Wednesday 28 December 2011

mabuk iphone..

hayya, wa punya amoi aa, sikalang mikin wa punya kepala aa, itu pusing2 macam lasing woo.. wa punya amoi sulah mabuk todi sama itu iphone baru punya maa..hali hali ckap best nya iphone.. bikin wa tetekan woo. wa talak heran, wa talak takut, tapi wa munya poket wo, manyak sangkut sangkut maa..

best pulak lagu si apek ngan cik siti (siti ape menda ntah), lupa. biar le siti ape pon. tensen aku bila nak ingat balik. macam nak dapat ingat, tp tak dapat.. haihh. inilah kemabukan terbaru amoi aku ni. eh eh eh terbaekkk la. sape yang tak berkenan ngan iphone 4s tu kan.

btw, amoi aku ni susah sikit nak suka sesuatu. tu yang buat aku sangat terkilan tu. nak je aku hadiah kan nye. masalahnya, hari jadi dia dah lepas la. takkan nak bagi hadiah tak bersebab kan? tak boleh!! pantang nenek moyang kawan aku, kalau nak berbuat sesuatu mesti bersebab. lagipon mesti dia taknak nye. sama macam kes hari jadi dia yg lepas. aku offer dia payung emas pun di tolak nya mentah2. ngee. terharu aku bila pikirkan amoi aku tu. sangat memahami dan sentiasa di sisi aku. kadang2 tu di bawah.. thee.

haihh, apsal le iphone ni beriban riban. kalau 50 hengget je kan bagus. baru le aku mampu. ni kalau beli ni bukan lg mampu, ini bikin mampuihh. tp takpe, mulai hari ini aku akan kumpul duit. harap2 cukup le duit nak beli iphone tu sebelum umur nya cecah 50. malaysia boleh.

memang tak di nafi kan le sedara sedara sekalian. aku pon terliur miur ngan si iphone 4s ni. takde ke sape2 nak hadiahkan aku sutir dua? tengok la masa 1st time keluar hari tu, cukup ramai wa cakap lu, tch tch tch tch 400 juta orang, termasuk yang tak datang le. huhu. (akhil hayy punya ayat). berbaris panjang berjela. banyak betol duit diaorang ni kan?

ok lah, aku nak cerita banyak tentang iphone 4s ni pon, aku bukan nya reti sangat. kalau korang nak tau lebih lanjut, korang pegi kat google n cari sendirik la. bye bye.



Tuesday 27 December 2011

my neighbour..

setiap orang ade perangai nya masing2. kalau takde perangai tu, maka bukan org la tu. tak tau la ape, hantu pun ada perangai kan?  kali ni aku nak cerita tentang  jiran aku yang maki hamun perkara biasa bagi nya. bukan lah nak mengumpat, cuma sekadar buat renungan di mana sama2 lah kita mengambil iktibar supaya kita sedar bahawa setiap yang kita lakukan sedikit sebanyak akan melibatkan pihak lain atau pun pihak ketiga. tak kisah la yang terlibat tu org luar mahupun ahli keluarga kita sendiri. haaa gitu. panjang lebar kauuuu.

cerita nye begini, aku panggil dia makcik le kat sini, aku tak tau pun namanya ape. bukan nya aku ni tak suka amik tahu atau tegur menegur, cuma tiap kali jumpa ngan makcik ni aku terbayang kata2 kesat dia kat anak dia, ditambah pulak muka nya yang terpancar sedikit kebengisan.. so, mulut aku secara otomatiknye terkunci. makcik ni ada anak, aku agak dalam darjah dua tak pun tiga. comel jugak la aku tengok. besar nanti kalau berbakat tu boleh jadi artis tanpa perlu masuk vokal bukan sekadar rupa la kot.

