Wednesday 19 September 2012

cinta lebuhraya

akhirnya, setelah berehat panjang dari coret mencoret ni, aku kembali. tak lain tak bukan aku kembali ni adek kakok untuk mencoret perihal putera mahkota aku. banyak benda yang boleh aku ceritakan kat sini selama mana lebih kurang 2 bulan aku merehatkan jari jemari saleh ni. huhu

cuma satu topik ni je aku sedia kongsikan hari ni iaitu kerinduan dan keteringatan. alkisah bermula bilamana putera sulung aku tu telah menerima taraf kerakyatan peteh baru baru ni. maklum la elok elok duduk kat shah alam ni di buli dan di aniayai. nak tak nak terpaksa lah aku memeterai perjanjian untuk setuju membenarkan beliau bermastautin sementara di sana.

sedih tu tak usah cakap le sedara sedari cikkebom cikkebom. kecik2 lagi dah berjauhan, cuma gambo je lah jadi pengubat nya. sob sob sob. yang aku pasti sekarang ni, ini adalah jalan terbaek. nanti akan aku usahakan untuk kami kembali bersatu di bawah rumpun yang sama iaitu 1rumpun 1malaysia. ngeeee.

excited. nak g duduk taska ( day 1 )

dah lebam lebam dah..

day 3.. kesan cakaran dan gigitan.

day 6.. terus sain kontrak bersama sang penyu

 day seterus nya berbahagia kembali.
3 4 hari gak le trauma

sekadar gambar hiasan

otw lepak kedai kopi aka mesyuarat tingkap.
baju belang seluar kotak.. ape kess

jogging di taman

di tepi pantai yang indahhh

sekadar gambar hiasan

bersosial kat kampung.
say no to taska aqib & atin..

oleh sebab aku nak lupakan dan tak mahu ingat langsung kes penganiayaan terhadap putera mahkota aku oleh pengusaha taska yang taknak aku mention kan nama iaitu TASKA AQIB DAN ATIN TAMAN PINGGIRAN USJ yang tak amanah tu, makanya aku juga berhasrat tak mahu mencoret cerita di sebalik tragedi november nih.

sekian, wassalam..


8 comments:

  1. atcly sy pn htr ank ke taska aqib atin...leh sy tau x, kenape ngn ank puan??cz sy riso jugak bile ade kes mcmtu..tkut jd kat ank sy jugak..

    ReplyDelete
  2. Salam sy bercdang nk antr ank ke aqib atin...btl ke gmbr ank awk kt taska tu?buat report x?

    ReplyDelete
  3. dia main dgn budak2 lain kot..budak2 ramai memang camtu kalau lasak.

    ReplyDelete
  4. budak2 ramai kat sana dan main sesama, maybe dia main sama.macam my twins suka bertumbuk tarik rambut sana sini luka.maybe ramai kawan nak main

    ReplyDelete
  5. Sy hantar anak kat situ jugak.. taska aqib & atin pinggiran usj 1. Selama 3 tahun pendam rasa je.. Sy nasihatkan carilah taska lain, Sy terpaksa pendam rasa, sbb tak dpt cari pengasuh @ taska lain, taska lain yg berdekatan sy tnya ckp penuh, x amik lagi. Hari2 tinggal anak kat situ risau, tawakal je pada Allah tolong jaga. Sedapkan hati sendiri je.

    Pengusaha taska kurang bertanggungjawab dgn hal anak2, selalu tak cukup staf, staf selalu lari sbb tak tahan dengan mak pengusaha yg dah tua yg ambil alih tugas utama sebagai owner taska, sgt berkira dgn staf. Pengusaha taska tu pon tak ngam, pendam rasa dgn mak dia. Mak dia ni selalu kutuk org, wlwpon anak menantu sendiri. Mulut ckp lepas.

