Monday 20 February 2012

plants vs zombie

pewaris takhta aku ni dah boleh berjalan. korang penah tengok criter zombie tak? tak pun penah main game plants vs zombie tak? ha, macam tu la gaya berjalannya. terhuyung hayang. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan. berusia 9 bulan lebey ni dah dapat bejalan aku pikir cepat le tu.

sekarang ni beliau baru memasuki alam 10 bulan an. dah start memanjat. pastu sengaja wat2 tergolek jatuh kebawah supaya ada yang sambut nya. hayya, bahaya woo. risau den. makan? tch tchh tchh, punya la banyak. kumpul tenaga la katakan. mak kandung nya la yang pening pale. i'm soli laling. kena kelija woo. sabtu, ahad n holiday boleh la. ok lah, letey la nak mengarang panjang2 ni. tgk la gambo nya sutir dua ni. maaf le ye, masih lagi berjersi manchester united. macam takder baju lain dah. maklum la kan, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

pewitt.. separuh bogel! mengalahkan jiranku yang horny


perghh, melentik. ape celop toq.


panjat  pastu lompat. gud boy


posing baek punya


bersedia sambut. tak sambut pun takpe. kepala ku kuat


melawan dan mengamuk. ish ish ish


sekian. terima kasih.

nasi ayam vs karot lebiu

dah lama aku tak merasa nasi ayam resepi cikgu leha nih. semalam dapat la merasa. ntah tetiba je kawan sebilik aku tu semangat nak memasak. maklum la, sabtu dan ahad katakan, segala urusan berkenaan pewaris tahkta aku tu di letakkan diatas batu jemala patik nih. so, banyak la masa terluang untuk kawan sebilik aku aku tuh.

sebelum kisah nasi ayam tu, adalah satu kisah ni, di mana kawan sebilik aku tu cuba buat seprise untuk aku. tetapi kantoi. aku tak sengaja pon nak mengantoikan nya. hayya, tanak cerita la. malu huhu. tengok gambarnya pun dah tahu. ringkas tapi penuh makna. tak penah aku jumpa karot bentuk lebiu nih. hahaha. pewaris tahkta aku pon konfius, ingatkan banana puff dia. dapat hidangan nasi tekap lagi kehkehkeh. aku pelik la, tak penah roommate aku tu berkelakuan pelik macam ni. suspen btol la. ke pewaris kedua bakal muncul? hihi. apepon thanks pada roommate aku tuh. susah susah je la.

aku makan sambil tersengih tu, ketawa pun ada. karot lebiu tu aku makan last sekali. tu pun gigit gigit malu. hahahaha. nak je aku nyanyi lagu aqasha, gigit2 cuping telinga kecil muuuuu. mungkin dah malu tu, kawan sebilik aku tu wat le nasi ayam, nak kaver la katakan.


kalu bab nasi ayam ni memang aku tabik spring la ngan roommate aku tuh. memang maveless. tak percaya datang rumah, takk percayaa datang rumah. apepon harap2 beliau teruskan semangat memasak tuh. oklah, tu saja aku boleh tulih tentang masak memasak ni. memang kalu bab masak memasak ni aku takde idea sangat. sampai jumpa lagi.. sekian.

Tuesday 14 February 2012

jiranku yang horny

walaupun hari tu aku ada tulis bahawasanya aku tidak akan lagi bercerita mengenai kawasan persekitaran rumah aku ni. tapi aku tipu jer tuh! muahahhahahah haii. kali ni  aku nak criter pasal jiran perempuan aku yang horny. bertudung litup bila keluar cakap kau. nak kata cantik tu tak berapa sangat la. tapi bila bertudung ni kira ok la sikit walaupun tak ok. btol tak.

minah tu tak cantek gini, kalu cantek gini.. slurpppp, betuah le aku. huhu

ada la satu hari tu aku kuar nak p beli pisang goreng. biasa la weekend, aku memang suka kuar jalan2 amik angin ni. nak di jadikan cerita, bila aku bukak je grill rumah aku, minah tu turut bukak pintu rumahnya. terbeliak mata aku geng. dengan selambanya dia kuar separuh bogel. tergugat iman ku. aku wat2 la tak tengok. tayangan free tu. hihi langkah kanan. dia pun macam cepat2 tutup pintu balik. so, aku pun konfius, asal nak malu2 pulak. tayang je la kan. hensem sangat ke aku ni, sampai gitu sekali nak tarik perhatian aku ni? hehe. aku pikir lepas ni kalu aku boring takyah r aku pi amik angin jauh2. lagi satu, senang anak mak mertua aku tu nak cari kalo ada ape2.