tapi kesian aku cakap kau, maknye suka mengamuk. hari2 mengamuk. bila mengamuk tu siap pukul2 lagi. setiap libasan tangan takpun hayunan "hanger" baju tu jelas le kedengaran. aku tahu hanger tu sebab dia cakap. begini lebey kurang, kutip hanger tu..kutip!! berkecai hanger wa cakap lu. tu yang buat bulu tengkok aku terpacak tu. tak cukup dengan tu siap maki hamun lagi. gila, bodoh, mampos. dan yang paling horny nya aku bunuh ko..hayya wa takut wooo. hari2 macam tu, tak pernah aman. aku pun tak paham dia tak penat ke dok bertempik mcm tu pagi tengahari petang malam? bergegar kondo mewah aku ni cakap kau. dia tak sayang ke anak dia tu, menangis teresak esak. bagi aku ape sangat le salah budak tu sampai diperlakukan sebegitu.  yang pelik nye, tak pernah aku dengar suara suaminya. mungkin tak bersuami  dah kot. ye la, sape yang tahan kan. oppss. kadang2 tu bila terserempak ngan anak nye, nak je aku selak bajunye tengok kat badan dia tu. tapi mana le boleh, kan tak pasal2 aku dituduh lelaki gila seks. tak ke huru hara.

pernah sekali tu tak tahan, amoi aku pi buat aduan kat balai polis, hayya, amoiku dah naik syehh wo. sesampai je kat balai polis, syehh nye hilang ntah kemana. aku jugak le yang kena. setelah bla bla bla terangkan kat inspektor sahab kat situ. maka perkara ini perlu di rujuk pegawai atasan nye. so, masuk la encik polisi tadi jumpa ngan sarjan misai. setubik nye, beliau cakap ada bukti ke mak budak tu pukul? mana tahu kot2 dia pukul lantai ke dinding ke. betol ke dia cakap nak bunuh?? ayyokkk .. betol jugak. tp jujurnya aku tahu, aku dan amoiku betol. ahh sudah, nak bukti la pulak. buktinya sama le ngan berita adik yang meninggal akibat dipijak dan di terajang oleh boypren maknye kat padang bola tempoh hari tu.. ( tengok kisah ngeri ni la buat amoiku naik syehh nak report merepot ni.. aduan kami ni pun selepas beberapa hari kes menyayat hati ni)

dengan perasaan kecewa aku keluar dari balai polis itu. nak buat macamana dah takder bukti. mungkin makcik tu cakap aku bunuh ko tu kat kucing dia kot. takpe lah mungkin salah kami ni yang suka menyebok tak tentu pasal. lagipon bapak polisi td cakap nanti dia hantar mata2 kat situ untuk menyiasat. itu pon dah cukup bagi aku. tapi tak cukup bagi amoiku la pulak, syehh dia kembali lagi. pot pet pot pet. ingat habis kat situ. di paksa nye kawe report kat talian nur tu. aku paham, dia yang melalui semua tu kat rumah. tambahan pulak suara makcik tu memang kuat yang bisa membuat pewaris tahkta ku terkejut. tu yang dia horny tu.

sekarang ni, ke"horny"an jiran aku ni tak terhad pada anak nye saja. maki hamun nye itu turut disebarkan ke anak org lain. makcik ni ambil upah sebagai pengasuh. kesian pada budak yang dijaga nya tu. hari2 kena bangang, bengong bodoh. dan mcm2 lagi, ikut suka mulut dia je lah. satu lagi ayat yang syok didengar ialah kecik2 tak mamposs, nyusah kan aku. kalau la mak bapak budak tu dengar macamana?  perlu ke aku bagitau mak bapak nye?? haa.. penyebok la pulak aku nihh. kesian, kecik2 lagi dah lalui semua tu...

sampai sekarang masalah ni tak selesai. kami pon dah ambil jalan terbaek iaitu, memekakkan telinga. walaupun anak sulung mak mertua aku tu masih tak puas hati. hari2 dok pasang telinger. dia memang suka curi2 dengar ni, pastu dia jugak yang tension nya. sampai aku tengok dia punya telinger pon dah kembang semacam dah. kalau dah kaya nanti aku nak pasang dinding sound proof. hehe. kalau kaya takder nye aku nak duduk kat situ lagi.. haha

ok lah. jumpa lagi.. yang pasti nya topik berlainan.. boring je.. asyik keharmonian je..ape celupp

Thursday 22 December 2011

legal or illegal

seperti biasa, lunch je aku balik makan kat rumah. maklumla, ofis ngan rumah amoi aku cuma sepelaung je. lagi pon sejak dua menjak ni aku suka sgt makan masakan amoi aku tu. ntah le, mungkin dah kena mandremm kot. bukan ape, skrg aku tengok baik benor ibu susuan pewarisku itu ngan kak salmi mak mertua kepada si dhia tuh. bukan main lg, kol 7 je not available. mesti dok belajar ilmu pak abun tu. haha ape celupp.

