Friday 27 January 2012

weird pictures

masih lagi dalam keadaan tiada mood n takde idea. so, aku pamer kan gambar2 pelik yang aku dapat kat email je la.. mungkin boleh mendatangkan kelucuan takpun mendatangkan keserabutan. bagaimanapun ianya berjaya dengan cara nya tersendiri. whateverrr









Wednesday 25 January 2012

knife

You touched my life
with a softness in the night
my wish was your command
until you ran
out of love
I tell myself I'm free
got the chance of living just for me
no need to hurry home
now that you're gone
Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded
knife
cuts like a knife
you cut away the heart of my life
When I pretend when I smile
to fool my dearest friends
I wonder if they know
it's just a show
I'm on a stage day or night
i go through my charades
but how can I disguise
what's in my eyes
Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded
knife
cuts like a knife
you cut away the heart of my life
I try and try locking up
the pain I feel inside
the pain of wanting you
wanting you

.....knife by rockwell.....

Tuesday 17 January 2012

choices..

no one else can ever make your choices for you. your choices are yours alone. they are as much apart of you as every breath you will take, every moment of your life.



you cannot manage your life if you do not manage yourself. you cannot manage yourself if you do not manage your choices. manage your choices, and you will manage your life.

Friday 13 January 2012

ayam baik punya..

keghairahan & kehornyan terbaru anak sulung mak mertua aku. ayam panggang beraneka rasa. haihh, jenuh aku minggu ni. pas separuh, separuh di panggang nya. minggu ni saja dah habis satu reban ayam kalo ikut pengiraan aku. sampai kedai depan tu pun naik muak tengok muka aku ni, datang2 je ayam. masuk rumah pun dah macam masuk kenny rogers dah.

ayam panggang bermadu la ( jgn minta madu sudah ), ayam panggang berlemon la, ayam panggang kenny rogers la. mcm2. siap berkongsi cara dan cerita kat blog2 lagi. hayya. yang jadi mangsa nya aku dan pewaris aku ni la. bau pun dah macam ayam dah. bukan itu saja, sampai tido pon siap boleh berkokok pewaris aku tu.

maklum la suri rumah tangga sepenuh masa, boring2 masak le. tapikan amoi aku tu bukan jenis yang rajin sangat masak memasak ni, ajaib? ke aku yang nak dapat madu?? chaitt..

jangan pulak lepas ni dia minta belikan kambeng sudah. harap2 la tak merebak sampai ke kambeng. mati woo.


sekiang. terima kasih. sayonara..

gambar bercakap..

hari ni aku malas nak merapu panjang lebar macam selalu. biar lah gambar yang bercerita. lgpon amoi aku cakap aku suka merapu. tulis berjela jela, point nya ntah kemana. betol ke? poyo le anak sulung mak mertua aku tu kan? tidak lain tidak bukan sedara sedari sekalian, sudah tentulah gambo naib presiden aku tu. cuma dia je yang sain kontrak jd model sepenuh masa ngan aku. bukan nya aku taknak amik gambar mak kandung nya tu, nanti ape pulak kata mak kedua nya, ngeee. lgpon kalo korang nak tahu, mak kandung nya tu tak potogenik, kehkehkeh..

gambo ni menceritakan tentang aktiviti pewaris aku tu kat rumah.. opss, biar gamba yang bercerita.


berfacebukim & layan youtube.


tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bergantung


tak reti nak isap menda alah nihh, hayya


 ingat i ni burung ke!! nak kurung2 pulak..haihh ape celupp.


fuhh, lega dapat nyorok bawah coffee table ni, boleh aku lanyak charger nih


macam la org tak nampak. huhuhu kantoi


salah satu lagi cara nak membendung keaktifan & kecergasan aku

akhirnya aku bebas. penin la pale amoi papa kawe tuh..


rehat lu beb, nanti aku sambung explore dunia nih

sekian, wassalam..

