Thursday 22 March 2012

lagi lagi api...

lagi sekali kisah kebakaran melanda aku. kali ni aku dikejutkan dengan panggilan talipon dari aku punya awek, mengatakan yang rumah terbakar. ( ter esak2). hayya, lagi mau terbakar ka? itu hali sudah 2 kali terbakar ma. dengan sepantas yg mungkin aku mengayuh kapcai aku, sampai aku superman pun rasa masih lagi slow cam siput. memandangkan awek aku dah bagitau aku yang beliau n anak beliau selamat dah mendarat kat bawah, so takde la aku risau sangat. sambil melayan hembusan angin kencang menghempap aku punya visor, terlintas pulak di benak pikiran aku ni, kat mana aku nak tido malam ni, dengan selai sepinggang nya. aduss. sedehh.

sambil sambil tu mata asyik dok melilau cari kot2 ada asap berkepol kepol. ajaibnya takde pulak asap kat kawasan rumah aku tu. kalau rumah tebakar seharus nya asapnya bisa kelihatan dari jauh dong. tapi takpe, dalam hati aku ni masih lagi berdebar debar, mesti suasana hiruk pikup dengan org ramai nya, polis dan bomba nya. macam mana la awek aku ngan anak nya tu. macam2 la aku pikir.

akhirnya, lain dipikir lain pulak jadinya der. sesampai je aku ke perkampungan aku tu, takder pulak aku tengok suasana huru hara. kalau kebakaran dah tentu suasana lain jadinya. ini aku tengok takder ape pun, hayya. dalam hati aku, wa sudah kena itu sama menantu mak kandung wa ooo. aku pulak yang rasa terbakar, dah la kapcai aku pun berasap macam nak terbakar aku rembat.

bila sampai je bawah aku nampak housemate aku dua beranak tertenggek kat situ. di pendekken criter, rupanya betol2 terbakar, cuma bukan rumah yang terbakar. ada la org sewel bakar tayar kat level 3, so, org kampung tgk asap berkepul2 tu ingatkan rumah terbakar. diaorg pun bertempek terlolong le cakap api api api, rumah terbakar, cepat turun. gitu lah lebey kurang. dah sampai kat bawah baru tahu cerite sebenar.

itulah criternya. ni aku kepilkan sekeping gambar. salah seorang orang kampung yang terpekik terlolong tadi tu. dah macam mas idayu pun ader.



sekian...see u


Monday 19 March 2012

sepetang di pantai

fuhh, tak tau nak tulis ape. sudah lama tak menjenguk kat sini. maklum la, sebuk yang amat la katakan. propesor2 pun tak sesibuk aku ni. hihi. sebagai permulaan, tada ape yang aku nak curahkan kat sini hari ni. cuma aku nak syer kan beberapa keping photos, haa, kalu beberapa tu makna nya banyak so, kena ada "s" le. kalu sekeping tu, takyah ber s bagai. budak tadika pun tahu kan. huhu. whateeverrrr. mengarut ke lain le tuh. tu pasai la anak sulung toki anak aku tu selalu cakap aku ni suka merapu.

seperti sebelum ni, bila takder modal, aku biarkan gambo itu sendiri yang explain. ntah kenapa bila ada je gambo cucu sulung mak mertua aku tu ( disini tak di mention mak kandung aku bukan ape, sebab aku tak tau cucu keberapa dah dia punya side, ramai sangat). ngeee. ade je muka putera pertama aku tu, otomatik gambar jadi cantik, tetiba je kawasan sekeliling bertukar menjadi indah. aku pun tak paham la. magic betol. malas r citer panjang. tak percaya tengok le sendirik. (ramai org meluat ngan aku kalo baca nih, hayya. sape lagi nak puji kalo bukan aku)

nampak cantik kan? "jaga kebersin" haha. mesti tertanya tanya, kat mana tu, bali ke phuket?

awan pun nampak cantik. serasi gitu. macam kat new zealengg

ape benda kat atas tuh! tak kisah la yg amik gamba ni mesti tak pro kan, huhu, tapi mesti jadi cantik nya. yang ni macam kat kepulawang maurituss

cantik kan? sebijik sebijik nampak pasir nya. waduh, mesti luar negeri nih.. org yang pegang nya pun otomatik nampak macam cantik. tu baru tangan tuuu..

perghh ombak memutih. ombak rindu beb. mana nak dapat ombak gini, selalunya buruk je rupa ombak ni.  tengok awek mana ngan dia tu. nampak maveless tu. sure kat luar lebey kurang je ni.

ape yang hitam tu? tak kisah la, nampak macam seni kan?? cuba kalo org lain, mesti tak nampak seindah ini. huhu

pengumuman, sape2 yang rasa dia tak potogenik, sila la amik gambo ngan saya. konpem segala nya akan menjadi bagus. yang mahal tak selalu nya bagus, yang bagus tak selalunya mahal. macam boom.

haa, tengok. ramai yang menumpang. maklum la, nak cari glamer. tersepit sepit i ( tok de nya pun cam 20an jadinya) pewitt.

haihh, yang ni malas dah nak explain. sila gambarkan sendirik la. hidung sape paling mancung? cer teka. yang pasti mak kandung nya tak kan menang nya. ngee

sape tuh? noh hujan ke? haa, yang ni pon malas le explain jugak. cam adik beradik je. mana adik mana abang mana kakak ntahh. konfiuss jadinya.

nak labur melabur pun masih lagi jadi tumpuan lensa2. nak wat camana kan. yang pastinya dalam "jaga kebersin" tu lah sasaran aku.


sekiang. itu saja kemagikan nya. masih tak percaya??