so, nak dijadikan cerita, tengah syok2 dok bergurau senda ngan pewaris tahtaku, tetiba je terdengar bunyi lori sampah tengah dok buang sisa2 construction kat kondominium mewah beta ni. aku ape lg, terus capai kamera dan snap le beberapa keping gambo. yang aku heran nye, tiap2 malam diaorg ni dok memekak. dah macam kawasan pembinaan dah. kalau siang hari takpe lg, ni kol 2 pagi. tu sebab aku membuat kesimpulan, mesti ada yang tak kena ni..  ke memang betul diaorg nak buat bangunan baru? ntah le. whateverr. ape yang aku dengar, diaorg ni di halau dari pot atau markas diaorg sebelum ni.. betol ke pakcik, jangan dok wat criter.



lebey kurang 2 bulan kebelakangan ni kalo tak silap le, hampir setiap malam  keharmonian kami terganggu. nak2 amoi aku tuh. pot pet pot pet membebel.  nak jugak aku sound, tapi mesti diaorg tak dengar nye, rumah aku tinggi, penthouse la katakan. lagipon kalau diaorg dengar pun tak pasai2 jadi gaduh pulak. bukan nye aku takut, kalau setakat 10 20 org tu wa bulih settlekan beb, cuma aku taknak la tunjukkan kat amoi aku tu. nanti kan tak pasai2 menaikkan ke'horny'an nye. terbabas lagi. ngee.

kotor tu tak payah cakap le. diaorg siap buat kolam lg kat situ wa cakap lu. aku rasa, itu bertujuan untuk basuh lori2 diaorg. bukan ke kalau air bertakung tu akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan akan menyebabkan lahirnye pelbagai penyakit??? ha sape nak jawab??



skrg, bekas tunang aku tu dok bising suh cek kat MPSJ tak pun MBSA. dan report kat jabatan kesihatan. hayya. aku bab2 ni memang malas. ok lah, panjang lebar aku menulis pun ada yang baca ke.. see you.

Tuesday 20 December 2011

kain kapan..

lama tak update blog. akhirnya aku berkesempatan gak nak coret mencoret, huhh. kali ni aku nak criter pasal annual dinner. sebut pasal dinner semua akan gambarkan suasana riuh rendah  n crowded kan? di penuhi lampu yg berwarna warni, sound system yg kuat dan power yg mana bisa menggegarkan jantung sekelian hadirin dan hadirat yg hadir. setiap dinner mesti mempunyai tema nya, dan seperti tahun2 lepas kami jugak dikenakan tema yakni, the elegance of white. perghh, malam tu semua yg datang berpakaian serba putih la beb.. dah macam hantu pocong bangkit dari kubur dah masing2.. tapi takpe yg penting memang maveles la. bab kata org, semua pakaian putih habis  la di sekitar selangor dan kl ni. bahkan kain kapan pon sold out.

 

hanya aku dan beberapa kerat je yg tak ikut tema, hayya..melosatkan majelis org woo. bukan ape kebiasaan nye aku akan terlibat dengan ape jua event yg diadakan. maklum la kerja pun di bawah event. tu pasai aku tak peduli sangat ngan tema2 nih.. dah jadi ajk majlis, aku pikir tak perlulah nak bergaya habis kan?? tapi tahun ni di takdirkan aku tak perlu terlibat. perghh tersenyum kawe. hehe. 

dengan muka yg agak tebal, malu bercampur segan aku memberani kan diri masuk gak ke dewan yg diubah menjadi garden. bertambah segan gua beb, lautan putih wa cakap lu.. kalau wa masuk ni ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. ok , aku wat keputusan untuk tunggu sambil skodeng kot2 ada yang tak reti bahasa macam aku ni. aiseymen, ada la pulak. aku pon ape lg cepat2 le masuk. masuk2 terus duduk, so, takde lah yg prasan sebab aku pakai baju putih seluar hitam, hehe.

toleh kekiri awek, toleh kekanan awek. pergh menggiur kan. atoii. semua awek datang ngan pakaian seksi meksi. ada yg berlengan panjang, ade yg pendek, ada yg tak berlengan dan macam2 lg lah. skirt panjang skirt pendek,  yg macam tak pakai ape2 pun ada.. semua nye berputih putihan..pergh paham2 je lah kan.. terpikir jugak takder ke sape2 yg nak ngorat aku ni?? takkan seramai ni takder yg sangkut?.. dah hilang kemaskulinan dah ke aku ni?? ape celupp. karang aku bangun mengayat karang kantoi pulak suar hitam, hayya. apasal la aku tak pinjam kain telekung amoi aku tadi. kalu tak dinner sampai subuh le kawe atoiii...

