Saturday 21 April 2012

Birthday party

Selesai sudah sambutan hari jadi untuk pewaris pertama ku, huhu. Dan syukur Alhamdulillah segala nya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Walau pun ada kekurangan tapi nawaitu nak ajak kawan makan2 terlaksana. Harap2 semua enjoy.
Terima kasih pada yang datang, dan pada yang tak dapat datang InsyaAllah nextime panjang umur ada rezeki aku ajak lagi. Kesian berhimpit himpit korang ye.
Yang paling aku berterima kasih nya pun atoii punn, (ah chai aka johan punya style). Off coz pada mak mertua aku dan mak sedare aku yang bertungkus lumus menyediakan segala juadah untuk majlis ni.
Tak dapat aku nak tulih panjang lebar kat sini sebab kepenatan. So lain hari aku up lagi ini punya stories taw.
Lastly, pergh dah macam karangan punya format dah. Tak kisah lah. Thank to amoi aku. Tak tau lah nak berterima kasih sebab ape, for evritim lah.. takde idea..
Gambo tak berapa nak ada sebab tak sempat nak snapp, busy la katakan. Yang ada Cuma beberapa keping yang diambil oleh amoi aku n the geng je. besok aku tambah lagi..
Terima lah.
tak sabor nak potong kek. majlis pun tak start lagi..huhu

sebahagian tetamu... sebahagian lagi kat luar, hirup udara yang nyaman,
hembus asap berkepul kepul.

potong kek. tak kasi aku pegang cakap ko. nak wat sendiri konon.

kek pilihan ibu susuan pewaris aku, huhu.. sanntekkk nyee.

acara suai kenaii.

birthday boy and birthday lady.

huhu.. tak tau nak komen ape..




dah penat sangat... terus tido..

Friday 20 April 2012

Berair kembali

Akhirnya, air kembali.. ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Huhh. Syukur Alhamdulillah, perit jerih ini tak berpanjangan. Berpesta buih aku malam tadi. Dapat air la katakan. Amoi  aku ngan anak lelaki dia pun join sekali. Macam tak dapat air setahun.
Tapi, pindah tetap pindah. Maybe, next week kot. Malam ni p tengok rumah. Harap2 mengikuti piawaan yang di kehendaki oleh pakar dari new Zealand deribodd. Huhu. (Pakar tu menantu mak aku la tu).
Birthday party pewaris aku tu di teruskan. Walaupun sebelum ni kami war2 kekenselan nya. Nak wat camana kan, dah semua preparation dah siap. Proceed je la. Harap2 besok takde la sebarang masalah.
Ok lah, malas aku nak tulis panjang lebar. Nak balik MANDI, SYABASS bety..




Thursday 19 April 2012

SYABAS..Takder air..

Tunggang langgang hidup aku. Gara2 syarikat bekalan air Selangor (SYABAS) memotong bekalan terpenting di dunia ni. Cuba korang pikir, takder letrik takpe lagi, bulih kita guna lilin ke ape kan? Tetap boleh menerangi kegelapan yang pudar tak bercahaya nih. Tapi kalau takder air nak ganti ngan ape? Tisu, batu, kain? Boleh wat mandi kew semua tuhh. Haa, jawabb.

