Tuesday 22 May 2012

kena tinggal...huwaaaaa.

awal nya aku masuk opihh hari ni. maklum la sesudah subuh tadi keberakatan pulang amoi aku ke kampung halaman nya. dan seperti biasa pewaris tahkta aku turut serta. tinggal lah aku sensorang tada tempat nak mengadu, huhh. nak sambung tido kot2 terbabas, nak tak nak datang opihh terus. mana tahu kuar awal gini boley terserempak ngan jiranku yang horny tuhh, ada gak teman yang boley di ajak berbual. huhu

harap2 semuanya berjalan lancar. bimbang gak kat pewaris aku tu, kot2 la buat perangai, dia tu bukan boley kira, asyik moody je sehari dua ni. nak kan perhatian lebih. macam tahu je nak berenggang ngan abang dia nih ( aku la tu ). ohh ya, lupa aku nak criter, pewaris tahkta aku tu panggil aku ni ABANG cakap kauu. puas aku ajar, tetap abang abang abang. maklum la muka babyface katakan, anak sendiri pun keliru. aku tak salah kan beliau lahh, org lain pun boleh konfius. jauh bezanya ngan mama dia tuh. kalau pewaris tahkta aku tu panggil dia ONYANG sekali pun aku tak pelik ah. hihi

KEPULANGAN YANG DINANTI kali ni adalah bersempena majlis perkahwinan adik kepada amoi aku yang bakal berlangsung pada ahad depan. so. InsyaAllah kalau tada ape2 sabtu nanti aku pula yang akan turut serta. sabar ye ADIK, nanti ABANG sampai. ngehngehngeh.

uihhh, dah jadi bujang ape aku nak buat ni? rugi la kalo tak di isi ngan aktiviti2. bukan senang nak dapat peluang ni. oklah, aku nak wat schedule untuk beberapa hari berbujangan nih. sehingga berjumpa lagih, renung2 kan.


bye bye.

Wednesday 16 May 2012

hidup tak selalunya indah

huhh, agak dramatik tajuk aku nak olah hari ni. hal ini tidak ade kena mengena ngan org lain, dan tidak ada kena mengena jugak dengan jiran tetangga mahupun sanak saudara. ini adalah tentang aku dan luahan aku. kata org hidup kita ni ibarat roda yang sentiasa berputar, kadang2 kita di atas dan adakalanya kita di bawah.

persoalan nya. nampe akew asyik kat bawah jew? bila nak berputar ni.

time di atas kitalah segala galanya, so, aku tanak cerita pasal time di atas. sebab time di atas semestinya kita tidak mempunyai masalah. dan aku tertanya tanya, penah ke aku merasai nya? so, kalo aku rasa aku tak penah merasainya maka aku punya tajuk tu sepatutnya di tukar ke "hidup tak semestinya indah" betul tak?

tu saje lah aku nak criter. hanya intro je dulu. nanti akan ada part two n seterusnya. ni aku kepil kan gambo cucu mak aku yang dah baik dari demam, cuma problem batuk yang tahap raksakse gaban je sekarang nih. time batuk tu sian aku tengok, berderai air mata n air mulut beliau.






bye..

Monday 14 May 2012

IQ test

dari menjadi mekanik, aktiviti harian pewaris kerajaan aku ni bertukar pula ke kesenian. suka sangat menulis n melukis. pantang dapat pen, ade je lukisan abstrak yang di cipta nya. silap ibu susuan dia tak simpan lukisan pertama nya. kalau tak mahu nya aku lelong nanti. mesti mahal. kayo aku.. huhu.

mengikut satu article yang aku baca, untuk membentuk IQ yang bagus untuk anak2, kita di sarankan selalu memberi ujian yang agak di luar kemampuan nya yang mana ini akan membantu beliau berfikir lebih dan mengaktifkan otaknya ke tahap maksimum. hoho. tapi jangan berlebihan dan jangan terlalu mengharap kan kesuksessan drpd nya.. yeke nih.

so, aku akan bagi satu assignment untuk pewaris tahkta aku tu bila dia baik dari demam nya nanti. di mana aku akan minta beliau memotretkan muka aku yang macam babyface ni. mak kandung nya tak yah campur. ni urusan presiden dan naib presiden. lagi pun mak kandung pewaris tahkta aku tu tak lukisgenik. haha. tidur luar lagih aku malam nih..





chow..