Thursday 12 January 2012

banggakah mereka?

aku baru selesai meng"edit" video clip lagu ayah dan ibu yang digunakan pada konvo yang lepas. kebiasaan pd konvo2 sebelum ini kami hanya menggunakan gambar saja, tapi kali ni kami membuat kelainan dengan menayangkan video ayah dan ibu. di mana kelainan ini ternyata mendatangkan impak yang memberangsangkan dan cukup untuk mengalirkan air mata ibu bapa dan para graduan. pepagi buta lagi, aku punya boss akan amik video graduan bersama parents mereka. ada scene yang betulkan jubah, ada gak yang dok betulkan topi dan mcm2 lah. kemudiannya beliau akan serahkan footage itu kepada aku untuk di edit untuk ditayang kan masa break majlis tu nanti. Alhamdulillah segalanya ok. dan aku dikehendaki memasukkan lirik nya untuk tujuan arkib.




tanpa di paksa dan tanpa di minta, mata aku berkaca dan hampir menitiskan air nya. tiba2 terasa sayu dan rindu pd mereka yang bergelar ayah dan ibu. ya Allah, sesungguhnya aku berdosa. lagu ayah dan ibu ini bisa  membuat dada aku sebak dan nafas aku tersekat sekat. itulah perasaan yang dapat aku gambarkan ketika ini. pengorbanan yang diberikan sangat tak ternilai. kasih sayang yang di curahkan tak pernah kurang. bangganya aku memiliki mereka. tetapi, bak kata dr M, melayu mudah lupa. aku lupa pada mereka, lupa pada pengorbanan nya, aku lupa pada kasih sayang nya. aku lupa segalanya. apa alasan patut aku reka? akukah si tanggang anak derhaka?

aku rasa, akulah segala nya bg mereka. kata2 aku juga penamat semua nya, hati aku pernah berkata untuk membahagiakan mereka, tapi bagaimana? aku rasakan kehadiran aku ni hanya membebankan mereka. tiada satu benda boleh mereka banggakan. sesungguhnya aku ni banyak berdosa..

aku harap aku berpeluang menebus segalanya, akan aku usahakan walau bagaimana cara. tapi, makin lama makin terbalik jadinya. mungkin kerana aku juga manusia, tapi jenis yang terlalu banyak dosanya.

semalam ayah aku talipon dan bagitahu tentang harijadinya. hebat nya aku. sampai ayah terpaksa ucapkannya. harapkan aku lupa ntah kemana. satu lagi bukti yang jelas nyata, bagaimana aku ni sebenarnya.

inikah anak yang mereka ingin banggakan???

burukkan diri sendiri nampak. wat malu je. siap macam syair lagi.. chow dulu la, sebak ni.. huhu

Thursday 5 January 2012

nasi lemak hindustani hey..

putera mahkota merangkap timbalan presiden aku ni semakin hari semakin pelik aksi nya. malam tadi nak dijadikan cerita, balik dari dinner  aku bukak la tv. sekali cerita hindustan, dato' shah rukh khan berlakon. dato' wa cakap lu. aku pon layan. korang tahu la kan cerita hindustan, mesti ada adegan nyanyi n tari menari. sekali budak kecik tapi berat tu suka. aikk, ajaib. tak penah dia suka menda lain kecuali iklan je sebelum ni. siap tak bergerak, mcm tunggul je melayan. baguss, kalo tak jenuh dan tak menang tangan nak menjaga nya. aktif sangat, dah maksud nama nya pun cergas. huhu.