pikir punya pikir, aku dapat konklusionnya. bahawasanya bukan aku yang ditunggui nya. kalau tak watpe nak malu2 pulak, ajak la aku masuk, hayya. mungkin dia ingatkan org yang di tunggunya sampai bila bunyi bising grill kot.

so, balik je beli pisang goreng, aku wat2 le lama sikit kat pintu tu, kot2le ada rezeki lagi, thee. ternyata ngak ada geng. aku criter la kat ibu susuan pewaris aku tu, dia cakap dia pon perasan ada sorang mamat ni salu dok mundar mandir depan rumah. maklum la, selain jaga pewaris tahkta ku, dia pon dok sebok gak jaga tepi kain org. huhu. setahu aku ada 2 org je laki selepas rumah aku, dua2 nya aku n awek aku tu kenal n dah berkahwin pun. yang di suspek ni memang tak kenal. so, makin kukuh lah tanggapan aku tu yakni, kemaksiatan bermaharajalela di hadapan rumah aku. ish ish ish.


suspek tu bukan macam ni ye, jauh panggang dari api. ngee

peristiwa pertama terkantoi bila mana, terserempak ngan aku. suspek hampir masuk rumah minah gersang tu, time tu jugak aku bukak pintu nak keluar, so, dia batalkan niat dia tu n terus jalan tanpa tujuan. aku wat2 tak nampak n terus je jalan ke lif. 3 4 minit lepas tu aku patah balik n ternyata suspek pun patah balik dan cuba nak masuk untuk kali kedua. bila nampak je aku dia terus wat2 tengok no. rumah. melilau cari sana sini, ish ish ish, tersilap jalan rupanya.

peristiwa kedua btol2 terkantoi bilamana hampir maghrib kami balik dari bersiar siar n terserempak dengan pasangan bahagia tu dalam lif. so, menantu mak aku tu pon ape lagi, panjang muncung nya, konon nya nak tunjuk la suspek tu. bila kuar je lift masing2 wat hal masing2. minah tu jalan dulu, mamat tu belakang sikit. rupa2 nya rumah mamat tu pun kat situ gak, cuma selang 2 rumah je dari rumah aku n pasangan nya, hayya. lg senang nak wat pojek. mesti baru pindah, kalo tak mesti aku kenal nya. sampai je rumah aku tunggu n lihat sejauh mana drama diaorg. kalo korang nak tahu rumah aku ni pintu n grill tak sekali. dia ada ruang antara pintu n grill, lebey kurang 1 1/2 meter. so, boleh la letak rak kasut dan sebagainya kat situ, cuma takleh parking keter je. huhu. lebey kurang 3 4 minit aku dok mengintai in between pintu n gril aku tu, aku nampak la kelibat suspek ni kuar rumah menuju rumah datin ghairah tu. siap lilit tuala kat leher lagi. pergh, meriah.

baru je dia nak tarik grill rumah awek dia tu aku buat bunyi kaki, terkejut berok dia. terus jalan ke hujung blok. aku tunggu 2 3 minit n aku kuar letak sampah kat luar, aku nampak dia kat hujung blok tu, tunggu masa yang sesuai. bila aku pusing nak masuk je beliau melompat ketangga, konon nya aku tak nampak, maklum la, gelap sikit kat situ. aku nak tahu macam mana tahap kehornyan dia tuh. smpai tahap dah kantoi mcm tu pun masih berani lagi.

aku masih dok kat "porch" aku tu, kali ni aku tutup pintu so gelap sikit. aku amik kasut n aku polish. tak siap sebelah pun lg aku dengar bunyi tapak kaki menghampiri, suspek gersang tu berhenti btol2 hujung grill rumah awek dia tu dan tarik perlahan lahan. yang aku nampak cuma tangan nye je. dia masuk dan tolak pintu yang memang dah tak berkunci tu. aku hentakkan kasut kat lantai, sekali lagi dia terkejut berok makyeh. sempat dia toleh tu, tapi, di teruskan masuk gak. aku buat kecoh nak bukak pintu, si suspek pun bukak pintu dan kuar balik tanpa toleh sana sini.

kini bukan aku saja, jiran2 aku yang lain pun tahu n tunggu masa je nak serbu.

