Monday, 13 February 2012

api api dan api.

minggu lepas mini cooper dan 4 kereta bersebelahan hangus terbakar. semalam terjadi lagi, kali ni bukan kereta tapi motosikal pulak yang terbakar. lebih kurang 10 bijik semuanya. nasib baik sempat di padam sebelum ianya merebak. kalau tak dengan kondo mewah aku pun turut hangus terbakar.

beza nya kali ni aku n keluarga aku tak tahu menahu pun kejadian tu. tahu2 pun pagi semalam, aku turun nak beli bekfes. keluar je lif, tengok ada tali kuning bomba dok merentang kawasan kebakaran. terpegun dan konfius aku. yang terbakar minggu lepas tu kereta ke moto? kat tepi bangunan ke kat bawah bangunan? so, ape lagi aku pon terus menyebok kan diri bertanya rakyat jelata yang dok berkumpul kat situ, masing2 sebok dok bagi pendapat masing2. katanya kejadian berlaku pukul 3 pagi tadi. hayya, wa talak sedar woo..

sebelum aku keluar beli bekpes tu sempat la amoi aku tanya, malam tadi ada tak dengar siren? aku cakap takde. memang aku tak dengar pun. mungkin dia mengigau katanya. maklum la, baru je minggu lepas peristiwa kereta terbakar tu berlaku. lagipon beliau pekena ubat anti ellergic malam tu. mungkin khayal ubat tak hilang lagi, tu yang dengar macam2 tu. sekali betol ada kebakaran.

aku bersyukur keluarga aku & jiran tetangga semuanya selamat. dan sekarang aku pikir elok lah aku bersegera mencari rumah lain sebelum kejadian tak di ingini berlaku. gambonya ada, saksikan..





sekian..

No comments:

Post a Comment