Saturday 12 May 2012

nebulizer effect

hari ni masuk hari ke 3 pewaris tahkta aku demam. semalam aku terpaksa amik EL dan ianya  EL yang pertama bagi aku tahun ni. huhu. hampir setengah tahun baru sekali EL ok ape? oklah, aku tinggal kan pasal EL tuh, aku nak fokus pada demam pewaris tahkta aku nih.
anak sulung roommate aku ni sebenarnya dah 3 kali demam sepanjang hidupnya. kali pertama n  kedua dulu takder la seteruk ni, demam2 biasa jer. tapi kali ni agak horny.

kali pertama lihat beliau tersikksaa gituh, huh. bagai mahu luruh jantung gua der. mana taknya, tak dapat bernafas, air mata bercucuran menahan kesakitan. muntah bersepai kuar kot hidung, nasib baik kot tinger tak kuar. kalau kuar kot tinger, bukan setakat jantung aku bagai nak luruh, hati limpa, paru2 dan semua lah turut serta. hoho.

seperti biasa, kalo ade je masalah kesihatan, memandangkan dah tengah malam, UMRA lah tempat di tujui. bukan korang tak tahu, bukan nya ada tempat lain lagi dah nak p kat shah alam nih yang bukak 24 jam. ni sembang yang kami mampu lah. jangan le sembang yang kami tak mampu, macam KPJ ke, DEMC ke. kat situh tu, kalo poket tak penuh jangan gatai2 nak singgah. tapi mahal nya berbaloi org cakap, servis baik punya. aku lebih suka klinik RAZANA dari lain tempat jujur nya. amoi aku pon sama. tp RAZANA tak bukak 24 jam. bagi aku servis nya ok, dr pun berpengalaman. satu poblem yang aku detect ialah agak lama menunggu. dari satu pesakit ke satu pesakit tu makan masa. tp kalo dipikirkan balik mesti le macam tu kan. dr ngan pesakit perlukan masa secukupnya baru lah dapat hasil terbaik. bukan nya sekadar bertanya dan terus tahu solution nya. tanpa perlu periksa itu ini. kalu sekadar tanya tanpa periksa 2 minit pun boley selesai betol tak?

ok aku dah terpesong jauh ke arah servey klinik kot. berbalik pasal demam pewaris aku, kali pertama muntah aku agak terkejut. mana tak nya, sangat sukar beliau nak bernafas, nampak kesakitan terpapar pada wajah kecik nya, segala makanan dan lendir2 tersembur keluar melalui hidung dan mulut. bagai nak menitis air mata aku melihatnya, nasib baik aku sempat kaver, hoho. kalu tak hilang macho aku. malas aku nak sembang pasal roommate aku tu, tapi aku criter la sikit kat sini, beliau  punya kelam kabut terus sampai ke tahap dewa. sampai tak terkawal dah aku tengok nya. bak kata orang tak menang tangan aku malam tuh, nak kontrol muntah pewaris tahkta aku yang bertaburan kat badan aku lagi, nak kontrol tahap kehornyan amoi aku lagih. huhu. nasib baik aku ni cool, dan segala nya aku dapat hadapinya ngan tenang dan berwawasan. thee.

selesai bersiap, aku terus memecut ke UMRA. sampai kat sana aku di kabarkan oleh internship  yang jaga kaunter kat situ bahawasanya pakar kanak2 tiada dan belum sampai, hayya. sempat gak aku bertanya, dr lain takder ke? dan takde katanya. memandangkan internship tu merupakan student tempat aku bekerja dan dia kenal aku n aku kenal dia, so aku menyabarkan diri aku, walaupun time tu keadaan pewaris tahkta aku agak terdesak memerlukan rawatan segera. time tu jugak beliau muntah untuk kali kedua dan kali ni lebih dasat dari yang pertama tadi dan sekali lagi tepat atas aku, huhu. asyik2 atas aku jew.

nasib baik le time2 kelam kabut tu kluar seorang dr dari bilik nya. dan terus ajak masuk bagi tujuan rawatan.. tadi cakap takde doktor, haihh. tak der ape di buat nya just cek ape yang patut n minta seorng jururawat bawa kitaorg ke bilik sebelah bagi rawatan lanjut. selesai je consultation n treatment, amik ubat bayar kami terus balik. dalam perjalanan sekali lagi pewaris tahkta aku tu muntah dan kali ni kena pada mak kandung nya. hihi, baru dia tahu. seperti yang di duga, panic yg dasat nya pun kluar le, ade ke dia suh aku brenti on da spot. dah la betol2 tengah layan lap roundabout. hayya, penin pale aku.

panjangnya aku membebel, tu baru hari pertama belum masuk hari kedua n ketiga lagi, memandangkan aku dah malas, aku setop sampai kat sini jew. lagipon tader yang baca pon short story aku nih melainkan roommate aku je.

opps, tajuk nebulizer effect kan? tader pon criter pasal nebulizer... sebenarnya takde kesan pon pada pewaris tahkta aku tu cuma tinggal kesan cedera kat pipi akibat bergesel ngan topengnya tu je. ngee.




No comments:

Post a Comment