Showing posts with label aku n dia. Show all posts
Showing posts with label aku n dia. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

durian & senapang.. part 3 finale

aku kena buktikan yang aku ni sebenarnya hebat, kalau tak malu la aku. mana boleh balik lg. caitt, tak semudah itu wahai amoiku. dalam hati aku la. ekpresen kat luar maintain cool lagik. mana boleh tunjuk, hilang saham. huhu. sambil mata melilau dok mencari game apa aku nak main ni. maka, terpandang la satu game tembak menembak ni. perghh, bagus, aku pun agak berkeyakinan bab2 tembak menembak ni. maklum la, masa muda2 dulu nyaris2 jadi askar. hohoho, kali ni kau akan terpegun wahai anak mak mertua aku.

dalam banyak2 game kat sini, game ni la paling dapat perhatian. boleh katakan penuh la ngan laki2 yang nak tunjuk macho. agak nya dia org pun macam aku ni ha, cuba tunjuk hebat setelah di malukan. hihi. macam2 teknik diaorg gunakan. dah macam anok swaneneger dah masing2 aku tengok. macam rambo pun ada, giler ah diaorg nih. tp, target nya kat lain, pelurunya ntah kemana. hahaha, poyo betol. aksinya kemain lg, mengalahkan matt damon dalam shooter.

makin lama dok perati makin aku teruja. haihh nah, amik pewaris takhta aku nih. terketar ketar tangan aku nih. tak tahu la terketar ketar sebab dah gian nak menembak ataupun terketar ketar sebab lenguh dok dukong pewaris aku tuh. maklum la 10kg bro. 10kg beras takpe lagik, statik je. ni 10kg yg flexible, bergoyang goyang terlenggok lenggok. dengan macho aku maju kedepan, capai senapang bg token trus dapat peluru 3 butir. pelurunya ala2 penutup tabung uji gitu, cuma yang ni meterial nya kayu. kiranya, kalau terkena boleh cedera la. tp aku tengok minah penjaga ni selamba je duk mundar mandir dalam tu. tak takut ke. mungkin dah biasa kot. lantak la dia.

dengan gaya ala2 matt damon aku tarik pump senapang tu, sekali tak berdaya bro, kuat giler menatang pump nih. so, aku panggil la minah tu n cakap rosak ni. dengan selamba minah tu tarik bro, ok je katanya. ayokk malu nya. aku cam bese r, wat muka tak bersalah, oh salah cara rupanya, theee.. lepas tu dengan bergaya lagi aku sasarkan target. target aku tak lain tak bukan ialah helikopter kontrol punya hadiah. org hebat mesti hadiah yang hebat kan. peluru pertama, perrghh sikit je tersasar. wahhh, peminat aku kat blakang terpegun. tetiba je ramai kat belakang aku dok support. aku siap wat2 tanya lagik, nyaris2 kan? hoho naik syehh woo.

di pendekkan cerita, memang aku tok sey sampai part 4. peluru kedua aku pun sedikit tersasar dan kehornyan aku meletup setelah peluru ketiga aku tepat mengenai sasaran. dan ianya dipersetujui oleh para juri di belakang aku. tetapi, aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya memang panas sampai ke malam, sekali aku punya target tak terbalik. ajaibnya. nape tak terbalik? sedang kan peluru tu siap melantun balik lagik. bukan nya besau pun target tu, kecik tuihh jer. dah sah aku ditipu, aku tanya minah tuh, pehal? maklumla, dia pun saksikan ngan mata kepala dia sendiri dan dengan selamba dia cakap "u kena tembak kepalanya" hayya lu jangan kasi itu kelentong maa. so ape lagik, bertekak la aku kat situ. dia still cakap tak boleh, kena kasi itu target jatuh. bodohh, macamana nak bagi jatuh, aku minta tengok target tu taknak kasi. ni mesti tipu punya org ni. ntah 2 dia gam, takpun double sided tape. baik ko paku je terus. dengan sokongan beberapa org peminat aku kat belakang pon, tak leh wat ape. dia tetap berkeras tak nak kasi hadiah. siap tunjuk gambar2 bekas pemenang lagik. hayya, memang bodohh tahap raksasa oltromen woo. aku pun memblah kan diri setelah amoi aku cakap biarkan je. nasib baik peluru dah habis, kalau ade lagi, konpem minah tu jadi sasaran aku. dan peminat2 aku pun turut blah. mungkin taknak ditipu oleh penipu tu sampai tertipu. huhu