aku pelik le, putera sulong aku tu sukakan lagu nya ke atau pon heroin nya? siap ketawa berdekah dekah lagi. dah la crita tu agak menjolok mata para pelakon nya. apepom tak kisah r, janji dia tak wat perangai. hihi. sedang asyik aku dan pewaris aku dok melayan criter tuh, amoi aku pulak lain criter nya. dok kat dapur. ntah ape di buatnya pon aku konpius. nak kata lapar, baru pas makan. heran. rupa2 nya dia nak bikin nasi lemak wa ckp lu. td kempunan nak makan nasi lemak cinta sayang. dari awal lagi dok cakap teringin makan nasi lemak. cuma aku je menolak. kesian. alamakk, ke aku nak dapat pewaris kedua? mengidam ke dia. hayya. terus aku jadi detective conan, tinggal kan pewaris aku tu layan hindustan sorang2. selepas di soal siasat oleh aku, rupa2 nya amoi aku tu hanya teringin makan je, bukan nya mengidam. huhu wat suspen je. nasib baek aku tak hebahkan kat org kampung sekalian alam.

aku tinggalkan beliau dengan idea beliau tuh dan kembali bergabung ngan pewaris aku. perghh, tak berganjak langsung, kaki hindustan ke budak nih? parah2. siap menguap ngantuk giler dah aku tengok. tetap tak mahu tido. mengamuk ngamuk bila aku wat masuk bilik. ish ish ish. nak tak nak bagi je lah dia layan sampai habis criter tuh. so, bersengkang mata lah aku melayan dia menonton sampai kol satu lebey, criter hindustan korang tahu la kan, panjang berjela jela. ngam2 habis criter tuh, terus dia pengsan. yang mak kandung nya pulak tak siap siap nasi lemak nya. dah macam nak meniaga nasi lemak kat tepi jalan dah ropanya. dengan mata pun dah merah, kalau nak banding ngan hantu kak limah rasanya ok hantu kak limah lagi kot. ngee.

kesian aku tengok, tapi ok jugak mcm tu, bukan senang nak  makan nasi lemak amoi aku tu, jarang2 sekali je tahap kerajinan nya tuh. aku tabek spring la ngan beliau, memang berkaliber dan memang akan berusaha jika ingin kan sesuatu. sekali lagi aku biarkan beliau ngan keadaan beliau tuh, aku pon dah ngantuk tahap dewa dah ni. baik aku ikuti jejak langkah pewaris aku tu. aku pikir aku dapat tido ngan lena sebab mesti pewaris aku tu tak akan buat hal, dah tido lambat, mesti dia hanyut di buai mimpi indah bersama heroin hindustan kegemarannya tuh. tapi, setengah jam sekali menjerit tak tentu pasal bro. bagai nak merekah bijik mata aku ni ha. dah la mak kandung nya pengsan akibat kepenatan. aku gak la yang kena melayan karenah nya sampai dekat2 subuh, no more hindustan lepas ni.


akhir nya dapat le aku merasa nasi lemak cinta syg ( seperti gambar di atas ) amoi aku pagi tadi, siap aku puji sedap lagi. dan sejujur nya memang sedap la. tak rugi dia dok berguru ngan mak mertua si dhia hari tuh. kembang hidung kak limah kita tuh.. oklah, sayonara arigato. sempat snap gambo tu......

durian & senapang.. part 3 finale

aku kena buktikan yang aku ni sebenarnya hebat, kalau tak malu la aku. mana boleh balik lg. caitt, tak semudah itu wahai amoiku. dalam hati aku la. ekpresen kat luar maintain cool lagik. mana boleh tunjuk, hilang saham. huhu. sambil mata melilau dok mencari game apa aku nak main ni. maka, terpandang la satu game tembak menembak ni. perghh, bagus, aku pun agak berkeyakinan bab2 tembak menembak ni. maklum la, masa muda2 dulu nyaris2 jadi askar. hohoho, kali ni kau akan terpegun wahai anak mak mertua aku.

