Monday 4 June 2012

tragedi amoi penang dan R&R

aiseymen lama gak aku menyepi. hari ni aku kembali. kembali ngan tajuk yang agak parah iaitu sehari di penang yang dramatik. huhh. ceritanya bermula bilamana keberangkatan kami ke pulau pinang seawal 5 pagi sabtu lepas. ini bertujuan untuk menghadirkan diri ke majlis kenduri timbal balik, yakni majlis  hantar anak ke rumah ibu bapa suaminya atau dipanggil juga MAJLIS HANTAR MENANTU ataupun majlis kenduri belah pihak lelaki. haa, tak paham lagi tak tau le.

kononnya, alang2 dah pergi penang, why not kitaorg bercuti cutian terus. mandi pantai ke, lepak BATU FERRINGHI ke, ape2 jelah janji happy gituhh. makanya ngan agak ghairah, seawal 4 pagi amoi aku tu bangun mengemas ape yang patut, teruja habis. agaknya terlampau ghairah sehinggakan banyak benda yang terlupa di bawa. ade ke bikini aku ngan pewaris aku pun terlupa, ni nak g pantai ni. apepon aku  tak kisah pun semua tu, biasa bro, percutian tak dirancang. baru best kan? evriting on da spot, ape yang terlintas, itu yang kita akan buat. perghh, macam menarik kan.

selesai je majlis kenduri yang dirancang tersebut maka bermula la episod percutian kami yang tak dirancang pula yang mana agak dramatik tuh. sempat jugak aku tanya amoi aku betul ke kita nak ke pulau ni? risau gak aku, maklum la cuti sekolah ni, di tambah lagi weekend, kena pulak cuti hari keputeraan YDP AGONG. ngan hotel tak bukim, ngan jammed tak hinggat aku rasa. dah le aku ni tak boleh memandu malam. penyakit tidur yang kronik. skrg pukul 2pm kalau nak balik shah alam sempat lagi nih. tetapi amoi aku tu ckap, ok kot, alang2 dah sampai penang, kalau tak bila lagik. pergh bersemangat waja mak kandung pewaris aku nih. aku apa lagi terus memecut sambil follow signboard tertera jambatan.

ternyata perkabaran org yang menyatakan jammed kat atas jambatan pulau pinang tu tak benar. tak jammed pon. aku siap boley memecut lagik. sampai di pulau, aku terus ke batu ferringhi, ape2 pon cari hotel dulu. kat pulau tu pon tak jem sangat, biasa2 je. tak seperti yang di ceritakan. pada firasat aku ni sudah bagos. macam tak ramai je, hotel pon musti banyak, wakakakaka, excited aku.

cari punya cari punya cari, semua penuh. ayokk. mulanya target aku HOTEL BUDGET ke motel ke, maklum la tu je yang mampu. ternyata itu yang habis dulu berbanding hotel2 besau nih, kata petugas kaunter hotel tuh la. dan siap bagi aku satu direction untuk ke satu hotel budget lain, di mana menurut beliau masih ada satu kekosongan untuk standard room. memandangkan tu hotel ke empat yang aku tanya, makanya aku terus memecut ke arah yang di berikan. takut2 la kalau lambat dapat kat org lain pula. ternyata nasib tak menyebelahi kami, kat situ pun penuh. yang tinggal satu bilik kecik katil single. aku minta nak tengok, sememangnya kecik dan rasa tak berbaloi. nak sembahyang pun tak lepas. mintak tilam extra pon tak berguna. mesti tak muat gak. kalau aku sorang ok le. pastu wat masok amoi sorang, cantekk. ni kami bertiga. dah macam bilik couple melepaskan gian jew. chaitt, mana mungkin kami bermalam di bilik yang sekadar tempat melampiaskan nafsu tuhh.

aku teruskan pencarian, dan hanya kecewa balasannya. sekarang memandangkan hari makin gelap, aku berkeputusan turun balik ke GEORGETOWN dan mencuba nasib kat situh. dari hotel kecik ke hotel besau, dari rendah ke tinggi semuanya sama je, PENUH PENUH PENUH. amoi aku yang tadi nya semangat waja dah tak waja dah. nasib baik le hari tuh aku punya pewaris tak wat hal pon. biasanya sekejap je dia nak dok dalam car seat dia tuh, tu pon time minum susu n tido je. tapi kali ni ok je, diam dan membebel sorang2 siap ketawa berdekah dekah lagi. puas aku tawaf georgetown tu tapi still tak dapat bilik. siap sesat masuk kawasan panas lagik n dapat sapaan2 dari segelintir pekerja seks ajak masuk bilik, perghh maveless. nak jugak aku tanya, semalam berape? boley wat masuk bini ngan anak sekali tak? ngee.

