tak boleh, terkepit kepit. punya la hantu penderitaan nih. macam2 idea spontan yang keluar, guna pampers pewaris aku la, tekap pakai tuala la. semua nya gagal dapat kata sepakat. yang paling best nya, guna botol. tapi yang tu pun tak berjaya, maklum la, kalau macam aku ni laki senanggg. dah mantan awek aku ni pompuan, camanee??? lagi pon tak sanggup aku nak tengok awek aku tu menderita sensorang. biar lah kita menderita bersama. huhuhuhuhu.

akhirnya, aku rasa macam stereng keter pun nak patah bagai akibat pautan menahan kehornian ni nih, terpaksa jugak aku memberhentikan keter. hutan rimba pun hutan rimba lah, aku dah tak boleh menahan nya. berbekalkan mineral water, kat tepi keter tu jugak lah aku melampiaskan nafsu kencing tuhh. eeee, seram tengok keliling. aii lama pula dia menyiramm, bila nak berenti nih. overload la katakan. ngeee. akhirnya lepaslah segala kesusahan dan penderitaan aku tuh, berbekalkan jugak mineral water yang tinggal separuh tuhh, aku hulurkan pada amoi aku tuh. nahh, u punya turn. enjoyyy. punya la sombong, dia taknak. ok takpe, menderitalah u sorang2. kifkifkif. masuk je keter aku terus kan perjalanan. pastu mulalah amoi aku tu mintak aku bawa keter macam mykel shumeker, tersangat tak tahan katanya. tu la, org suh membajai tanaman tadi taknak. huhu. akhirnya kami sampai kat petronas al muqtafilbillah shah dan hajat amoiku tu pun tercapai.

berbalik kepada ayat pertama aku kat atas tu, ape yang aku nak cerita sebenarnya tentang keperihatinan bekas awek aku tuh. ade ke dia sound aku, suh aku perlahan sikit ape yang aku buat kat dalam toilet tuh. sangat jelas kedengaran kat luar nih ha. OMG OMG OMG.

alamakkk jangan cakap kuat kuattttttt

berbisik dah le kan? ape rrr. malu den. dah la mak kepada bini pertama aku ada. nasib baik adik ipar aku n org rumah beliau kuar pi jalan jalan. kalau tak malu kuasa 2. huuuu. btw, im sorii, kata amir. maklumla, injap den ni tak leh kontrol sebab lama sangat dok menahan nya. ingat nak lepas sikit sikit, sekali dia sembuq sekali harung. hahahaha.

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

bye chiii...

Wednesday 14 November 2012

butterfly in action

huhu, tajuk cam best. keluar je rumah pagi tadi, maklum la, pewaris takhta aku takde, makanya awal la kuar pi kerja. selepas tolak keter yang blocking keter aku. cam biasa hari2 kena tolak keter org. dah macam tada kerja lain dah aku ni.

sambil2 dok hirup udara pagi, sementara menantikan enjin keter panas. maka terpandang la sekumpulan rama2 yang besau bertenggek antara satu sama lain betol2 kat atas batu jemala patik ni ha. aku ape lagi bukan senang nak jumpa menda2 macam ni nih, terus la snap sekeping dua untuk di kongsikan bersama.

saksikan...






kembali terasing

haa, kalau sebelum ni kembali terjalin, sekarang ni kembali terasing. begitulah keadaan nya. keberangkatan pulang semula putera mahkota aku tu ke kampung halaman bekas tunang aku tu mendatangkan impak yang kuat keatas aku dan amoi aku nih. di mana, suaranya masih lagi terngiang ngiang di telinga kami ni walaupun dah 2 hari berlalu.

maklum la, pewaris takhta aku tu dah pandai macam2. mana tak riennnduuu nya. pandang menda ni teringat menda ni, pandang menda tu teringat menda tu. haishh. teringat kembali cerita dulu2 di mana, bekas tunang aku tu menderita rindukan aku nih. perasaan nya lebey kurang macam ni la kot, agaknya la kan? aku mana tahu menda2 nih semua, takde pengalaman la katakan, ngee.

ok lah, tak leh cerita lebih2, nanti kan malam kang tidor luar, huhu. seperti biasa, sebagai penutup aku kepilkan beberapa keping gambar sebagai renungan. selamat beramalll.

btw, ni gambo sebelum keberangkatan pewaris tahkta aku tuh. chowww.