dalam banyak2 game kat sini, game ni la paling dapat perhatian. boleh katakan penuh la ngan laki2 yang nak tunjuk macho. agak nya dia org pun macam aku ni ha, cuba tunjuk hebat setelah di malukan. hihi. macam2 teknik diaorg gunakan. dah macam anok swaneneger dah masing2 aku tengok. macam rambo pun ada, giler ah diaorg nih. tp, target nya kat lain, pelurunya ntah kemana. hahaha, poyo betol. aksinya kemain lg, mengalahkan matt damon dalam shooter.

makin lama dok perati makin aku teruja. haihh nah, amik pewaris takhta aku nih. terketar ketar tangan aku nih. tak tahu la terketar ketar sebab dah gian nak menembak ataupun terketar ketar sebab lenguh dok dukong pewaris aku tuh. maklum la 10kg bro. 10kg beras takpe lagik, statik je. ni 10kg yg flexible, bergoyang goyang terlenggok lenggok. dengan macho aku maju kedepan, capai senapang bg token trus dapat peluru 3 butir. pelurunya ala2 penutup tabung uji gitu, cuma yang ni meterial nya kayu. kiranya, kalau terkena boleh cedera la. tp aku tengok minah penjaga ni selamba je duk mundar mandir dalam tu. tak takut ke. mungkin dah biasa kot. lantak la dia.

dengan gaya ala2 matt damon aku tarik pump senapang tu, sekali tak berdaya bro, kuat giler menatang pump nih. so, aku panggil la minah tu n cakap rosak ni. dengan selamba minah tu tarik bro, ok je katanya. ayokk malu nya. aku cam bese r, wat muka tak bersalah, oh salah cara rupanya, theee.. lepas tu dengan bergaya lagi aku sasarkan target. target aku tak lain tak bukan ialah helikopter kontrol punya hadiah. org hebat mesti hadiah yang hebat kan. peluru pertama, perrghh sikit je tersasar. wahhh, peminat aku kat blakang terpegun. tetiba je ramai kat belakang aku dok support. aku siap wat2 tanya lagik, nyaris2 kan? hoho naik syehh woo.

di pendekkan cerita, memang aku tok sey sampai part 4. peluru kedua aku pun sedikit tersasar dan kehornyan aku meletup setelah peluru ketiga aku tepat mengenai sasaran. dan ianya dipersetujui oleh para juri di belakang aku. tetapi, aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya memang panas sampai ke malam, sekali aku punya target tak terbalik. ajaibnya. nape tak terbalik? sedang kan peluru tu siap melantun balik lagik. bukan nya besau pun target tu, kecik tuihh jer. dah sah aku ditipu, aku tanya minah tuh, pehal? maklumla, dia pun saksikan ngan mata kepala dia sendiri dan dengan selamba dia cakap "u kena tembak kepalanya" hayya lu jangan kasi itu kelentong maa. so ape lagik, bertekak la aku kat situ. dia still cakap tak boleh, kena kasi itu target jatuh. bodohh, macamana nak bagi jatuh, aku minta tengok target tu taknak kasi. ni mesti tipu punya org ni. ntah 2 dia gam, takpun double sided tape. baik ko paku je terus. dengan sokongan beberapa org peminat aku kat belakang pon, tak leh wat ape. dia tetap berkeras tak nak kasi hadiah. siap tunjuk gambar2 bekas pemenang lagik. hayya, memang bodohh tahap raksasa oltromen woo. aku pun memblah kan diri setelah amoi aku cakap biarkan je. nasib baik peluru dah habis, kalau ade lagi, konpem minah tu jadi sasaran aku. dan peminat2 aku pun turut blah. mungkin taknak ditipu oleh penipu tu sampai tertipu. huhu

di pikirkan balik, nape la aku nak marah sgt. kami ke ekspo tu untuk suka suka je. hemm. malu je kat pewaris aku tu. ni sebab durian la ni. tak lain tak bukan. so, jangan makan durian sebelum pi ekspo ye. malam tu jugak amoi aku wat udang celupp tepung untuk mencoolkan perasaan aku. ape celupp. bila dah cool baru boleh tembak menembak kat rumah pulak. ngehngehngeh. saksikan gambo matt damon bersniper dan gambo minah poyo tu. udang celup tepung amoi aku yang sedap tu pun ada gak.. seperti biasa, gambar nya memang teruk sebab di ambil oleh amoi aku menggunakan ipong nya. bukan iphone ye. duit simpan tak cukup lagik untuk iphone. hihi




sekian.. chow shin chi.. dah tak bersambung..