matahari dah hampir tenggelam, bulan tak muncul muncul. nak tak nak, aku wat keputusan untuk patah balik ke tanah besar. try cari lagik hotel2 kat situh pulak. mana tahu masih ade yang kosong. janji dapat bilik, boleh mandi n tidur. nak drive terus ke SHAH ALAM tak larat, penat dan semesti nya aku tak mampu bawa kereta ngan tak cukup tido n penat gitu. terasa gak nyesal tak amik bilik kecik kat bt ferringhi tuh, tempat lepas gian pon tempat lepas gian la, janji dapat mandi n rest.

sekali lagi naik jambatan pulau pinang ni, cadang nya masuk naik jambatan, balik esok nya ngan feri. ermmm hancus. tader la mandi manda nya, tader la nite market nya. nasi kandar line clear sekadar angan2, char kue tiew penang pun sama. belum masok pasemboq nya lagih tuh. arghh, aku dah tak kisah semua tuh, janji dapat hotel. di pendekkan cerita yang dah terlampau panjang nih, sampai pukul 11 malam kami masih lagi tak dapat hotel. semuanya FULL HOUSE. yang kosong cuma bilik untuk yang kaya raya jew. takkan aku nak bayar RM480 semalam, dah la dah hampir kol 12 malam ni. kalo separuh rege ke boleylah di considerkan bagi org yang pokai macam aku nihh.

aku wat keputusan dan mendapat sokongan penuh amoi aku, dari melayang RM480 tu, baik aku gagah kan diri drive balik kl jew. nanti kat R&R aku minum kopi jantan ke kopi jantan buas telajak ke bagi tak mengantuk. tak habis RM50 pun kan? (kedekut punya worang) hihi. amoi aku dah surrender dah. sakit pale katanya. so, kali ni signboard KUALA LUMPUR pula menjadi penunjuk arah aku. SAYONARA PENANG.

lebey kurang setengah jam drive, aku dah mula terbayang image dalam kepala hotak haku nih, dah tak nampak jalan dah, yang aku follow hanya image yang di cetus kan oleh otak aku ni, kejap ke kanan kejap kekiri. makanya , amoi aku menstopkan aku dari terus di buai image maya aku ni, dan meminta berenti kat R&R. berehat n cuba tidur. di parking R&R tulah yang menjadi hotel kami pada malam tu.

walaupon tak selesa tido dalam kereta, tetapi hakikatnya kalo dah penat kat mana pon boley jadi biasa. dalam hati aku terpikir dan ketawa, ohh percutian hebat untuk keluarga, huhu. kesian mereka, tapi ni amoi ana punya idea. ngehngehngeh.

nasihat aku pada semua, rancanglah perjalanan anda. huhu

sedap udang cucuk tuhh. bak sekoq.

iklan colgate yang di potong

3 dah berteman 3 lagi belum berteman, ngee

ish ish ish, tak tau nak explen ape

jambatan kedua nun di sana. nampak tak? kalo tak nampak pegi sendiri.
tapi jangan redah ye. rancang perjalanan anda

tak jem, line clear

pon sama line clear, jangan disangka air tenang tiada buaya.

tak dapat bercuti kat penang takpe lah. kat R&R pun boley bercuti ape

kesian, tak dapat naik keretapi kat bukit bendera. naik keter menan kat R&R pon ok lah.

mandi pon kat R&R, best ape

budak baik, huhu

ni pon sorang lagi budak baik, tak wat perangai pon.

setelah berpuluh puluh jam kat atas kereta n jalan raya, makan pon tak menentu, akhir nya dapat gak berehat ngan selesa.


1 comment:

  1. Best sangat cerita ni.. Buatkan saya nak baca tiap hari..
    Tumpang Iklan
    Abang sangat hebat..
    Kalau macam ni lah.. hari2 pun sayang nak..
    >>>Enlargexl:Besarkan Zakar <<<

    ReplyDelete