di pikirkan balik, nape la aku nak marah sgt. kami ke ekspo tu untuk suka suka je. hemm. malu je kat pewaris aku tu. ni sebab durian la ni. tak lain tak bukan. so, jangan makan durian sebelum pi ekspo ye. malam tu jugak amoi aku wat udang celupp tepung untuk mencoolkan perasaan aku. ape celupp. bila dah cool baru boleh tembak menembak kat rumah pulak. ngehngehngeh. saksikan gambo matt damon bersniper dan gambo minah poyo tu. udang celup tepung amoi aku yang sedap tu pun ada gak.. seperti biasa, gambar nya memang teruk sebab di ambil oleh amoi aku menggunakan ipong nya. bukan iphone ye. duit simpan tak cukup lagik untuk iphone. hihi




sekian.. chow shin chi.. dah tak bersambung..

Wednesday, 4 January 2012

durian & senapang.. part 2

so, dengan rela dan terpaksa aku terus memecut ke seksyen 13. baik punya parking aku dapat. depan pintu masuk ekspo tu. maklum la esoknya kerja, jd tak ramai la yang datang. kalau weekend ni kompem penuh sesak. kalau di ikutkan hati aku ni, tak mahu nya aku p situh. tentunya ramai couple2 bertebaran di segenap ruang, rimas i. dah la seksi n seksa semuanya. untuk pengatahuan, ekspo ni bersebelahan je ngan msu tempat kerja aku. so, berdekatan jugak la ngan ptpl tempat kerja lama aku. jd, sudah tentu lah kebanyakan pengunjung ekspo tuh adalah student ptpl & msu. hayya, malu woo. (macam la aku ni glamer sangat sampai student kenal kan?)

seperti biasa, amoi aku ni pelik sikit. nak datang tapi taknak main ape2. ajak naik buai berpusing taknak, ajak naik kereta berpusing taknak, ajak naik kapal terbang berpusing taknak. ape dia nak ntahh? sebenarnya aku tak tahu nama2 menda alah tuh. aku main bedal je tuh. aku tengok semua berpusing so, senang le aku bagi nama. pastu, permaisuri beta ni berpendapat, dari dok main benda2 berpusing tu baik main game ala ala korea tuh. ala, game yang bila kena atau menang dapat hadiah tu.. alahai so suwitt. lg la aku malu bro, ape celupp. baling token nak dapat hadiah, tak mencabar lgsung. seperti biasa malu ke ape ke, alang2 dah datang main je lah.

dengan kemachoan aku p la tukar korea won bg mendapatkan token. 2 hinggit 1 token. ala ala korea gitu. cuma bezanya kat korea sejuk n kat sini panasss. berderai peluh cucu mak mertua aku ni ha. macam la aku penah pegi kan? biasa lah, macam kat muvee dan drama tuh, hero mesti dapat hadiah punya, baru la awek manja2 gituh..huhu. aku pon sama la, siap tanya lagi nak ape nih!! pergh. ye la, dah memang senang. baling bagi masuk dalam kotak je. ape punya game la ni heiii.. sekali aku baling tak dapat la beb. dan amoi aku baling terus dapat. hayya yo mo kau co aa. dua kali baling 2 2 dapat!! chi seng le. ni sudah lebih ni, aku wat2 la konon nya tak seprise. ala, nasib je tuh. dalam hati ni panas mendidih. mana atm mesin nih. duit bonus berkecai pun aku tak kisah dah kali nih. dipikirkan balik, sian pulak aku kat amoi aku tuh. aku wat bodo je, patutnya aku wat2 le gembira kan hehehehe. sorry morry strawbewii.. slalunya aku tak gitu. mabuk durian kot. dia pun mcm paham je tahap kepanasan aku tu.