ok lah, aku malas nak merapu panjang. nasihat aku pada semua, cubalah mengikut tema..ngee. aku nak tabik ngan spider beb. memang mantop la.. ooo, lupa nak inform artis undangan kami pd malam tu ialah spider n ziana zain.. kat bawah ni aku bentangkan sekeping dua gambar nya.. jangan segan silu, saksikan..







Sunday 11 December 2011

Gambar duta makanan cedera di Giant.. (18sg)

Untuk yg lemah semangat di sarankan tgk bersama kawan2 ataupun sanak sedara. kisah benar ini berlaku 2 hari lepas. di mana aku bersama keluarga ke giant untuk shopping barang2 dapur. tu pun setelah di paksa dengan teruk oleh awek aku yg  hampir2 bertukar jadi raksase gaban. kalo tak takde nye aku rajin shopping nyoping lewat malam ni.. bukan ape, aku sememangnya kalau dah balik rumah, dengan drastik nye tahap kemalasan membuak  buak. tapi biasa la, malas macam mana pun, dengan sedikit pujuk rayu dari awek wa tu, wa terus cair beb. atoiii.. ape celupp..

dengan senyum yg dibuat2 maka sampailah kami ke giant seksyen 13. sememangnya aku lebih sukakan giant berbanding mana2 supermarket yg lain. perghhh, kete tak byk, ini sudah bagus. sudah tentu org pon tak banyak.. ternyata benar, memang tak banyak manusia, fuhh lega, dengan otomatik senyuman ikhlas terhasil oleh ku. ntah mak kandung anak sulung ku tu prasan ke tak.

seperti biasa aku bersama putera mahkota aku meronda ronda  dan bergambo le sementara menunggu amoiku meleburkan saki baki duit yg tinggal. bukan nye tak nak ikut, tp aku lebey suka jalan sendirian bersama pewaris tahkta ku, mana la tahu kot2 ada awek mantop yg nak ngorat. hihihi. lg pon, org pompuan ni pilih brg bukan main lama. kalau boleh semua tulisan di kotak nak di bacanya. hayya.. tu pon yg boleh dibaca, kalau tulisan siam ke portugis ke mahu tak belek kamus dulu.

dipendekkan criter aku dah malas dah , maka setelah habis tulisan kat giant di baca oleh amoiku, kami pun beransur pulang.

dan kemalangan ngeri yg aku nak criter pada awal2 td pun terjadi dimana anak susuan amoi ku tersepit jari kat cermin kereta. walaupun dibawah pengawasan amoiku, tp aku tak salahkan dia. ini adalah kerana kesalahan itu berpunca olehnye sendiri. hahaha.. biar dia rase..tu la balasan dok mengacau awek awek kat giant tadi.. lgpon takde mak bapak nak sakiti anaknye kan..kan. btw, tu la kali pertama aku dengar tangisan yg seteruk dan sekuat itu, yg mana hampir mencetuskan huru hara kat parking giant..

saksikan kengeriannye:

dan ini antara gambo2 bajet duta sebelum kejadian:

Duta minuman

Duta butter

Duta oreo putar jilat celup

Duta milo kuat dan sihat

Tak sabo sabo. hayya

oklah, amoiku dah bagi signal dengan jelingan yang menawan dah tu. sampai jumpa lagi, renung2kan. bye..

Tuesday 6 December 2011

sunyi....

memandangkan aku tgh boring. maka aku nak criter pasai kesunyian yg di lalui oleh aku saban hari..
begitu lah keadaan yg dapat aku gambarkan bila bermulanye isnin hingga jumaat. tiada teman untuk berbual bicara dan tiada teman nak bermadah pujangga. ewahh

maklumla, kat ofis aku ni ade 2 org staff je, yakni aku dan bos aku..nasib baek aku punya bos laki. huhu.
aku punya partner dah brenti bulan lepas, so tinggal lah aku kegersangan sensorang.
tu la pasai bila rehat je aku mesti balik rumah. sekurang kurangnye boley gak hilangkan keboringan dan bergurau senda ngan putera mahkota ku tu. ngan putera mahkota sahaja tau, ngan ibu susuan dia tak boley bergurau nanti terbabas. ngee

ofis aku ni punya la besau. tp aku sorang jew. horny btul..kan..kan..