Nak kata tak bayar bil, setahu aku, tak penah pulak ader tunggakan. Tup tup terpampang notis kat dinding lif, mengatakan bekalan air akan di potong. Dan tanpa segan silu terus potong. Satu apartment berbusuk busuk han. Huhu.
Tak tahu la aku sape yang salah. Tanya mentenan, diaorg ckp takleh wat ape, tunggakan banyak sangat. SYABAS punya officer bilang, paling busuk pun mesti bayar RM10000 katanya. RM 10000 cakap kau!!! Kalau tak, air tak akan di salurkan balik. Dah macam duduk kat PALESTIN dah. Cuma kat sini tak kena bom je.
Kat notis tu tertera RM21 ribu ++ tunggakan yang perlu dijelaskan . yang menjadi persoalan nya, mana datang nya tunggakan sebegituhhh. Lagi satu, pagi naik notis, tghr dah potong. Fuhhh cekap giler diaorg wat kerja. SYABASSS bety. Takpon dah banyak kali dapat notis, mentenen yg simpan buat pekasam. Huhu. Siapa tahu.
Agak2 korang sape yang guna air tak bayar ni? Sampai berpuluh puluh ribu bagai. Pas tu yang dok bayar tiap2 bulan ni macamana? Tak paham aku. Dari masalah sampah sarap yang tak berkesudahan, di tambah pulak masalah kebakaran (api misteri). Ni masalah air. Nanti kompem masalah letrik pulak. Notis tunggakan dah naik gak tuu. Lagi dasat, RM80000 lebey cakap kau. Fuhh, complete.. aku ingat kalu wat movie kisah aku ni mesti box office, kalah ombak reinnnduu.
Aku balik kerja tadi berpusu pusu yang dok punggah air, sampai aku nak naik lif pon kena tunggu 3 trip. Kesian aku tengok. Nak marah pon ader.
Dah aku punya pewaris takhta punya besday party pon terpaksa di kensel. Camana la aku nak cakap kat org kampong sekelian alam ni. Huhh. Rosak ana punya majeliss.
Beriban aku punya masalah kan?? Pindah rrr. Komplen komplen komplen… thee



Tuesday 17 April 2012

setahun jagung..

Pejam pelik pejam pelik kata nya member aku, dia tersasul, nak cakap pejam celik pejam celik sebenarnya. Tapi biasa la kan. Bila dah gelojoh tu ikut sedap ape yang kuar jela kan. Btw, aku tanak criter pasal member aku tu. aku nak citer tentang kesetahunan pewaris takhta aku ni ha.

Hari ni cukup setahun beliau di alam dunia ni. Syukur Allamdulillah. Tidak banyak songeh tidak banyak karenah. Jaga nya pun tak susah. Cuma aku sikit terkilan, di mana aku merasakan yang aku ni tak dapat memenuhi segalanya.
Maklum la, aku ni bukan nya senang. Kerja kecik gaji pun kecik. Maka dengan otomatik nya, aku rasa aku ni agak terbatas atas banyak aspek. Segala percaturan aku kena buat btol2. Kalau tak hayya. Manyak susah woo. Sikalang pun sudah terjerat woo.
Aku  nak criter pasal pewaris aku laaa. Citer pasal aku pulak yang kuar nya. Jangan wei.. malu malu.
Dah takde ape sebenarnya aku nak cakap. Cuma aku nak cakap hepi besday pada putera sulung aku tu. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.
Kalau aku ucap kat dia sekarang, ia tak bermakna aku rasa. Dia bukan nya paham ape2 pun lagi. Btol tak? So, bila aku ucap kat sini nanti dah besar dia boley baca balik dan dia tahu waaa, jiwengg nya bapakk. Haa, gituuu.
Tapi biasa la, aku ngan ibu kandung nya tu memang tak sependapatnya. Pagi tadi Dia perlinya aku.
Flashback: sian amsyar, mama sorang je wish birthday.
Lebey kurang gitu lah. Tapi kan kalau la pewaris aku tu dah boleh balas cakap, bila ada seseorg wish kat dia hepi birthday pastu dia balas balik terima kasih, nak jugak aku wish nya. Huhu. Masalah nya sekarang, cakap ape2 pon dia sentiasa cakap appa eeee appa eeee je manjang. Good morning.. appa eee, makan ape tu.. appa eee, nak susu ke.. appa eeee. Pastu macamana? Ngee


Tuesday 10 April 2012

jangan tegur vs trima kasih sebab tegur.

cerita yang bagus elok lah di sebarkan. lagipon aku rasa criter pendek ni bisa membuka mata kita semua. lebih2 lagi aku, agar tidak cepat menghukum org yang hukum anak aku kerana cuba mendidiknya.

Satu hari, ketika sedang berhenti ‘tapau’ beli makanan dekat warung tepi jalan, dua orang anak lelaki aku telah bermain sambil berlari lari sehingga begitu hampir di jalan raya, aku melihat dengan cemas tapi tak mampu mencegah anak anak lelaki aku tu sebab tangan kiri dan kananku, masih ada dua lagi baki anak yang perlu di jaga, lebih kecil dan lebih aktif.., isteriku yang sedang memilih lauk, sesekali melihat dua anak lelakiku dengan jelingan tajam agar mereka berhenti bermain di tepi jalan.

