Monday 22 April 2013

motor baru

kol 5.30am timbalan presiden aku tu dah bangun. kejut kan ibu kandung beliau dan tunjuk2 ke arah guess room sambil bagitau nak motor. nak utooo nak utooo, bromm bromm katanya. siap ade sound efek tu.
 
maklumlah dapat motor baru, hadiah daripada ongoh ongoh beliau sempena besday nya. bromm bromm saje.
 
dalam pada dia dok sonok sonok menunggang dan menonggeng tu, yang tertunggang dan tertonggengnya aku ni lah. mana taknya, pewaris aku tu bukan nya pandai nak kontrol motor beliau tuh. aku jugak lah yang terpaksa berlari lari anak menkontrolkan menda alah tu. bukan taknak biarkan dia main sorang2, kot kot la dia pi langgar ape ape ke. nak kata laju tak la laju sangat. tapi kalau buat nya tersepit tangan ke kaki ke, tak ke naye.
 
apepun tima kasih lah pada ongoh2 beliau yang sudi mensponsor hadiah nih. bapak n mak kandung tak yah beri ape2 dah, cukup dah kaseh sayang yang di curahkannn tu.
 
 
pada ude ude, tacu tacu, uteh uteh n tok tok termasuk wan wan sekalian jangan bimbang dan jangan gopoh gapah ye, masa pemberian di lanjutkan sampai bulan 4 tahun depan. ngeeee.
 
 
 
 
 
 


Thursday 18 April 2013

genap 2 tahun

Alhamdulillah.. semalam genap 2 tahun pewaris tahkta aku tu. no birthday party. setakat makan kek gulung tak berlilin bagai je. huhu. seronok lihat beliau membesar, bermacam karenah bermacam pe'eel. walau penat macam mana pun kite, walau letih macam mana pun kiter, walau ngantuk macam mana pun kiter, walau nak marah macam mana pun kiter, setiap aksi nya bisa membuat hati tercuit dan semua walau yang banyak kat atas tu akan mencair dengan sendirinya. ( yang tak mencair tu kena le sedas dua) ngee.
 
beliau ni dah boleh nyani lagu negaru ku, pantang jumpa bendera terus menyanyi. tak kira bendera ape, semua dia rembat, tanah tumpah katanya. kena pulak time ngundi nih, lagi la dasat. lalu je kawasan meriah ngan bendera terus wahhh antik nya anah umpahh mama. then, terus nyanyi. kalau aku atau pun awek tu aku ikut sekali nyanyi terus kena sound no! siap naik jari telunjuk hala ke kami, konon nya nak cakap tak yah ajar, dia dah tahu, hayya. kalau dulu aku nyanyi dia ikut sekarang ni jangan harap.
 
ok lahh, malas nak emosi panjang kali nih. ni aku kepilkan gambar budak berumur genap 2 tahun a.k.a Oo OoMeng Uu UuKa ( Ultromen Bertukar )..
 








sekian...
 
 
 
 
 


Tuesday 16 April 2013

hot and sticky

pukul 4 pagi aku rasakan sesuatu menda yang agak besar merayap kat kaki aku. dengan pantas aku bingkas dari bantal empuk aku sambil hati berdebar debar benda apakah yang berani mengganggu aku di saat waktu yang paling enak di buai mimpi nih. belum pun sempat aku berbuat ape ape, menda tuh terlebih dahulu memberi riaksi setelah menyedari kehadirannya di ketahui. maka kedengaran lah suaranya yang nyaring lagi menyeramkan bertempik memberitahu "yokkkkkkk" aduss, pewaris tahkta aku tu berakkk, kol 4 pagi pulak tuh. hayya, pukul lain takleh berak ke? pastu pandai pulak menyelinap nak turun katil senyap2. konon nya aku tak perasan. lainlah kalau bekas awek aku tuh. haaa.
 
sambung balik cerita aku tu, dengan sepantas kilat aku memeluk anak aku tuh, kononnya nak bagi beliau rilek la. takpe anak ku berak lah, sesungguhnya berak itu adalah normal. bapak pun berak, cuma bapak tak berak dalam pempers. huhu. sambil menepuk nepuk bontot nya. tapi sedara sedari yang dirahmati Allah niat baik ku di balas ngan sesuatu yang sangat menyayat hatiku. rupa2 nya unwanted waste nya itu dah bergelumbang n kucar kacir ke segenap bontot nya. panas dan melekit,, sungguh berbeza perasaan nya, yang mana ketika membasuh nya lain, dan ketika tak bersedia pulak lain. patut la time aku nak peluk beliau tolak2, tak olehhh... katanya pelat pekat haa.
 
satu benda yang agak mencabar kewibawaan para ayah seluruh pelosok dunia, yang mana boleh mengganggu keseimbangan alam, tapi Alhamdulillah aku dapat hadapinya ngan berwawasan. setelah segalanya selesai, aku berkemas kemas untuk menyambung ape yang terbantut tadi. tetiba pulak dia minta magic stick pusing2 dia. biasa la menda baru, tak puas main. hayya, dah aku sorok boleh pulak dia ingat. dari kol 4 sampai kol 5, dari kol 5 sampai kol 5 setengah, haissshh ni tak boleh jadi ni. bila dia tak tido aku pon takleh tido, so aku terpaksa gunakan kuasa veto aku yang mana kuasanya pasti boleh membuat beliau tido. huhu. dan setelah beliau tido barulah aku pun dapat tido n terlambat lah datang kerja akibat terbabas.
 
magic stick pusing pusing
 
 
 
 
 
 
 

Monday 15 April 2013

botak chin kembali

lama jugak aku tinggalkan blog aku nih. takde ape nak criter takdek ape nak berbicara. kali ni aku kembali tampil (ok ke ayat tuh) walaupun dahulunya aku mengatakan blog aku ni akan hanya beroperasi bilamana pewaris tahkta aku bersama aku saja. haa, jangan nak sebar2 fitnah pulak bila baca aku tulis mcm tuh. ada pulak yang cakap kenapa dia ngan anak dia duk asing? ke dia ngan awek dia dah tak sebumbung dah? bajet glamourr pulak beta ni ye.
 
biasalah dunia sekarang, macam2. jangan risau adik kakok kami masih di bawah satu rumpun dan satu malaysia haha, Alhamdulillah, malahan kami ni makin erat, kemah kemim rapat jittt org singapore kata.
 
berbalik kepada topic tadi tuh. tetiba je hari ni aku nak menjengah, mengopek dan mengupas kembali apa yang aku mulakan dulu. nak kata takde criter yang nak dikongsikan, banyak jugak cerita nya. yang besttt ader yang panas ade malahan yang hot meletop pun ader. tapi tu la kan, criter pewaris tahkta aku jugak yang aku publishkan. maklumlah dah belogg dia.