Wednesday 4 January 2012

durian & senapang.. part 2

so, dengan rela dan terpaksa aku terus memecut ke seksyen 13. baik punya parking aku dapat. depan pintu masuk ekspo tu. maklum la esoknya kerja, jd tak ramai la yang datang. kalau weekend ni kompem penuh sesak. kalau di ikutkan hati aku ni, tak mahu nya aku p situh. tentunya ramai couple2 bertebaran di segenap ruang, rimas i. dah la seksi n seksa semuanya. untuk pengatahuan, ekspo ni bersebelahan je ngan msu tempat kerja aku. so, berdekatan jugak la ngan ptpl tempat kerja lama aku. jd, sudah tentu lah kebanyakan pengunjung ekspo tuh adalah student ptpl & msu. hayya, malu woo. (macam la aku ni glamer sangat sampai student kenal kan?)

seperti biasa, amoi aku ni pelik sikit. nak datang tapi taknak main ape2. ajak naik buai berpusing taknak, ajak naik kereta berpusing taknak, ajak naik kapal terbang berpusing taknak. ape dia nak ntahh? sebenarnya aku tak tahu nama2 menda alah tuh. aku main bedal je tuh. aku tengok semua berpusing so, senang le aku bagi nama. pastu, permaisuri beta ni berpendapat, dari dok main benda2 berpusing tu baik main game ala ala korea tuh. ala, game yang bila kena atau menang dapat hadiah tu.. alahai so suwitt. lg la aku malu bro, ape celupp. baling token nak dapat hadiah, tak mencabar lgsung. seperti biasa malu ke ape ke, alang2 dah datang main je lah.

dengan kemachoan aku p la tukar korea won bg mendapatkan token. 2 hinggit 1 token. ala ala korea gitu. cuma bezanya kat korea sejuk n kat sini panasss. berderai peluh cucu mak mertua aku ni ha. macam la aku penah pegi kan? biasa lah, macam kat muvee dan drama tuh, hero mesti dapat hadiah punya, baru la awek manja2 gituh..huhu. aku pon sama la, siap tanya lagi nak ape nih!! pergh. ye la, dah memang senang. baling bagi masuk dalam kotak je. ape punya game la ni heiii.. sekali aku baling tak dapat la beb. dan amoi aku baling terus dapat. hayya yo mo kau co aa. dua kali baling 2 2 dapat!! chi seng le. ni sudah lebih ni, aku wat2 la konon nya tak seprise. ala, nasib je tuh. dalam hati ni panas mendidih. mana atm mesin nih. duit bonus berkecai pun aku tak kisah dah kali nih. dipikirkan balik, sian pulak aku kat amoi aku tuh. aku wat bodo je, patutnya aku wat2 le gembira kan hehehehe. sorry morry strawbewii.. slalunya aku tak gitu. mabuk durian kot. dia pun mcm paham je tahap kepanasan aku tu.





kepanasan aku pada malam tu akhirnya sampai ke klimak nya. aku sengaja nak pendekkan crite aku nih. aku pon pelik apasal panjang sangat aku merapu nih? tajuk durian & senapang mana kisah senapang nya? asyik durian je. ke crita ni ada part 3? memang sedara sedari sekelian alam oii. tunggu episod seterusnya. aku kena stop. video konvo tak siap lagi ni, haihh. (episod terakhir nanti mengisahkan aku di tipu oleh penipu sampai tertipu) ni yang aku nak cerita dari awal sebenarnya, tak sampai sampai..apa daaa

sekian. bersambung..