Monday 5 November 2012

lebai maghrib

teringat kisah dulu dulu, bilamana aku masih di bawah tanggungan mak bapak aku. tanggungan di sini bukan nya tanggungan dosa pahala. dah cukup besau dah, dah baliqh dah pun, mimpi ehem ehem pon dah, ader tuh sampai 2 3 kali dah pon. ngee

tanggungan duit, makan minum, tempat berteduh dan macam2 lagi lah. time kecik kecik biasa la kan, bukan nya sempurna sangat. malah takder nya yang sempurna. sembahyang sekali sekala  n jarang jarang je. yang jelas nya maghrib paling banyak dan jarang miss. tu pon pasal dah habis main, kena mandi. time tu lah sebok nak sembahyang nya. waktu waktu yang lain ntah lempar kat mana.

lagipon bila maghrib kan semua org ader kat rumah, so, kena le smayang, karang kantoi pulak. macam la mak bapak kita tu tak tahu.

yang aku nak criter kat sini nih opkos la rutin harian putera sulung aku nih. pantang dengar azan, cepat2 dia amik sejadah n sembahyang. belum pun habis azan lagik. konsortium cepat ekspress betol. angkat takbir bagai nak pecahkan kepala satu hal.

kalau ikut kan prestasi semasa memang mengalah kan lebai maghrib nih. sebab yang aku dok perati nya subuh je beliau miss, yang lain terrr over ontime. huhu






sekian..

mandi manda

tak boleh nak dinafikan lagi bahawasanya pewaris tahkta aku ni memang sukakan air. pantang ajak mandi,  tak kira la pagi ke malam ke ok saja. mesti ikut genetik aku. berbeza ngan ibu susuan dia tuh. pagi sejuk tghr sejuk malam sejuk. tak paham beta.

oklah, aku takleh nak merapu panjang. takde idea, ni hah sekeping dua gambo bermandi manda. cuma aku ngan pewaris aku je. takde sebarang awek yang cun n maveless pun yang join. kalau ade yang seksi meksi mandi bersama kan bagoss, kankankan.









sekian...


Thursday 1 November 2012

amoi mengamuk pecah pintu

keaktifan cucu mak aku tu dari kecik sampai besar maintain je. tetap culas dan bertenaga. kadang kadang timbul gak kegusaran kat benak pikiran aku nih. mamat ni tak tau penat ke? kalau dapat tengok beliau rehat n statik je tak wat ape2 alang kah gumbira nya hati den, 2 3 minit pun cukup lah. ni tak, ade je yang di buat nya. berlari situh manjat sinih, nyorok situh tarik sinih. pantang pintu terbuka, tak smpai 3 saat ade lah beliau dok selongkar macam2.

so, sekarang ni tiada pintu yang di biarkan terbuka sepanjang beliau bermastautin di shah alam ni. lorong dan laluan pun aku dah block. yang nak di jadikan criter nya nih, malam semalam terjadi satu peristiwa di mana pintu bilik beradu aku ngan amoi aku tu (a.k.a pintu bilik yang sama di mana permulaan detik detik terjadi nya pewaris tahkta aku tu) bermasalah. ngee.

tombol berproblem menyebabkan amoi aku tak dapat masuk bilik. biasalah penat2 keje, balik2 tak dapat masuk bilik. mahu tak marahhh. huhu. aku pulak kena stay back sebab ada shooting drama julia kat MSU, so tak dapat le aku nak nolong. lagi pun biar lah amoi aku tu berdikari, dah besor panjang dah pun. takkan benda cam tu pun nak kena HERO nih yang settle kan, btoi tak?

di pendekkan criter, lebih kurang kol 12 tgh malam baru aku balik, masuk2 je dalam rumah tergolek anak branak tidor atas lantai beralaskan toto dan kompeter. huhu. ternyata usahanya tak berhasil. melihatkan keadaan tombol pintu tu, aku tahu amoi aku tu bekerja keras. mana taknya berkecai tombol pintu tu di kerjakan nya. mungkin dah give up tak pun terlalu penat, terus tertidur, sampai ke sudah tak leh masuk. yang aku pasti pewaris aku tu la yang paling sibuk time tu tuhh. nak tak nak aku terpaksa men macgyver kan diri aku nih. dan tak sampai 3 minit pun dah boleh bukak pintu tuhh. moralnya kaum amoi sekalian alam heii, jangan lah kamu bersifat ego dan angkuh, jangan juga kamu merasakan kamu boleh sempurna tanpa lelaki. ke situ pulak..heeee.

haishh, slalu tersalah topik. aku nak criter rasa bersalah aku pada pewaris harta aku tu. sebelum ni bahagia je kat BUTUT, haaa jangan tersalah sebut. lain jadi nya. huhu. datang je kat shah alam ni terkurung je tak kuar mana mana. pantang bunyi hon ataupun bunyi bising kat luar terus gembira bertepuk tangan, konon nya somebody datang nak amik beliau jalan jalan. mungkin beliau ingat masih berada kat kampung yang mana selama ni ada je tok sedara ke sepupu sedara ke bapak sedara ke yang hari2 datang melayan nya n bawa nya p jalan2. kesiannn.

akhir sekali, sambung balik cerita tombol pintu tadi, tak tau la mcm mana tokwan imoh nya nak menkontrol cucunya tu memandangkan satu bilik tak leh tutup tu. harap2 evritim ok. dah panjang aku merapu nih. maklum la, satu tajuk 2 criter katakan.

ok, cawww.