Saturday 12 May 2012

nebulizer effect

hari ni masuk hari ke 3 pewaris tahkta aku demam. semalam aku terpaksa amik EL dan ianya  EL yang pertama bagi aku tahun ni. huhu. hampir setengah tahun baru sekali EL ok ape? oklah, aku tinggal kan pasal EL tuh, aku nak fokus pada demam pewaris tahkta aku nih.
anak sulung roommate aku ni sebenarnya dah 3 kali demam sepanjang hidupnya. kali pertama n  kedua dulu takder la seteruk ni, demam2 biasa jer. tapi kali ni agak horny.

kali pertama lihat beliau tersikksaa gituh, huh. bagai mahu luruh jantung gua der. mana taknya, tak dapat bernafas, air mata bercucuran menahan kesakitan. muntah bersepai kuar kot hidung, nasib baik kot tinger tak kuar. kalau kuar kot tinger, bukan setakat jantung aku bagai nak luruh, hati limpa, paru2 dan semua lah turut serta. hoho.

seperti biasa, kalo ade je masalah kesihatan, memandangkan dah tengah malam, UMRA lah tempat di tujui. bukan korang tak tahu, bukan nya ada tempat lain lagi dah nak p kat shah alam nih yang bukak 24 jam. ni sembang yang kami mampu lah. jangan le sembang yang kami tak mampu, macam KPJ ke, DEMC ke. kat situh tu, kalo poket tak penuh jangan gatai2 nak singgah. tapi mahal nya berbaloi org cakap, servis baik punya. aku lebih suka klinik RAZANA dari lain tempat jujur nya. amoi aku pon sama. tp RAZANA tak bukak 24 jam. bagi aku servis nya ok, dr pun berpengalaman. satu poblem yang aku detect ialah agak lama menunggu. dari satu pesakit ke satu pesakit tu makan masa. tp kalo dipikirkan balik mesti le macam tu kan. dr ngan pesakit perlukan masa secukupnya baru lah dapat hasil terbaik. bukan nya sekadar bertanya dan terus tahu solution nya. tanpa perlu periksa itu ini. kalu sekadar tanya tanpa periksa 2 minit pun boley selesai betol tak?

ok aku dah terpesong jauh ke arah servey klinik kot. berbalik pasal demam pewaris aku, kali pertama muntah aku agak terkejut. mana tak nya, sangat sukar beliau nak bernafas, nampak kesakitan terpapar pada wajah kecik nya, segala makanan dan lendir2 tersembur keluar melalui hidung dan mulut. bagai nak menitis air mata aku melihatnya, nasib baik aku sempat kaver, hoho. kalu tak hilang macho aku. malas aku nak sembang pasal roommate aku tu, tapi aku criter la sikit kat sini, beliau  punya kelam kabut terus sampai ke tahap dewa. sampai tak terkawal dah aku tengok nya. bak kata orang tak menang tangan aku malam tuh, nak kontrol muntah pewaris tahkta aku yang bertaburan kat badan aku lagi, nak kontrol tahap kehornyan amoi aku lagih. huhu. nasib baik aku ni cool, dan segala nya aku dapat hadapinya ngan tenang dan berwawasan. thee.

selesai bersiap, aku terus memecut ke UMRA. sampai kat sana aku di kabarkan oleh internship  yang jaga kaunter kat situ bahawasanya pakar kanak2 tiada dan belum sampai, hayya. sempat gak aku bertanya, dr lain takder ke? dan takde katanya. memandangkan internship tu merupakan student tempat aku bekerja dan dia kenal aku n aku kenal dia, so aku menyabarkan diri aku, walaupun time tu keadaan pewaris tahkta aku agak terdesak memerlukan rawatan segera. time tu jugak beliau muntah untuk kali kedua dan kali ni lebih dasat dari yang pertama tadi dan sekali lagi tepat atas aku, huhu. asyik2 atas aku jew.