Tuesday 3 January 2012

durian & senapang.. part 1

malam tadi punya pukulan, bahang masih terasa sampai skrg. itulah yang boleh aku katakan. sebenarnya aku ni bukan lah pemarah orang nya, pendendam jauh sekali. tp, peristiwa hitam yang tercalit di muka aku ini bisa merubah hidup aku selama lamanya. pertama kalinya aku di kalahkan oleh mak kandung putera mahkota aku. caittt, pantang datuk nenek jiran aku yang suka dera anak dia tuh. haa, kalau nak tahu kisah jiran aku tu, silalah klik tajuk my neighbour ye. tp sekarang ni kisah aku. fokus jgn tersasar.

memandangkan dapur aku tak berasap, biasanya time2 kul 7.30pm macam ni dah ting tang ting tang dah amoiku berperang ngan kuali. aku paham, awal2 bulan ni malas la berperang kan? so, habis je solat maghrib aku tanya la amoi aku nak makan kat mana. terus dia bersiap kau. dengan wajah agak2 horny manja gitu, nak makan durian katanya. aku ok je, aku pun dah kempunan tahap gaban dah ni.

so, gerai durian seksyen 7 jd pilihan aku. aku tengok best semacam jer. ada yang beli untuk makan kat rumah dan ada jugak yang melahap kat situ terus. memandangkan keadaan naib presiden aku agak baik jadi, aku berkeputusan makan kat situ. 10 hinggit 2 butir cukup la kot. cuma aku ngan penyusu anak aku je kan. sekali keagresifan penyusu anak aku terserlah la pulak, di minta nya tambah lg, sorang. ngee,  aku seperti biasa, ok je. lgpon bukan mahal sangat kan. makan la sepuas puas anak sulung mak mertua aku hei wale wale heii. haihh

alahai panjang nye intro. ni baru nak masuk crite tentang kepanasan aku ni. habis je makan durian tu, maka aku wat keputusan terus balik, walaupun idea asalnya lepas makan durian p la makan kat amin thai. tp perut dah terlampau penuh, dah tak leh nak isi dah tank kapcai aku ni. amoiku tank superbike, boleh lagi tu. tp dia pun dah surender dah. maklum la, td makan tak ingat dunia. siap nak minum air dalam paksa durian lagik tuh, konon nya boley menghilangkan panas badan. (ye ke petua ni?). aku ape lagi, terus mengsetopkan beliau berbuat demikian. malu beb, pewarisku pun tutup mukanya, hayya, ni mesti petua cik timah ni. hihi.

kisah kepanasan jiwa aku ni bermula disini. la, baru nak start ke? asyik2 baru nak masuk n baru nak start. kalu gini bila nak abes ni? haa, tu lah, tetiba je byk pulak idea pasal durian nih. thee. dalam perjalanan pulang amoi aku ni wat hal la pulak. dia ajak aku p fun fair kat sek13, kalau affair bagus jugak. konon nye anak pertama dia tu suka tengok lampu lampi nih. hayya ooo. sulah pukul saplos ma. aku mahu tengok itu celite jackie chan kat tv3 ma. bikin losak ana punya program. tp takpe, layann je le. mana tahu nanti ada sumthin sepesel kan? panas sama panas la katakan.ngehngehngeh.




di sebabkan cerita ni terlalu panjang, so aku buat stail movie lah. ada part 1 & part 2. sekian.

bersambung...

