Showing posts with label sekitar. Show all posts
Showing posts with label sekitar. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Berair kembali

Akhirnya, air kembali.. ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Huhh. Syukur Alhamdulillah, perit jerih ini tak berpanjangan. Berpesta buih aku malam tadi. Dapat air la katakan. Amoi  aku ngan anak lelaki dia pun join sekali. Macam tak dapat air setahun.
Tapi, pindah tetap pindah. Maybe, next week kot. Malam ni p tengok rumah. Harap2 mengikuti piawaan yang di kehendaki oleh pakar dari new Zealand deribodd. Huhu. (Pakar tu menantu mak aku la tu).
Birthday party pewaris aku tu di teruskan. Walaupun sebelum ni kami war2 kekenselan nya. Nak wat camana kan, dah semua preparation dah siap. Proceed je la. Harap2 besok takde la sebarang masalah.
Ok lah, malas aku nak tulis panjang lebar. Nak balik MANDI, SYABASS bety..




Thursday, 19 April 2012

SYABAS..Takder air..

Tunggang langgang hidup aku. Gara2 syarikat bekalan air Selangor (SYABAS) memotong bekalan terpenting di dunia ni. Cuba korang pikir, takder letrik takpe lagi, bulih kita guna lilin ke ape kan? Tetap boleh menerangi kegelapan yang pudar tak bercahaya nih. Tapi kalau takder air nak ganti ngan ape? Tisu, batu, kain? Boleh wat mandi kew semua tuhh. Haa, jawabb.

Nak kata tak bayar bil, setahu aku, tak penah pulak ader tunggakan. Tup tup terpampang notis kat dinding lif, mengatakan bekalan air akan di potong. Dan tanpa segan silu terus potong. Satu apartment berbusuk busuk han. Huhu.
Tak tahu la aku sape yang salah. Tanya mentenan, diaorg ckp takleh wat ape, tunggakan banyak sangat. SYABAS punya officer bilang, paling busuk pun mesti bayar RM10000 katanya. RM 10000 cakap kau!!! Kalau tak, air tak akan di salurkan balik. Dah macam duduk kat PALESTIN dah. Cuma kat sini tak kena bom je.
Kat notis tu tertera RM21 ribu ++ tunggakan yang perlu dijelaskan . yang menjadi persoalan nya, mana datang nya tunggakan sebegituhhh. Lagi satu, pagi naik notis, tghr dah potong. Fuhhh cekap giler diaorg wat kerja. SYABASSS bety. Takpon dah banyak kali dapat notis, mentenen yg simpan buat pekasam. Huhu. Siapa tahu.
Agak2 korang sape yang guna air tak bayar ni? Sampai berpuluh puluh ribu bagai. Pas tu yang dok bayar tiap2 bulan ni macamana? Tak paham aku. Dari masalah sampah sarap yang tak berkesudahan, di tambah pulak masalah kebakaran (api misteri). Ni masalah air. Nanti kompem masalah letrik pulak. Notis tunggakan dah naik gak tuu. Lagi dasat, RM80000 lebey cakap kau. Fuhh, complete.. aku ingat kalu wat movie kisah aku ni mesti box office, kalah ombak reinnnduu.
Aku balik kerja tadi berpusu pusu yang dok punggah air, sampai aku nak naik lif pon kena tunggu 3 trip. Kesian aku tengok. Nak marah pon ader.
Dah aku punya pewaris takhta punya besday party pon terpaksa di kensel. Camana la aku nak cakap kat org kampong sekelian alam ni. Huhh. Rosak ana punya majeliss.
Beriban aku punya masalah kan?? Pindah rrr. Komplen komplen komplen… thee



Thursday, 22 March 2012

lagi lagi api...

lagi sekali kisah kebakaran melanda aku. kali ni aku dikejutkan dengan panggilan talipon dari aku punya awek, mengatakan yang rumah terbakar. ( ter esak2). hayya, lagi mau terbakar ka? itu hali sudah 2 kali terbakar ma. dengan sepantas yg mungkin aku mengayuh kapcai aku, sampai aku superman pun rasa masih lagi slow cam siput. memandangkan awek aku dah bagitau aku yang beliau n anak beliau selamat dah mendarat kat bawah, so takde la aku risau sangat. sambil melayan hembusan angin kencang menghempap aku punya visor, terlintas pulak di benak pikiran aku ni, kat mana aku nak tido malam ni, dengan selai sepinggang nya. aduss. sedehh.

sambil sambil tu mata asyik dok melilau cari kot2 ada asap berkepol kepol. ajaibnya takde pulak asap kat kawasan rumah aku tu. kalau rumah tebakar seharus nya asapnya bisa kelihatan dari jauh dong. tapi takpe, dalam hati aku ni masih lagi berdebar debar, mesti suasana hiruk pikup dengan org ramai nya, polis dan bomba nya. macam mana la awek aku ngan anak nya tu. macam2 la aku pikir.