kepanasan aku pada malam tu akhirnya sampai ke klimak nya. aku sengaja nak pendekkan crite aku nih. aku pon pelik apasal panjang sangat aku merapu nih? tajuk durian & senapang mana kisah senapang nya? asyik durian je. ke crita ni ada part 3? memang sedara sedari sekelian alam oii. tunggu episod seterusnya. aku kena stop. video konvo tak siap lagi ni, haihh. (episod terakhir nanti mengisahkan aku di tipu oleh penipu sampai tertipu) ni yang aku nak cerita dari awal sebenarnya, tak sampai sampai..apa daaa

sekian. bersambung..


Tuesday, 3 January 2012

durian & senapang.. part 1

malam tadi punya pukulan, bahang masih terasa sampai skrg. itulah yang boleh aku katakan. sebenarnya aku ni bukan lah pemarah orang nya, pendendam jauh sekali. tp, peristiwa hitam yang tercalit di muka aku ini bisa merubah hidup aku selama lamanya. pertama kalinya aku di kalahkan oleh mak kandung putera mahkota aku. caittt, pantang datuk nenek jiran aku yang suka dera anak dia tuh. haa, kalau nak tahu kisah jiran aku tu, silalah klik tajuk my neighbour ye. tp sekarang ni kisah aku. fokus jgn tersasar.

memandangkan dapur aku tak berasap, biasanya time2 kul 7.30pm macam ni dah ting tang ting tang dah amoiku berperang ngan kuali. aku paham, awal2 bulan ni malas la berperang kan? so, habis je solat maghrib aku tanya la amoi aku nak makan kat mana. terus dia bersiap kau. dengan wajah agak2 horny manja gitu, nak makan durian katanya. aku ok je, aku pun dah kempunan tahap gaban dah ni.

so, gerai durian seksyen 7 jd pilihan aku. aku tengok best semacam jer. ada yang beli untuk makan kat rumah dan ada jugak yang melahap kat situ terus. memandangkan keadaan naib presiden aku agak baik jadi, aku berkeputusan makan kat situ. 10 hinggit 2 butir cukup la kot. cuma aku ngan penyusu anak aku je kan. sekali keagresifan penyusu anak aku terserlah la pulak, di minta nya tambah lg, sorang. ngee,  aku seperti biasa, ok je. lgpon bukan mahal sangat kan. makan la sepuas puas anak sulung mak mertua aku hei wale wale heii. haihh

alahai panjang nye intro. ni baru nak masuk crite tentang kepanasan aku ni. habis je makan durian tu, maka aku wat keputusan terus balik, walaupun idea asalnya lepas makan durian p la makan kat amin thai. tp perut dah terlampau penuh, dah tak leh nak isi dah tank kapcai aku ni. amoiku tank superbike, boleh lagi tu. tp dia pun dah surender dah. maklum la, td makan tak ingat dunia. siap nak minum air dalam paksa durian lagik tuh, konon nya boley menghilangkan panas badan. (ye ke petua ni?). aku ape lagi, terus mengsetopkan beliau berbuat demikian. malu beb, pewarisku pun tutup mukanya, hayya, ni mesti petua cik timah ni. hihi.

kisah kepanasan jiwa aku ni bermula disini. la, baru nak start ke? asyik2 baru nak masuk n baru nak start. kalu gini bila nak abes ni? haa, tu lah, tetiba je byk pulak idea pasal durian nih. thee. dalam perjalanan pulang amoi aku ni wat hal la pulak. dia ajak aku p fun fair kat sek13, kalau affair bagus jugak. konon nye anak pertama dia tu suka tengok lampu lampi nih. hayya ooo. sulah pukul saplos ma. aku mahu tengok itu celite jackie chan kat tv3 ma. bikin losak ana punya program. tp takpe, layann je le. mana tahu nanti ada sumthin sepesel kan? panas sama panas la katakan.ngehngehngeh.




di sebabkan cerita ni terlalu panjang, so aku buat stail movie lah. ada part 1 & part 2. sekian.

bersambung...