Monday 2 January 2012

last day 2011


pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. rasanya baru je tahun baru, tahun baru lagik?? tahun baru yang lepas berdua, tahun baru yang ni bertiga. ish ish ish, lumrah2. tahun ni aku tak pasang azam apepun, ok tak? azam tahun lepas ada lagik yang tak tercapai, so, aku ingat nak follow up yg lepas punya je. maklum le azam banyak sangat. tamak gituuu. Alhamdulillah, walaupun banyak yang tak berapa tercapai ada jugak yang suksess, antara yang paling berjaya dan mencabar ialah "smoking no more". berhenti merokok le tuh. haa, itu lah aku punya motto. walau pun tersangat lah susah azam ni, tp akhirnya aku berjaya. tp tak tahu le sampai bila. dengan dugaan2 yang makin mencabar ni, bau nya perghh, terngiang ngiang cakap kau. harap2 aku kuat le. katakan taknak pada rokok.


oklah, terus ke point nya. aku menghabis kan hari hari terakhir 2011 ni bersama aku punya family.  mesti la aku punya family kan? takkan ko punya pulak. hihi. dari  jusco bukit tinggi ke jusco bukit raja. kalau ada jusco bukit bukau pun aku pergi lah. akhir tahun la katakan, banyak jualan murah. mega sale la new year sale la, jualan penghabisan stok la, huh macam2 cara diaorg racun pikiran kaum ibu ibu nih. yang agak kritikal akibat kesan racun tu kaum2 bapak ni lah. btul tak? tapi nak wat camana. bukan untuk org lain kan. ni aku lampirkan gambo2 nya. gambo2 pewaris tahkta aku.



aku diwajibkan menghadirkan diri ke satu majlis perkahwinan yang berlangsung di putrajaya bertempat di dewan seri siantan. aku nak cakap hubungan aku ngan yang berkenaan pon aku tak tahu. biasa la sedara mara belah amoi aku. maknanya ada bau bau bacan la  ngan amoi aku kot, bau bau yang jauh agaknya. anak dato' lawan anak dato' cakap kau. meriahh. nanti aku ingat nak langsungkan kat situ gak le kalau ada rezeki. ngee. seperti biasa pewaris aku ni suka le kalau tempat2 yang org ramai macam tuh. semua org nak ditegur nya. boleh dikatakan habis la semua meja di tawafnya. lepas satu tangan ke satu tangan. sampai aku nak ambik pun taknak, ini sudah bagus, boleh aku melahap puas2. memang terbaekk makanan dia. servis pon ok. nah gambo yang teruk ni di snap menggunakan hphone amoiku, maaf le ye.





petang tu jugak aku berkejar kejar ke lcct. hantar ibu kandung amoi aku. flight  7:55pm ke trengganu. nak dapatkan boarding pass pun kena bayar rm10. ape daaa. tu la, sape suruh taknak amik sendiri boarding pass tu kat mesin. bukan salah amoi aku, dia tak tahu detail booking tu sebenornya, tu yang terpaksa tanya kaunter. tup tup, kena bayar. maklum la, dah lama tak naik air asia. sudah berubah rupenya. dulu tak macam ni. setelah semuanya selesai kami berangkat pulang. penat woo. tp, sempat gak snap gambo. saksikan.


tahun 2011 tak berakhir di situ, malam tu pulak aku ke ampang untuk berfutsal ngan adik beradik aku n adik beradik kepada adik beradik ipar adik aku, amboi panjang nya aku pon pening. nasib baik jalan tak jem. maka dengan kelajuan yang tak munasabah sempat la aku countdown new year bersama ibu susuan pewaris aku. masuk je rumah tinggal 5 minit lagi tahun baru, tp amoi aku dah berdengkur wa cakap lu. penat sangat kot. ape celupp. maka aku saksikan keindahan bunga api tahun baru di tingkap kondo mewah aku sensorang. ibarat naik helikopter beb. tiba2 je tersengih amoi aku kat sebelah, tekejut badakk aku. aku sangkakan hantu kak limah nak bergurau ngan aku. akhir nya, kami menghabiskan pertunjukan bunga api tu sampai tetidur. ehem2, aku pon dah nak tido. selamat tahun baru pada semua. semoga semua dapat yang terbaekkk. chow dulu bro. sayonara.