Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, 5 November 2012

mandi manda

tak boleh nak dinafikan lagi bahawasanya pewaris tahkta aku ni memang sukakan air. pantang ajak mandi,  tak kira la pagi ke malam ke ok saja. mesti ikut genetik aku. berbeza ngan ibu susuan dia tuh. pagi sejuk tghr sejuk malam sejuk. tak paham beta.

oklah, aku takleh nak merapu panjang. takde idea, ni hah sekeping dua gambo bermandi manda. cuma aku ngan pewaris aku je. takde sebarang awek yang cun n maveless pun yang join. kalau ade yang seksi meksi mandi bersama kan bagoss, kankankan.









sekian...


Tuesday, 3 July 2012

aktiviti hujung minggu

dah agak lama aku menyepi tanpa sebarang catatan. kali ni aku kembali ngan satu tajuk yang agak susah nak di ulas. maklum lah sekarang ni cpu otak aku sedikit berproblem, sukar nak memproses sesuatu. ntah ape yang tak kena tak tau lah. nak kata dah tua, baru je sambut birthday yang ke 21 hari tu, muda trang tang tang lagik. takkan otak dah expired kot. kalau di fikirkan balik, memori aku pun sedikit terbatas sekarang ni, cukup susah nak ingat sesuatu, kadang2 tak ingat langsung. adakah ini normal tuan tuan sekalian alam hey? atau sebetulnya aku memang dah expired? jangannn.. tidakk... pewaris baru seorang, isteri baru satu neh.

ok lah, berbalik pada tajuk, weekend lepas aku bawa la pewaris takhta aku ni pegi ber sosial kat padang. main bola, jumpa kawan2 seangkatan, kononnya bagi beliau pandai bergaul dan beramah mesra ngan org sekeliling. maklum la, nanti nak tak nak kena jugak hantar pewaris aku tu ke nursery. Alhamdulillah, segala nya ok, cukup la mesra nya tu aku rasa, sehinggakan semua org dia tegur dan ramai la awek di kejarnya. haihh, ni mesti follow mak kandung nya nih. kalau bapak kandung nya tak de nya kejar awek2 nih, awek kejar dia adalah. ngee.

oklah, tak leh nak merapu panjang, takde idea. nanti aku balik, asah otak aku ni tajam2. aku ingat, nanti aku nak makan kismis banyak2. bagi otak aku ni jadi ligat seperti biasa. huhu

berlari je manjang, kasut baru la katakan

mana awek aku nak kejar nih

pakcik, pakcik takyah datang, biar saya amik kan.

balik je terus jadi angkasawan. huhu

Thursday, 14 June 2012

dulu lain sekarang lain

belagak giler kan? baru naik keter kontrol tu, belum keter sport betul, tak nak senyum kat org dah. awek maveless naik superbike ushar pun wat donno je. kalau zaman amoi aku dulu tak merasa la nak naik menda alah ni, naik upih ade ler. sorang tarik sorang duduk. zaman aku dah canggih dah. tekan je gerak tekan je gerak, lebih kurang le ngan zaman pewaris tahkta aku nih. huhu

Monday, 4 June 2012

tragedi amoi penang dan R&R

aiseymen lama gak aku menyepi. hari ni aku kembali. kembali ngan tajuk yang agak parah iaitu sehari di penang yang dramatik. huhh. ceritanya bermula bilamana keberangkatan kami ke pulau pinang seawal 5 pagi sabtu lepas. ini bertujuan untuk menghadirkan diri ke majlis kenduri timbal balik, yakni majlis  hantar anak ke rumah ibu bapa suaminya atau dipanggil juga MAJLIS HANTAR MENANTU ataupun majlis kenduri belah pihak lelaki. haa, tak paham lagi tak tau le.

kononnya, alang2 dah pergi penang, why not kitaorg bercuti cutian terus. mandi pantai ke, lepak BATU FERRINGHI ke, ape2 jelah janji happy gituhh. makanya ngan agak ghairah, seawal 4 pagi amoi aku tu bangun mengemas ape yang patut, teruja habis. agaknya terlampau ghairah sehinggakan banyak benda yang terlupa di bawa. ade ke bikini aku ngan pewaris aku pun terlupa, ni nak g pantai ni. apepon aku  tak kisah pun semua tu, biasa bro, percutian tak dirancang. baru best kan? evriting on da spot, ape yang terlintas, itu yang kita akan buat. perghh, macam menarik kan.

