Wednesday, 4 January 2012

durian & senapang.. part 2

so, dengan rela dan terpaksa aku terus memecut ke seksyen 13. baik punya parking aku dapat. depan pintu masuk ekspo tu. maklum la esoknya kerja, jd tak ramai la yang datang. kalau weekend ni kompem penuh sesak. kalau di ikutkan hati aku ni, tak mahu nya aku p situh. tentunya ramai couple2 bertebaran di segenap ruang, rimas i. dah la seksi n seksa semuanya. untuk pengatahuan, ekspo ni bersebelahan je ngan msu tempat kerja aku. so, berdekatan jugak la ngan ptpl tempat kerja lama aku. jd, sudah tentu lah kebanyakan pengunjung ekspo tuh adalah student ptpl & msu. hayya, malu woo. (macam la aku ni glamer sangat sampai student kenal kan?)

seperti biasa, amoi aku ni pelik sikit. nak datang tapi taknak main ape2. ajak naik buai berpusing taknak, ajak naik kereta berpusing taknak, ajak naik kapal terbang berpusing taknak. ape dia nak ntahh? sebenarnya aku tak tahu nama2 menda alah tuh. aku main bedal je tuh. aku tengok semua berpusing so, senang le aku bagi nama. pastu, permaisuri beta ni berpendapat, dari dok main benda2 berpusing tu baik main game ala ala korea tuh. ala, game yang bila kena atau menang dapat hadiah tu.. alahai so suwitt. lg la aku malu bro, ape celupp. baling token nak dapat hadiah, tak mencabar lgsung. seperti biasa malu ke ape ke, alang2 dah datang main je lah.

dengan kemachoan aku p la tukar korea won bg mendapatkan token. 2 hinggit 1 token. ala ala korea gitu. cuma bezanya kat korea sejuk n kat sini panasss. berderai peluh cucu mak mertua aku ni ha. macam la aku penah pegi kan? biasa lah, macam kat muvee dan drama tuh, hero mesti dapat hadiah punya, baru la awek manja2 gituh..huhu. aku pon sama la, siap tanya lagi nak ape nih!! pergh. ye la, dah memang senang. baling bagi masuk dalam kotak je. ape punya game la ni heiii.. sekali aku baling tak dapat la beb. dan amoi aku baling terus dapat. hayya yo mo kau co aa. dua kali baling 2 2 dapat!! chi seng le. ni sudah lebih ni, aku wat2 la konon nya tak seprise. ala, nasib je tuh. dalam hati ni panas mendidih. mana atm mesin nih. duit bonus berkecai pun aku tak kisah dah kali nih. dipikirkan balik, sian pulak aku kat amoi aku tuh. aku wat bodo je, patutnya aku wat2 le gembira kan hehehehe. sorry morry strawbewii.. slalunya aku tak gitu. mabuk durian kot. dia pun mcm paham je tahap kepanasan aku tu.





kepanasan aku pada malam tu akhirnya sampai ke klimak nya. aku sengaja nak pendekkan crite aku nih. aku pon pelik apasal panjang sangat aku merapu nih? tajuk durian & senapang mana kisah senapang nya? asyik durian je. ke crita ni ada part 3? memang sedara sedari sekelian alam oii. tunggu episod seterusnya. aku kena stop. video konvo tak siap lagi ni, haihh. (episod terakhir nanti mengisahkan aku di tipu oleh penipu sampai tertipu) ni yang aku nak cerita dari awal sebenarnya, tak sampai sampai..apa daaa

sekian. bersambung..


No comments:

Post a Comment