Tuesday 3 January 2012

durian & senapang.. part 1

malam tadi punya pukulan, bahang masih terasa sampai skrg. itulah yang boleh aku katakan. sebenarnya aku ni bukan lah pemarah orang nya, pendendam jauh sekali. tp, peristiwa hitam yang tercalit di muka aku ini bisa merubah hidup aku selama lamanya. pertama kalinya aku di kalahkan oleh mak kandung putera mahkota aku. caittt, pantang datuk nenek jiran aku yang suka dera anak dia tuh. haa, kalau nak tahu kisah jiran aku tu, silalah klik tajuk my neighbour ye. tp sekarang ni kisah aku. fokus jgn tersasar.

memandangkan dapur aku tak berasap, biasanya time2 kul 7.30pm macam ni dah ting tang ting tang dah amoiku berperang ngan kuali. aku paham, awal2 bulan ni malas la berperang kan? so, habis je solat maghrib aku tanya la amoi aku nak makan kat mana. terus dia bersiap kau. dengan wajah agak2 horny manja gitu, nak makan durian katanya. aku ok je, aku pun dah kempunan tahap gaban dah ni.

so, gerai durian seksyen 7 jd pilihan aku. aku tengok best semacam jer. ada yang beli untuk makan kat rumah dan ada jugak yang melahap kat situ terus. memandangkan keadaan naib presiden aku agak baik jadi, aku berkeputusan makan kat situ. 10 hinggit 2 butir cukup la kot. cuma aku ngan penyusu anak aku je kan. sekali keagresifan penyusu anak aku terserlah la pulak, di minta nya tambah lg, sorang. ngee,  aku seperti biasa, ok je. lgpon bukan mahal sangat kan. makan la sepuas puas anak sulung mak mertua aku hei wale wale heii. haihh

alahai panjang nye intro. ni baru nak masuk crite tentang kepanasan aku ni. habis je makan durian tu, maka aku wat keputusan terus balik, walaupun idea asalnya lepas makan durian p la makan kat amin thai. tp perut dah terlampau penuh, dah tak leh nak isi dah tank kapcai aku ni. amoiku tank superbike, boleh lagi tu. tp dia pun dah surender dah. maklum la, td makan tak ingat dunia. siap nak minum air dalam paksa durian lagik tuh, konon nya boley menghilangkan panas badan. (ye ke petua ni?). aku ape lagi, terus mengsetopkan beliau berbuat demikian. malu beb, pewarisku pun tutup mukanya, hayya, ni mesti petua cik timah ni. hihi.

kisah kepanasan jiwa aku ni bermula disini. la, baru nak start ke? asyik2 baru nak masuk n baru nak start. kalu gini bila nak abes ni? haa, tu lah, tetiba je byk pulak idea pasal durian nih. thee. dalam perjalanan pulang amoi aku ni wat hal la pulak. dia ajak aku p fun fair kat sek13, kalau affair bagus jugak. konon nye anak pertama dia tu suka tengok lampu lampi nih. hayya ooo. sulah pukul saplos ma. aku mahu tengok itu celite jackie chan kat tv3 ma. bikin losak ana punya program. tp takpe, layann je le. mana tahu nanti ada sumthin sepesel kan? panas sama panas la katakan.ngehngehngeh.




di sebabkan cerita ni terlalu panjang, so aku buat stail movie lah. ada part 1 & part 2. sekian.

bersambung...

1 comment: