Wednesday 19 September 2012

cinta lebuhraya

akhirnya, setelah berehat panjang dari coret mencoret ni, aku kembali. tak lain tak bukan aku kembali ni adek kakok untuk mencoret perihal putera mahkota aku. banyak benda yang boleh aku ceritakan kat sini selama mana lebih kurang 2 bulan aku merehatkan jari jemari saleh ni. huhu

cuma satu topik ni je aku sedia kongsikan hari ni iaitu kerinduan dan keteringatan. alkisah bermula bilamana putera sulung aku tu telah menerima taraf kerakyatan peteh baru baru ni. maklum la elok elok duduk kat shah alam ni di buli dan di aniayai. nak tak nak terpaksa lah aku memeterai perjanjian untuk setuju membenarkan beliau bermastautin sementara di sana.

sedih tu tak usah cakap le sedara sedari cikkebom cikkebom. kecik2 lagi dah berjauhan, cuma gambo je lah jadi pengubat nya. sob sob sob. yang aku pasti sekarang ni, ini adalah jalan terbaek. nanti akan aku usahakan untuk kami kembali bersatu di bawah rumpun yang sama iaitu 1rumpun 1malaysia. ngeeee.

excited. nak g duduk taska ( day 1 )

dah lebam lebam dah..

day 3.. kesan cakaran dan gigitan.

day 6.. terus sain kontrak bersama sang penyu

 day seterus nya berbahagia kembali.
3 4 hari gak le trauma

sekadar gambar hiasan

otw lepak kedai kopi aka mesyuarat tingkap.
baju belang seluar kotak.. ape kess

jogging di taman

di tepi pantai yang indahhh

sekadar gambar hiasan

bersosial kat kampung.
say no to taska aqib & atin..

oleh sebab aku nak lupakan dan tak mahu ingat langsung kes penganiayaan terhadap putera mahkota aku oleh pengusaha taska yang taknak aku mention kan nama iaitu TASKA AQIB DAN ATIN TAMAN PINGGIRAN USJ yang tak amanah tu, makanya aku juga berhasrat tak mahu mencoret cerita di sebalik tragedi november nih.

sekian, wassalam..