sebenarnya panjang lagi aku nak bagi ceramah kat sini nih. tapi dah panjang sangat. letey dah wei.
sekian,

Monday 13 February 2012

mufc fan

rutin harian anak sulung isteri pertama aku. mentang2 boley bertatih sikit sikit, asyik ajak berbola bola je. letey kawe. ni aku sediakan gambo lengkap dari bangun tido sampai tengahari. (hari ahad yakni hari kejadian kebakaran kedua ) horny btol.. thee


tunggu turn nak mandi

 
berjersi pasukan ku, pastu terus berselerakan ke serata alam. hayya

 
posing baek punya. jatuh dan terhantuk perkara biasa
  
tengok iklan dulu
 
nak tutup tv, kesian khairul fahmi. rooney tak nak tengok


dukung je terus masam mencuka. aku nak bebas le wei




semua benda masuk mulut

penat gigit berdiri, gigit berbaring pun ok

laparrrrr
  
 
harap2 bukan carrot atau pun keledek


 waaa, sup ayam


tq, muahhh

penat, kenyang & tidooo

penat, kenyang & tidooo

penat, kenyang & tidooo
sekian sayonara.

api api dan api.

minggu lepas mini cooper dan 4 kereta bersebelahan hangus terbakar. semalam terjadi lagi, kali ni bukan kereta tapi motosikal pulak yang terbakar. lebih kurang 10 bijik semuanya. nasib baik sempat di padam sebelum ianya merebak. kalau tak dengan kondo mewah aku pun turut hangus terbakar.

beza nya kali ni aku n keluarga aku tak tahu menahu pun kejadian tu. tahu2 pun pagi semalam, aku turun nak beli bekfes. keluar je lif, tengok ada tali kuning bomba dok merentang kawasan kebakaran. terpegun dan konfius aku. yang terbakar minggu lepas tu kereta ke moto? kat tepi bangunan ke kat bawah bangunan? so, ape lagi aku pon terus menyebok kan diri bertanya rakyat jelata yang dok berkumpul kat situ, masing2 sebok dok bagi pendapat masing2. katanya kejadian berlaku pukul 3 pagi tadi. hayya, wa talak sedar woo..

sebelum aku keluar beli bekpes tu sempat la amoi aku tanya, malam tadi ada tak dengar siren? aku cakap takde. memang aku tak dengar pun. mungkin dia mengigau katanya. maklum la, baru je minggu lepas peristiwa kereta terbakar tu berlaku. lagipon beliau pekena ubat anti ellergic malam tu. mungkin khayal ubat tak hilang lagi, tu yang dengar macam2 tu. sekali betol ada kebakaran.

aku bersyukur keluarga aku & jiran tetangga semuanya selamat. dan sekarang aku pikir elok lah aku bersegera mencari rumah lain sebelum kejadian tak di ingini berlaku. gambonya ada, saksikan..





sekian..

Wednesday 8 February 2012

jealousy @ system failure

lama aku tak membebel dalam blog aku nih..huhu cuti panjang. hari ni aku tak nak criter pasal aku, aku nak criter pasal orang lain. ( bukan ngumpat ). satu kisah yang agak ghairah jugak, lebih kurang datin ghairah agaknya.

akibat cemburu (mengikut kata jiran sebelah ), macam macam hal boleh dilakukan termasuklah hal yang berlaku semalam, di mana satu kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ni dan sesuatu benda yang boleh berlaku di mana sahaja dan tak mustahil akan berlaku.

ceritanya bermula begini, lebih kurang pukul 04:00am pagi tadi aku dikejutkan oleh mak kandung putera mahkota aku, katanya terhidu bau asap. tapi dengan tenang nya aku tidor tak hinggat dunia. biasa la dok kat kondo mewah 1st class ni, macam2 bau la kita boleh hidu kan. so, ape nak di heran kan. mungkin ada makhluk kat bawah tu dok bakar sampah ke ape ke. sekali dia meletop habaq hang. amboi mentang2 baru balik perlis. dah 9 tahun tak g perlis tu. tempat pertemuan aku dan dia. kehkehkeh. tetiba teringat kisah dahulu kala.

citer lain pulak yang kuar nya. ok, strek to de title. sekali meletop kuat giler. aku pon tak sedar bila masa aku tercegat kat tingkap. pewaris takhta aku pun terkejut berok siap berdiri sambil mulut terlopong lagi. aku terhendap hendap mencari jawapan apakah yang berlaku,  hanya satu yang terlintas dalam pikiran aku, KEBAKARAN. selang 2 3 minit selepas tu sekali lagi bunyi letupan. sah memang ada kebakaran, asap dan api jelas kelihatan kat bawah. takut giler beb, maklum la tak pernah buat persiapan untuk menghadapi musibah begini.