akhirnya, lain dipikir lain pulak jadinya der. sesampai je aku ke perkampungan aku tu, takder pulak aku tengok suasana huru hara. kalau kebakaran dah tentu suasana lain jadinya. ini aku tengok takder ape pun, hayya. dalam hati aku, wa sudah kena itu sama menantu mak kandung wa ooo. aku pulak yang rasa terbakar, dah la kapcai aku pun berasap macam nak terbakar aku rembat.

bila sampai je bawah aku nampak housemate aku dua beranak tertenggek kat situ. di pendekken criter, rupanya betol2 terbakar, cuma bukan rumah yang terbakar. ada la org sewel bakar tayar kat level 3, so, org kampung tgk asap berkepul2 tu ingatkan rumah terbakar. diaorg pun bertempek terlolong le cakap api api api, rumah terbakar, cepat turun. gitu lah lebey kurang. dah sampai kat bawah baru tahu cerite sebenar.

itulah criternya. ni aku kepilkan sekeping gambar. salah seorang orang kampung yang terpekik terlolong tadi tu. dah macam mas idayu pun ader.



sekian...see u


Tuesday, 27 December 2011

my neighbour..

setiap orang ade perangai nya masing2. kalau takde perangai tu, maka bukan org la tu. tak tau la ape, hantu pun ada perangai kan?  kali ni aku nak cerita tentang  jiran aku yang maki hamun perkara biasa bagi nya. bukan lah nak mengumpat, cuma sekadar buat renungan di mana sama2 lah kita mengambil iktibar supaya kita sedar bahawa setiap yang kita lakukan sedikit sebanyak akan melibatkan pihak lain atau pun pihak ketiga. tak kisah la yang terlibat tu org luar mahupun ahli keluarga kita sendiri. haaa gitu. panjang lebar kauuuu.

cerita nye begini, aku panggil dia makcik le kat sini, aku tak tau pun namanya ape. bukan nya aku ni tak suka amik tahu atau tegur menegur, cuma tiap kali jumpa ngan makcik ni aku terbayang kata2 kesat dia kat anak dia, ditambah pulak muka nya yang terpancar sedikit kebengisan.. so, mulut aku secara otomatiknye terkunci. makcik ni ada anak, aku agak dalam darjah dua tak pun tiga. comel jugak la aku tengok. besar nanti kalau berbakat tu boleh jadi artis tanpa perlu masuk vokal bukan sekadar rupa la kot.

tapi kesian aku cakap kau, maknye suka mengamuk. hari2 mengamuk. bila mengamuk tu siap pukul2 lagi. setiap libasan tangan takpun hayunan "hanger" baju tu jelas le kedengaran. aku tahu hanger tu sebab dia cakap. begini lebey kurang, kutip hanger tu..kutip!! berkecai hanger wa cakap lu. tu yang buat bulu tengkok aku terpacak tu. tak cukup dengan tu siap maki hamun lagi. gila, bodoh, mampos. dan yang paling horny nya aku bunuh ko..hayya wa takut wooo. hari2 macam tu, tak pernah aman. aku pun tak paham dia tak penat ke dok bertempik mcm tu pagi tengahari petang malam? bergegar kondo mewah aku ni cakap kau. dia tak sayang ke anak dia tu, menangis teresak esak. bagi aku ape sangat le salah budak tu sampai diperlakukan sebegitu.  yang pelik nye, tak pernah aku dengar suara suaminya. mungkin tak bersuami  dah kot. ye la, sape yang tahan kan. oppss. kadang2 tu bila terserempak ngan anak nye, nak je aku selak bajunye tengok kat badan dia tu. tapi mana le boleh, kan tak pasal2 aku dituduh lelaki gila seks. tak ke huru hara.

pernah sekali tu tak tahan, amoi aku pi buat aduan kat balai polis, hayya, amoiku dah naik syehh wo. sesampai je kat balai polis, syehh nye hilang ntah kemana. aku jugak le yang kena. setelah bla bla bla terangkan kat inspektor sahab kat situ. maka perkara ini perlu di rujuk pegawai atasan nye. so, masuk la encik polisi tadi jumpa ngan sarjan misai. setubik nye, beliau cakap ada bukti ke mak budak tu pukul? mana tahu kot2 dia pukul lantai ke dinding ke. betol ke dia cakap nak bunuh?? ayyokkk .. betol jugak. tp jujurnya aku tahu, aku dan amoiku betol. ahh sudah, nak bukti la pulak. buktinya sama le ngan berita adik yang meninggal akibat dipijak dan di terajang oleh boypren maknye kat padang bola tempoh hari tu.. ( tengok kisah ngeri ni la buat amoiku naik syehh nak report merepot ni.. aduan kami ni pun selepas beberapa hari kes menyayat hati ni)

