Thursday 5 January 2012

nasi lemak hindustani hey..

putera mahkota merangkap timbalan presiden aku ni semakin hari semakin pelik aksi nya. malam tadi nak dijadikan cerita, balik dari dinner  aku bukak la tv. sekali cerita hindustan, dato' shah rukh khan berlakon. dato' wa cakap lu. aku pon layan. korang tahu la kan cerita hindustan, mesti ada adegan nyanyi n tari menari. sekali budak kecik tapi berat tu suka. aikk, ajaib. tak penah dia suka menda lain kecuali iklan je sebelum ni. siap tak bergerak, mcm tunggul je melayan. baguss, kalo tak jenuh dan tak menang tangan nak menjaga nya. aktif sangat, dah maksud nama nya pun cergas. huhu.

aku pelik le, putera sulong aku tu sukakan lagu nya ke atau pon heroin nya? siap ketawa berdekah dekah lagi. dah la crita tu agak menjolok mata para pelakon nya. apepom tak kisah r, janji dia tak wat perangai. hihi. sedang asyik aku dan pewaris aku dok melayan criter tuh, amoi aku pulak lain criter nya. dok kat dapur. ntah ape di buatnya pon aku konpius. nak kata lapar, baru pas makan. heran. rupa2 nya dia nak bikin nasi lemak wa ckp lu. td kempunan nak makan nasi lemak cinta sayang. dari awal lagi dok cakap teringin makan nasi lemak. cuma aku je menolak. kesian. alamakk, ke aku nak dapat pewaris kedua? mengidam ke dia. hayya. terus aku jadi detective conan, tinggal kan pewaris aku tu layan hindustan sorang2. selepas di soal siasat oleh aku, rupa2 nya amoi aku tu hanya teringin makan je, bukan nya mengidam. huhu wat suspen je. nasib baek aku tak hebahkan kat org kampung sekalian alam.

aku tinggalkan beliau dengan idea beliau tuh dan kembali bergabung ngan pewaris aku. perghh, tak berganjak langsung, kaki hindustan ke budak nih? parah2. siap menguap ngantuk giler dah aku tengok. tetap tak mahu tido. mengamuk ngamuk bila aku wat masuk bilik. ish ish ish. nak tak nak bagi je lah dia layan sampai habis criter tuh. so, bersengkang mata lah aku melayan dia menonton sampai kol satu lebey, criter hindustan korang tahu la kan, panjang berjela jela. ngam2 habis criter tuh, terus dia pengsan. yang mak kandung nya pulak tak siap siap nasi lemak nya. dah macam nak meniaga nasi lemak kat tepi jalan dah ropanya. dengan mata pun dah merah, kalau nak banding ngan hantu kak limah rasanya ok hantu kak limah lagi kot. ngee.

kesian aku tengok, tapi ok jugak mcm tu, bukan senang nak  makan nasi lemak amoi aku tu, jarang2 sekali je tahap kerajinan nya tuh. aku tabek spring la ngan beliau, memang berkaliber dan memang akan berusaha jika ingin kan sesuatu. sekali lagi aku biarkan beliau ngan keadaan beliau tuh, aku pon dah ngantuk tahap dewa dah ni. baik aku ikuti jejak langkah pewaris aku tu. aku pikir aku dapat tido ngan lena sebab mesti pewaris aku tu tak akan buat hal, dah tido lambat, mesti dia hanyut di buai mimpi indah bersama heroin hindustan kegemarannya tuh. tapi, setengah jam sekali menjerit tak tentu pasal bro. bagai nak merekah bijik mata aku ni ha. dah la mak kandung nya pengsan akibat kepenatan. aku gak la yang kena melayan karenah nya sampai dekat2 subuh, no more hindustan lepas ni.


akhir nya dapat le aku merasa nasi lemak cinta syg ( seperti gambar di atas ) amoi aku pagi tadi, siap aku puji sedap lagi. dan sejujur nya memang sedap la. tak rugi dia dok berguru ngan mak mertua si dhia hari tuh. kembang hidung kak limah kita tuh.. oklah, sayonara arigato. sempat snap gambo tu......

No comments:

Post a Comment