selesai je majlis kenduri yang dirancang tersebut maka bermula la episod percutian kami yang tak dirancang pula yang mana agak dramatik tuh. sempat jugak aku tanya amoi aku betul ke kita nak ke pulau ni? risau gak aku, maklum la cuti sekolah ni, di tambah lagi weekend, kena pulak cuti hari keputeraan YDP AGONG. ngan hotel tak bukim, ngan jammed tak hinggat aku rasa. dah le aku ni tak boleh memandu malam. penyakit tidur yang kronik. skrg pukul 2pm kalau nak balik shah alam sempat lagi nih. tetapi amoi aku tu ckap, ok kot, alang2 dah sampai penang, kalau tak bila lagik. pergh bersemangat waja mak kandung pewaris aku nih. aku apa lagi terus memecut sambil follow signboard tertera jambatan.

ternyata perkabaran org yang menyatakan jammed kat atas jambatan pulau pinang tu tak benar. tak jammed pon. aku siap boley memecut lagik. sampai di pulau, aku terus ke batu ferringhi, ape2 pon cari hotel dulu. kat pulau tu pon tak jem sangat, biasa2 je. tak seperti yang di ceritakan. pada firasat aku ni sudah bagos. macam tak ramai je, hotel pon musti banyak, wakakakaka, excited aku.

cari punya cari punya cari, semua penuh. ayokk. mulanya target aku HOTEL BUDGET ke motel ke, maklum la tu je yang mampu. ternyata itu yang habis dulu berbanding hotel2 besau nih, kata petugas kaunter hotel tuh la. dan siap bagi aku satu direction untuk ke satu hotel budget lain, di mana menurut beliau masih ada satu kekosongan untuk standard room. memandangkan tu hotel ke empat yang aku tanya, makanya aku terus memecut ke arah yang di berikan. takut2 la kalau lambat dapat kat org lain pula. ternyata nasib tak menyebelahi kami, kat situ pun penuh. yang tinggal satu bilik kecik katil single. aku minta nak tengok, sememangnya kecik dan rasa tak berbaloi. nak sembahyang pun tak lepas. mintak tilam extra pon tak berguna. mesti tak muat gak. kalau aku sorang ok le. pastu wat masok amoi sorang, cantekk. ni kami bertiga. dah macam bilik couple melepaskan gian jew. chaitt, mana mungkin kami bermalam di bilik yang sekadar tempat melampiaskan nafsu tuhh.

aku teruskan pencarian, dan hanya kecewa balasannya. sekarang memandangkan hari makin gelap, aku berkeputusan turun balik ke GEORGETOWN dan mencuba nasib kat situh. dari hotel kecik ke hotel besau, dari rendah ke tinggi semuanya sama je, PENUH PENUH PENUH. amoi aku yang tadi nya semangat waja dah tak waja dah. nasib baik le hari tuh aku punya pewaris tak wat hal pon. biasanya sekejap je dia nak dok dalam car seat dia tuh, tu pon time minum susu n tido je. tapi kali ni ok je, diam dan membebel sorang2 siap ketawa berdekah dekah lagi. puas aku tawaf georgetown tu tapi still tak dapat bilik. siap sesat masuk kawasan panas lagik n dapat sapaan2 dari segelintir pekerja seks ajak masuk bilik, perghh maveless. nak jugak aku tanya, semalam berape? boley wat masuk bini ngan anak sekali tak? ngee.

matahari dah hampir tenggelam, bulan tak muncul muncul. nak tak nak, aku wat keputusan untuk patah balik ke tanah besar. try cari lagik hotel2 kat situh pulak. mana tahu masih ade yang kosong. janji dapat bilik, boleh mandi n tidur. nak drive terus ke SHAH ALAM tak larat, penat dan semesti nya aku tak mampu bawa kereta ngan tak cukup tido n penat gitu. terasa gak nyesal tak amik bilik kecik kat bt ferringhi tuh, tempat lepas gian pon tempat lepas gian la, janji dapat mandi n rest.

sekali lagi naik jambatan pulau pinang ni, cadang nya masuk naik jambatan, balik esok nya ngan feri. ermmm hancus. tader la mandi manda nya, tader la nite market nya. nasi kandar line clear sekadar angan2, char kue tiew penang pun sama. belum masok pasemboq nya lagih tuh. arghh, aku dah tak kisah semua tuh, janji dapat hotel. di pendekkan cerita yang dah terlampau panjang nih, sampai pukul 11 malam kami masih lagi tak dapat hotel. semuanya FULL HOUSE. yang kosong cuma bilik untuk yang kaya raya jew. takkan aku nak bayar RM480 semalam, dah la dah hampir kol 12 malam ni. kalo separuh rege ke boleylah di considerkan bagi org yang pokai macam aku nihh.