nasib baik le time2 kelam kabut tu kluar seorang dr dari bilik nya. dan terus ajak masuk bagi tujuan rawatan.. tadi cakap takde doktor, haihh. tak der ape di buat nya just cek ape yang patut n minta seorng jururawat bawa kitaorg ke bilik sebelah bagi rawatan lanjut. selesai je consultation n treatment, amik ubat bayar kami terus balik. dalam perjalanan sekali lagi pewaris tahkta aku tu muntah dan kali ni kena pada mak kandung nya. hihi, baru dia tahu. seperti yang di duga, panic yg dasat nya pun kluar le, ade ke dia suh aku brenti on da spot. dah la betol2 tengah layan lap roundabout. hayya, penin pale aku.

panjangnya aku membebel, tu baru hari pertama belum masuk hari kedua n ketiga lagi, memandangkan aku dah malas, aku setop sampai kat sini jew. lagipon tader yang baca pon short story aku nih melainkan roommate aku je.

opps, tajuk nebulizer effect kan? tader pon criter pasal nebulizer... sebenarnya takde kesan pon pada pewaris tahkta aku tu cuma tinggal kesan cedera kat pipi akibat bergesel ngan topengnya tu je. ngee.




Wednesday 9 May 2012

multipurpose walker

selain membantu untuk bertatih, ia juga boleh dijadikan macam2. contoh nya,boleh dijadikan mesin rumput. boleh juga dijadikan senjata untuk melanggar org sekeliling. boleh juga di smackdown (nasib baik susah rosak). boleh terbalikkan dan duduk di atasnya. dan yang penting boley dengar muzik tau.

oleh sebab terlalu banyak yang boleh di lakukan dengan menda alah tu, mungkin juga sebab bosan dan tak menang tangan. maka ibu susuan nya mengambil keputusan untuk menyimpan atau pon meng"nusukkan"kan nya. kononnya pewaris aku akan terlupa bahawasanya banyak benda yang boleh dilakukan oleh nya pada walker tersebut.

dukacitanya tanggapan amoi aku tu tak benar. putera sulung aku tu tak lupa. malah makin banyak di godek nya. dah macam mekanik pun ada. dan yang paling latest di jadikan rehal untuk membaca kitab pertama nya. huhu. maybe dia slalu dok tengok aku membaca Al-Quran agak nya. *betol ke criter nih* ngee. tu yang tercetus idea sebegitu tuh. ok lah, saksikan gambo nya.





bye bye...


Tuesday 8 May 2012

positive thinking

ape jua yang berlaku, tak kira lah sesuatu tu melibatkan diri kita sendiri mahupun orang lain. dan tak kira juga sesuatu yang berlaku tu baik mahupun buruk, dengan secara otomatiknya kita akan fikirkan sebab dan akibatnya. dan yang pastinya sepanjang pengalaman aku, kebanyakan nya akan berfikir lebih kearah kenegetifan termasuk lah aku sendiri..ngee.

aku tak nafikan, ramai jugak yang sebaliknya. cuma ni mengikut side aku n criter aku. kalo criter korang aku tak tau la, sebab korang punya criterkan? lgpon malas aku nak amik tahu, nanti aku pikir negetif. huhu.



ok berbalik pada topik, sebenarnya aku rasa aku ni suka berpikiran negetif. tak kira ape jua benda kearah negetif la otak aku akan memprosesnya. contoh yang paling latest dan paling simple aku boleh share kan kat sini ialah ibu susuan pewaris tahkta aku minta kerja, dengan selamba nya otak aku pk kearah negtif, takkan la dapat, ramai lagi org lain, mesti tak dapat punya, tak related langsung. susah nak dapat tu. begitulah lebey kurang. dan hasil nya betol2 tak dapat le. huhu. dan banyak lagi contoh2 lain, cuma aku tanak kongsikan. karang belog ni bertukar jadi belog gossip pulak. haa.