tanpa berlengah aku terus arahkan amoi aku tu bersiap ape yang perlu. mesti blah secepat mungkin. dengan bercucuran airmata, beliau mengenakan pakaian yang agak tak horny. beliau memang macam tu ketakutan nya melebihi segalanya. biasa la org pompuan katakan. manakala putera beta pulak happy giler, tengok maknya tukar pakaian, ingat nak g jalan2 agaknya.

bila kuar je rumah aku terdengar riuh rendah bunyi pintu. jiran tetangga turut bergegas menyelamatkan diri masing2. akhirnya aku ngan amoi aku bersama putera mahkota aku selamat sampai kat bawah setelah turun melalui tangga. lif ok je, tapi aku takut nak guna. lgpon aku taknak amik risiko. bahaya tu.

rupanya yang terbakar tu kereta. yang di parking depan kedai kat bawah. mini cooper habaq hang. api semakin marak dan merebak ke kereta sebelah. bomba dah di inform tapi tak sampai lg. mungkin sesat jalan kot. maklum la, tempat kediaman aku ni tersorok sikit. bangunan jelas kelihatan tapi jalan masuk nya memang konfius. aku pikir, nasib baik la angin tak kuat. so, dia punya tahap merebak tu kurang la sikit. yang aku dok risau ni buat nya api tu merebak ke blok kedai kat bawah tu habis la.

sementara bomba dan polis sampai macam2 karenah aku boleh nampak. ada yang cool, ada yang kelam kabut, ade yang panic tahap gaban. macam2 la. yang aku tak boleh bayang kan tu, ade gak yang memberanikan diri masuk dalam kereta yang sedang terbakar. siap start n bawa keluar lagi. dah macam dalam filem dah. mana tak nya, penah korang tengok live punya kereta terbakar sambil bergerak siap ade org dalam nya.

aku tak leh wat ape, kaki dan tangan aku di rantai oleh amoi aku, sampai nak masuk dekat sikit pun tak boleh. hayya, ape yang di takutnya ntah. lgpon aku nak masuk dekat pon aku takut. meletup kuat beb. lg satu aku risau dua2 kedai runcit kat bawah tu ada jual gas dan kedua dua nya letak gas tu kat depan kedainya. jarak kete yang terbakar ngan tong2 gas tu cuma lebey kurang 3 meter je. aku cuma berharap supaya bomba boleh sampai cepat tu je. 

dipendekkan criter, polis pun sampai dan di susuli bomba. api semakin marak, maka bergegas la abang2 bomba tu melakukan kerjanya. api berjaya di padam dan aku tak menunggu lama. kalau tunggu lama pun bukan nya boleh wat ape2 pun. nak g cakap hai kat brader bomba pun tak boleh.. hayya. amoi aku takut dalam ramai2 org tu ader penjenayah yang nak culik dia dan mintak wang tebusan dengan aku. dia tahu aku takder duit nak bayar wang tebusan tu, pasal tu dia takot sangat kot. hihi.

akhirnya, setelah sembang menyembang ngan jiran tetangga, didapati itu adalah perbuatan khianat. ade manusia yang tak puas hati kat mamat mini cooper tuh. tunggu je line clear, terus bakar kereta. dia tak pikir org lain yang takder kena mengena ni pon akan terlibat sama. dan dia bodoh sangat ke, yang perbuatan dia tu boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda org yang tak berkaitan langsung dalam drama swasta dia tuh! harap2 dapat tangkap si pelaku tu dan di kenakan hukuman setimpal.

gambor masa kejadian aku tak sempat amik, maklum la akibat panic yang melampau. semua benda tinggal. yang penting anak dan isteri aku selamat. tengok gambo selepas kejadian pun aku rasa dah memadai. sekian.
buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali..





opsss, setelah di siasat oleh para penyiasat bersama anjing pengesan jenyah, di dapati tiada unsur jenayah berlaku. so, mengikut keputusan awal, ini adalah disebabkan oleh sistem kete tu berproblem. ntah le, info ni aku dapat ketika dok bersembang ngan owner n abang penyiasat dalam gambo tu. thee..

moral of the story, jangan percaya 100% kata org.