dari aku punya calculation, kasi sumbat 20 org staff kat dalam ni masih selesa. cer tgk..btul tak??


di sebelah aku punya table ni aku cadang mahu letak meja snuker.  muat dalam 2 butir kot.
ada masa terluang boley aku jolok menjolok. takpun tunggu mana2 aweks datang nak booking Performing arts theatre, aku ajak le join. ngehngehngeh.

ni la tempat aku melampiaskan nafsu dari pukol 9.00am hingga 6.00pm. bersih tak?  mesti rr, tgk org ler.
bukan nya macam bekas tunang aku tu. hhihi

skrg hanya menunggu staff baru masuk. harap2 dapat la yang mavelesss. mesti tak boring bekerja, btol tak. dapat pulak amoi meletop perghh. pakai skirt pulak perghh. mesti tak tenteram ibu susuan young master ku tu. theee.. mahu tak lepas ni nak ikut sekali dtg kerja.

apepon, walau sorang macamana pun kita, walau byak macamana pun kita..keje tetap keje. demi mencari rezeki yg halal untuk menampung perbelanjaan isi rumah. (ewahh, isi rumah saja. mentang2 la gaji bawah rm3000 boley dapat rm500). btul ker? tungguuuuu. maklumla one sided income. Alhamdulillah le walaupun tak cukop. alamakkk dah merapu ke politikan dah. hayya..oklah...dah pukol 6.00pm aku nak chowww. balik bergurau senda ngan anak pertama ku lagi baik. tup tup boley bergurau senda ngan mak kandung nye mana tahu. ngeee..

chow siin chiiii....

Monday 5 December 2011

klimaks....sejam sekali..

wahh. gerun tgk tajuknye. tp hakikatnye itulah yg berlaku pada aku dan kakak sulung adik2 ipar aku tu. di mana kepenatan yg melanda sangat lah drastik. kekejangan terpapar jelas di raut wajah. dah macam beruang koala dah mimik muka kakak sulung adik2 ipar aku tuh. ngeeee..
aku tak la, penat camana pon tetap mentain. hero la katakan..hihi.

beruang koala:

btw, tiada keghairahan dalam criter ni sebenornye. maklum la bila dengar je klimaks tentu otak korang pk yg bukan2 tu.

ape yg aku nak kongsikan hari adalah pasal putera sulung merangkap putera mahkota ku yang saban hari sangat mendatangkan kegusaran ke dalam benak pikiranku. mana taknye, timbalan presiden aku itu tiap tiap hari asyik terjaga la... asyik terjaga la... nak jugak aku letak nama AMAT PINTU. tp tak comey la pulak.

sekali sekala tu takpe le..melayan dengan senyum jew, tp kalau dah sejam sekali letey woooo. bila terjaga menangis, bila menangis nak susu, bila nak susu kena bangun panaskan susu. sape yang kena bangun? beta la, ayahanda presiden ni haaa. mak kandungnye? wat2 tido konon tak dengar. hampehh. tp takpe, beta tak salahkan permaisuri beta tu. dia penat dah melayan AMAT PINTU tuh pada belah siang. tqvm. lgpon penat nye ngandung selama 9 bulan ari tu pon tak ilang lg tu. ape salahnye beta pulak berpenat lelah. (fair play) la katakan. huhu bagus nye suami dia.

kalau la putera mahkota ku itu direct feeding kan baguss..senang je dengar je nangis terus kasi, takyah berletey letihan dah nak bangun bangun. ni direct taknak, nak ngan botol gak. sejak lahir sampai skrg. tu pasai botol nye aje sampai 20 bijik. nape la tak nak mewarisi ayah kandungnye, setahu aku ayah kandungnye suka direct tu. ngeee

tp, normal ke baby bangun sejam sekali? yang aku tahu baby mestilah mendapat tidur yg lena untuk perkembangan otaknye.  ke semua parents mengalami KLIMAKS yg aku alami ni? penin penin.
aku kena wat research lg ni.  kalau satukan semua research2 yg aku buat, dah dapat phd dah aku ni.

oklah, sambung kerja. jumpa lagi di hari dan waktu yg berbeza. sayonara.