Tuesday 10 April 2012

Piranha III

Itu tajuk aku nak sembang kali ni. Cuma bukan pasal ikan yang makan org tu ye. Haa, ini pasal tabiat anak pertama aku tu yang mana suka sangat gigit mengigit ni. Tak kira ape jua benda yang pastinya ke mulut la tempat nya.

Agaknya normal semua tu kot. Tapi yang tak normal nya, bukan setakat benda je yang dia ngammm, bapak belah tokmek dia pun dia sapu.  Siap berdarah darah lagi jari akuuuu cakap kau. Caitt, see u in court.

Tapi satu aku tabik ngan beliau , beliau sangat suka kan kebersihan. Ape jua dia jumpa atas lantai mesti dia kutip. Tak kira la sampah ke, kertas ke rambut ke batu ke pendek kata semua la. Tak perlu dah mak kandung nya tu bersusah payah lagi nak sapu menyapu ni, lagipun aku tengok tahap kerajinan menantu mak aku tu pun agak kurang memuaskan. Kalau bagi rating dari 1 hingga 10 tu aku bagi 1 kot. (1 paling malas 10 paling rajin) ngee.
Itu saja lah yang mampu aku criterkan.. arigato.



No comments:

Post a Comment