dengan perasaan kecewa aku keluar dari balai polis itu. nak buat macamana dah takder bukti. mungkin makcik tu cakap aku bunuh ko tu kat kucing dia kot. takpe lah mungkin salah kami ni yang suka menyebok tak tentu pasal. lagipon bapak polisi td cakap nanti dia hantar mata2 kat situ untuk menyiasat. itu pon dah cukup bagi aku. tapi tak cukup bagi amoiku la pulak, syehh dia kembali lagi. pot pet pot pet. ingat habis kat situ. di paksa nye kawe report kat talian nur tu. aku paham, dia yang melalui semua tu kat rumah. tambahan pulak suara makcik tu memang kuat yang bisa membuat pewaris tahkta ku terkejut. tu yang dia horny tu.

sekarang ni, ke"horny"an jiran aku ni tak terhad pada anak nye saja. maki hamun nye itu turut disebarkan ke anak org lain. makcik ni ambil upah sebagai pengasuh. kesian pada budak yang dijaga nya tu. hari2 kena bangang, bengong bodoh. dan mcm2 lagi, ikut suka mulut dia je lah. satu lagi ayat yang syok didengar ialah kecik2 tak mamposs, nyusah kan aku. kalau la mak bapak budak tu dengar macamana?  perlu ke aku bagitau mak bapak nye?? haa.. penyebok la pulak aku nihh. kesian, kecik2 lagi dah lalui semua tu...

sampai sekarang masalah ni tak selesai. kami pon dah ambil jalan terbaek iaitu, memekakkan telinga. walaupun anak sulung mak mertua aku tu masih tak puas hati. hari2 dok pasang telinger. dia memang suka curi2 dengar ni, pastu dia jugak yang tension nya. sampai aku tengok dia punya telinger pon dah kembang semacam dah. kalau dah kaya nanti aku nak pasang dinding sound proof. hehe. kalau kaya takder nye aku nak duduk kat situ lagi.. haha

ok lah. jumpa lagi.. yang pasti nya topik berlainan.. boring je.. asyik keharmonian je..ape celupp

Thursday, 22 December 2011

legal or illegal

seperti biasa, lunch je aku balik makan kat rumah. maklumla, ofis ngan rumah amoi aku cuma sepelaung je. lagi pon sejak dua menjak ni aku suka sgt makan masakan amoi aku tu. ntah le, mungkin dah kena mandremm kot. bukan ape, skrg aku tengok baik benor ibu susuan pewarisku itu ngan kak salmi mak mertua kepada si dhia tuh. bukan main lg, kol 7 je not available. mesti dok belajar ilmu pak abun tu. haha ape celupp.

so, nak dijadikan cerita, tengah syok2 dok bergurau senda ngan pewaris tahtaku, tetiba je terdengar bunyi lori sampah tengah dok buang sisa2 construction kat kondominium mewah beta ni. aku ape lg, terus capai kamera dan snap le beberapa keping gambo. yang aku heran nye, tiap2 malam diaorg ni dok memekak. dah macam kawasan pembinaan dah. kalau siang hari takpe lg, ni kol 2 pagi. tu sebab aku membuat kesimpulan, mesti ada yang tak kena ni..  ke memang betul diaorg nak buat bangunan baru? ntah le. whateverr. ape yang aku dengar, diaorg ni di halau dari pot atau markas diaorg sebelum ni.. betol ke pakcik, jangan dok wat criter.



lebey kurang 2 bulan kebelakangan ni kalo tak silap le, hampir setiap malam  keharmonian kami terganggu. nak2 amoi aku tuh. pot pet pot pet membebel.  nak jugak aku sound, tapi mesti diaorg tak dengar nye, rumah aku tinggi, penthouse la katakan. lagipon kalau diaorg dengar pun tak pasai2 jadi gaduh pulak. bukan nye aku takut, kalau setakat 10 20 org tu wa bulih settlekan beb, cuma aku taknak la tunjukkan kat amoi aku tu. nanti kan tak pasai2 menaikkan ke'horny'an nye. terbabas lagi. ngee.

kotor tu tak payah cakap le. diaorg siap buat kolam lg kat situ wa cakap lu. aku rasa, itu bertujuan untuk basuh lori2 diaorg. bukan ke kalau air bertakung tu akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan akan menyebabkan lahirnye pelbagai penyakit??? ha sape nak jawab??



skrg, bekas tunang aku tu dok bising suh cek kat MPSJ tak pun MBSA. dan report kat jabatan kesihatan. hayya. aku bab2 ni memang malas. ok lah, panjang lebar aku menulis pun ada yang baca ke.. see you.