    Kanak2 selalu dibiarkan bermain sesama sendiri dan tiada aktiviti. Logiknya sbb org tua pangkat nenek yg jaga, tak larat nak buat aktiviti dgn kanak2 dan tak cukup staff. Jadinya, budak2 tu main sepak2, lawan. Anak saya selalu ade kesan lebam, kena gigit. Bila saya tnya pihak taska ckp "ade budak gigit dia, tp dia yg gigit budak tu dulu" Ape staf taska buat? Selalu tak ada yg pantau @ monitor budak2, di biarkan je. Tak pernah pun minta maaf atas apa yg berlaku. Bila sy tnya anak sy buat ape ke taska td, tak ada lain yg dia jawab melainkan "tumbuk, sepak, terajang"

    Pengasuh kat situ yg kekal lama ade la sorg, tp kerja dia tak memuaskan hati. Dia pun penah tipu saya, cakap anak sy dah mandi, tp sy nampak dia tukar kan baju dgn pampers je,baju yg dr pagi sy hantar masih pakai lg waktu sy dtg amik anak 5 ptg. Tah2 pampers pon tak tukar dr pagi... Dan ada lagi la yg dia tipu sy, panjang sgt nak cerita kat sini.

    Bab makan satu hal, selalu anak sy cerita makan roti, cekodok, biskut je kat taska, Budak mana tau menipu.. Jarang sgt dia ckp mkn makanan berkasiat. Staf kat taska tu sendiri ckp kat saya yg pengusaha sediakan 1 menu je sehari, Pagi tghari makanan yg sama. Ptg biskut atau roti seorg sekeping. Bila balik, smpai je rumah anak sy terus cari makanan dgn air.. kelaparan, kehausan mcm seharian tak makan apa2. Susu dia mmg luak setiap hari, 3 bahagian susu habis setiap hari. tp siapa yg minum sy tak tau.. sbb 2 - 3 org cucu makcik tu duduk situ jugak. Was2 gak saya, kalau minum susu 3 kali dah masa kat taska, kenapa mcm kebulur sgt kan..

    Anak sy yg dah 3 tahun pon dia caj yuran harga baby, mahal dr sepatutnya. Staf kat situ cerita pd sy, bukan dgn sy je dia buat mcm tu, pernah byk kali ade kes mcm ni. Parent mcm saya tak nak cari pasal, sbb dia jaga anak kita, risau kalau dia berdendam dgn kita dia berkasar atau marah2 anak kita. Sy bukan mereka cerita, bukan nak burukkan taska.

    Anak sy dah lepas, umur dia 4 tahun sy masukkan tadika sbb tak nak lg dia duduk kat taska ngeri itu. Masa kat taska dia selalu nangis takut nak pergi. Sekarang kat tadika dia happy, sabtu ahad pun mintak nak pergi tadika.

    Saya pernah koll JKM Shah Alam report sbb risau kebajikan kanak2 kat situ, tp tak ade pon tindakan dan lawatan dr JKM sehinggala hujung tahun lps hari terkhir anak sy kat taska tu. AKhirnya sy decide keluarkan anak sy dr taska itu. Utk kebaikan anak2 puan2, carilah taska lain. Not taska itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa ramai staf di situ? Puan ingat nama cikgu taska....

      Delete
  6. kenapa nak di aibkan atau ditutup punca rezeki seseorg itu cuba fikir baik buruk dulu. mana2 pun taska ada kesilapan. saya pun menghantar anak kesana redha je ketentuan allah dah diusahakan yg terbaik dari pihak taska saya rasa

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas maklumat. Itu bukan buka aib.. peringatan utk kita agar tak berlaku kes2 bayi dianiaya oleh pengasuh taska,mati di taska. Taska patutnya tempat kanak2 rasa gembira, bukan trauma nak pergi.

    Jgn lah nanti dah ada kes baru nak tuduh menuduh,baru bising kenapa tak ade yg tampil nk menceritakan hal sebenar.. mcm kes taska temanku kat menara pdm@pjm yg hot skrg ni. Beringat sblm kena.

    ReplyDelete