Di tepi jalan itu juga, ada seorang pakcik yang sedang menyapu sampah di tepi jalan, lalu beliau memarahi anak anakku yang dua orang tu agar berhenti bermain di tepi jalan.., tapi anak aku buat bodoh jer dan terus bergurau sedang kereta sibuk lalu lalang..

Tiba tiba pakcik tu ketuk kepala anak aku dengan batang penyapu, seorang sekali ketuk, tidaklah kuat, tapi cukup buat anak aku berhenti bermain dan kembali kepangkuan ibunya.., ternyata, isteriku tidak senang dengan tindakan pakcik tu, lalu menggosok kepala anak anakku, sedang dahinya berkerut..

Akupun serahkan dua lagi anakku kepada isteriku dan terus menuju pantas ke arah pakcik tu..
Setelah aku berbicara beberapa patah perkataan dengan pakcik itu, maka aku kembali kepada isteriku, dan bertanyalah isteriku..
Abang cakap apa dengan pakcik tu?”
“Abang cakap, terima kasih kerana pukul anak kita..”
“Tak patut dia pukul kepala, marah sahaja cukuplah” kata isteriku tak puas hati..

“Abang pun nampak, dia ketuk sikit jer.., tak sakit pun, anak kita tu tak dengar cakap, elok kena pukulan mengajar..”Aku berhenti telan air liur, dan berkata:

“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”








agak2 nya aku bole ke berterima kasih kalo dah batang penyapu hinggap kat kepala anak aku? harap2 aku tergolong dalam golongan yang sabar..amin

Piranha III

Itu tajuk aku nak sembang kali ni. Cuma bukan pasal ikan yang makan org tu ye. Haa, ini pasal tabiat anak pertama aku tu yang mana suka sangat gigit mengigit ni. Tak kira ape jua benda yang pastinya ke mulut la tempat nya.

Agaknya normal semua tu kot. Tapi yang tak normal nya, bukan setakat benda je yang dia ngammm, bapak belah tokmek dia pun dia sapu.  Siap berdarah darah lagi jari akuuuu cakap kau. Caitt, see u in court.

Tapi satu aku tabik ngan beliau , beliau sangat suka kan kebersihan. Ape jua dia jumpa atas lantai mesti dia kutip. Tak kira la sampah ke, kertas ke rambut ke batu ke pendek kata semua la. Tak perlu dah mak kandung nya tu bersusah payah lagi nak sapu menyapu ni, lagipun aku tengok tahap kerajinan menantu mak aku tu pun agak kurang memuaskan. Kalau bagi rating dari 1 hingga 10 tu aku bagi 1 kot. (1 paling malas 10 paling rajin) ngee.
Itu saja lah yang mampu aku criterkan.. arigato.



Tuesday 3 April 2012

bubbles party vs birthday party

lebey kurang lagi 2 minggu akan genaplah setahun jagung pewaris aku tuh. cepat nya masa berlalu. jeritan pertama nya masa kat dalam OT dulu masih terngiang ngiang lagi kat telinga aku ni. syukur Alhamdulillah atas segala nya.

sambutan kali pertama ni aku bercadang nak buat besar besaran, panggil semua org kampung. maybe aku wat atas kapal layar kot. baru grand. huhu. ape sangat berhabisan sikit kan. kek nya mesti lah 12 tingkat, 12 bulan la katakan. nasib baik kira bulan, kalu kira hari?? 365 tingkat!!

khayalan je tuh. khayalan pun tak sampai macam tu kan. melampau lampau..hihi. kalo ikutkan aku takdek makne nya sambutan sambutan ni. setakat ucapan pun memadai. hai hepi birthday bro, dah besar dah ko skrg ye. haa gituu. yang penting ikhlas.

tapi nak wat camane kan, dah jadi trend sekarang. mesti party punya. semua tu tak salah. nasib baik putera sulung aku tu dah bagitau aku dia pun tak suka party2 nih. bapak party untuk i takyah wat ye i tak suke. haha. kalo  mak kandung i nak wat, suh dia tunggu lain anak ye. ngee

nasib baik la menantu mak aku tu paham yang menantu mak dia ni sengkek. haha. oklah, malas dah nak mengarut panjang. chow shin chiii.

ni dia bakal budak setahun jagung tu. pantang jumpa air...