Tuesday 10 April 2012

jangan tegur vs trima kasih sebab tegur.

cerita yang bagus elok lah di sebarkan. lagipon aku rasa criter pendek ni bisa membuka mata kita semua. lebih2 lagi aku, agar tidak cepat menghukum org yang hukum anak aku kerana cuba mendidiknya.

Satu hari, ketika sedang berhenti ‘tapau’ beli makanan dekat warung tepi jalan, dua orang anak lelaki aku telah bermain sambil berlari lari sehingga begitu hampir di jalan raya, aku melihat dengan cemas tapi tak mampu mencegah anak anak lelaki aku tu sebab tangan kiri dan kananku, masih ada dua lagi baki anak yang perlu di jaga, lebih kecil dan lebih aktif.., isteriku yang sedang memilih lauk, sesekali melihat dua anak lelakiku dengan jelingan tajam agar mereka berhenti bermain di tepi jalan.

Di tepi jalan itu juga, ada seorang pakcik yang sedang menyapu sampah di tepi jalan, lalu beliau memarahi anak anakku yang dua orang tu agar berhenti bermain di tepi jalan.., tapi anak aku buat bodoh jer dan terus bergurau sedang kereta sibuk lalu lalang..

Tiba tiba pakcik tu ketuk kepala anak aku dengan batang penyapu, seorang sekali ketuk, tidaklah kuat, tapi cukup buat anak aku berhenti bermain dan kembali kepangkuan ibunya.., ternyata, isteriku tidak senang dengan tindakan pakcik tu, lalu menggosok kepala anak anakku, sedang dahinya berkerut..

Akupun serahkan dua lagi anakku kepada isteriku dan terus menuju pantas ke arah pakcik tu..
Setelah aku berbicara beberapa patah perkataan dengan pakcik itu, maka aku kembali kepada isteriku, dan bertanyalah isteriku..
Abang cakap apa dengan pakcik tu?”
“Abang cakap, terima kasih kerana pukul anak kita..”
“Tak patut dia pukul kepala, marah sahaja cukuplah” kata isteriku tak puas hati..

“Abang pun nampak, dia ketuk sikit jer.., tak sakit pun, anak kita tu tak dengar cakap, elok kena pukulan mengajar..”Aku berhenti telan air liur, dan berkata:

“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”








agak2 nya aku bole ke berterima kasih kalo dah batang penyapu hinggap kat kepala anak aku? harap2 aku tergolong dalam golongan yang sabar..amin

No comments:

Post a Comment