ape yang aku nak tekankan kat sini, kalau dah kita sentiasa dok pikir negetif macam tu, wat ape pon akan jadi negetif. betol tak? mengikut satu buku, ape benda tajuknya aku dah lupa. di ceritakan oleh "somebody" kepada aku, buku ni menceritakan segala perkara mengenai berfikiran positif dan negetif. kenapa, bagaimana, kesan dan akibat. aku tak leh nak criter panjang tentang buku ni kerana aku pun belum bacanya lagi. cuma ape yang aku nak story kat sini, aku tertarik dengan satu kajian dalam buku tu yang mana di ceritakan oleh "somebody" tu la ye, mengikut kajian yang di buat, telah terbukti bahawasanya pemikiran kita memainkan peranan penting dalam hala tuju dan kesan ke atas sesuatu. maksudnya, jika kita berfikiran positif berkemungkinan besar positif la akibatnya dan jika semua benda kita pikir negtif maka negetif la hasilnya. menurut beliau lagi, buku tersebut juga menerangkan bagaimana result tersebut di dapati. benda2 yang melibatkan cas positif cas negetif bagai, aku pon tak paham.

sambung balik cerita aku, cerita buku tu selingan saja. kalo bab2 pemikiran positif negetif ni korang tanya je mr google, berlambak article mengenai tuhh. dalam islam pon banyak kisah2 tu. yang pastinya, jawapan nya tetap sama.

walaupun benda ni bukan lah perkara baru dalam sejarah manusia, tapi benda ni agak baru dalam hidup aku. aku tak nafikan, mungkin tahap kesedaran aku terdetik setelah "somebody" mengetuk pikiran aku dengan bercerita tentang ni dulu. dan aku tabik ngan beliau, sepanjang aku kenal beliau, beliau seorg yang positif dan berbaik sangka. ini sedikit sebanyak mengajar dan membimbing aku kearah yang lebih baik, InsyaAllah.

harap2 aku jadi seorang yang berfikiran positif, walaupon cas2 kenegetifan nya masih berkobar kobar neh. susah nak buang woo. roommate aku punya cas negetif pon aku tengok boleh tahan sejak kebelakangan nih. haihh, risau den. kalo aku -ve, dia punya -ve kuasa dua woo. ngee

suka aku nak bagi example kat sinih, dalam bab cari rumah lain.
aku : jauh nya
dia  : jauh giler tu. tentu tak tahan, jem lagi, minyak lagi. bla bla bla bla.

aku : sampai bila la masalah seri nipah ni nak settle....
dia  : sampai bila bila tak akan settle ni. hari ni masalah ni, esok masalah tu, lusa masalah ni, tulat masalah tu, tubeng masalah nun......

kifkifkif... jangan mare contoh je tuhhh...kalo tengok kat diolog tu, macam baik nya aku niiii, sopan santun gituh.. haihh, tidor luar aku malam nih...


bye bye...



Monday 7 May 2012

ingatkan cuti rupanya tak..

horny kan tajuk aku nak sembang kali nih. haihh, penangan mak kandung pewaris aku la ni. beria ria beliau cakap hari ni cuti. konon nya wesak kan jatuhnya pada hari sabtu, so secara otomatiknya hari isnin yaitu hari ni cuti la. yang best nya aku percaya bulat2 tanpa usul prikse. dengan selambanya lepas solat terus sambung tido sambil berpelukan ngan ibu pewaris takhta aku tuh tak ingat dunia.

sedar sedar jew jam dah pukul 945am. dan dengan selambanya menantu mak aku tuh tanya, betol ke tak kerja hari ni? i baru lepas bermesyuarat ngan ahli fb sepanjang hayat tadi, peliknya dia worang semua kerja. theee.

aku ape lagi ngan gelabah nya terus capai henset dan membuat panggilan hangit. ternyata hari ni hari bekerja dan sepantas kilat jugak la aku mandi n bersiap dan terus memecut ke opihh.

dan mulai saat itulah aku berkeputusan tidak akan percaya bulat2 cakap room mate aku tu. huhh