aku wat keputusan dan mendapat sokongan penuh amoi aku, dari melayang RM480 tu, baik aku gagah kan diri drive balik kl jew. nanti kat R&R aku minum kopi jantan ke kopi jantan buas telajak ke bagi tak mengantuk. tak habis RM50 pun kan? (kedekut punya worang) hihi. amoi aku dah surrender dah. sakit pale katanya. so, kali ni signboard KUALA LUMPUR pula menjadi penunjuk arah aku. SAYONARA PENANG.

lebey kurang setengah jam drive, aku dah mula terbayang image dalam kepala hotak haku nih, dah tak nampak jalan dah, yang aku follow hanya image yang di cetus kan oleh otak aku ni, kejap ke kanan kejap kekiri. makanya , amoi aku menstopkan aku dari terus di buai image maya aku ni, dan meminta berenti kat R&R. berehat n cuba tidur. di parking R&R tulah yang menjadi hotel kami pada malam tu.

walaupon tak selesa tido dalam kereta, tetapi hakikatnya kalo dah penat kat mana pon boley jadi biasa. dalam hati aku terpikir dan ketawa, ohh percutian hebat untuk keluarga, huhu. kesian mereka, tapi ni amoi ana punya idea. ngehngehngeh.

nasihat aku pada semua, rancanglah perjalanan anda. huhu

sedap udang cucuk tuhh. bak sekoq.

iklan colgate yang di potong

3 dah berteman 3 lagi belum berteman, ngee

ish ish ish, tak tau nak explen ape

jambatan kedua nun di sana. nampak tak? kalo tak nampak pegi sendiri.
tapi jangan redah ye. rancang perjalanan anda

tak jem, line clear

pon sama line clear, jangan disangka air tenang tiada buaya.

tak dapat bercuti kat penang takpe lah. kat R&R pun boley bercuti ape

kesian, tak dapat naik keretapi kat bukit bendera. naik keter menan kat R&R pon ok lah.

mandi pon kat R&R, best ape

budak baik, huhu

ni pon sorang lagi budak baik, tak wat perangai pon.

setelah berpuluh puluh jam kat atas kereta n jalan raya, makan pon tak menentu, akhir nya dapat gak berehat ngan selesa.


Monday, 14 May 2012

IQ test

dari menjadi mekanik, aktiviti harian pewaris kerajaan aku ni bertukar pula ke kesenian. suka sangat menulis n melukis. pantang dapat pen, ade je lukisan abstrak yang di cipta nya. silap ibu susuan dia tak simpan lukisan pertama nya. kalau tak mahu nya aku lelong nanti. mesti mahal. kayo aku.. huhu.

mengikut satu article yang aku baca, untuk membentuk IQ yang bagus untuk anak2, kita di sarankan selalu memberi ujian yang agak di luar kemampuan nya yang mana ini akan membantu beliau berfikir lebih dan mengaktifkan otaknya ke tahap maksimum. hoho. tapi jangan berlebihan dan jangan terlalu mengharap kan kesuksessan drpd nya.. yeke nih.

so, aku akan bagi satu assignment untuk pewaris tahkta aku tu bila dia baik dari demam nya nanti. di mana aku akan minta beliau memotretkan muka aku yang macam babyface ni. mak kandung nya tak yah campur. ni urusan presiden dan naib presiden. lagi pun mak kandung pewaris tahkta aku tu tak lukisgenik. haha. tidur luar lagih aku malam nih..





chow..

Monday, 2 January 2012

last day 2011


pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. rasanya baru je tahun baru, tahun baru lagik?? tahun baru yang lepas berdua, tahun baru yang ni bertiga. ish ish ish, lumrah2. tahun ni aku tak pasang azam apepun, ok tak? azam tahun lepas ada lagik yang tak tercapai, so, aku ingat nak follow up yg lepas punya je. maklum le azam banyak sangat. tamak gituuu. Alhamdulillah, walaupun banyak yang tak berapa tercapai ada jugak yang suksess, antara yang paling berjaya dan mencabar ialah "smoking no more". berhenti merokok le tuh. haa, itu lah aku punya motto. walau pun tersangat lah susah azam ni, tp akhirnya aku berjaya. tp tak tahu le sampai bila. dengan dugaan2 yang makin mencabar ni, bau nya perghh, terngiang ngiang cakap kau. harap2 aku kuat le. katakan taknak pada rokok.


oklah, terus ke point nya. aku menghabis kan hari hari terakhir 2011 ni bersama aku punya family.  mesti la aku punya family kan? takkan ko punya pulak. hihi. dari  jusco bukit tinggi ke jusco bukit raja. kalau ada jusco bukit bukau pun aku pergi lah. akhir tahun la katakan, banyak jualan murah. mega sale la new year sale la, jualan penghabisan stok la, huh macam2 cara diaorg racun pikiran kaum ibu ibu nih. yang agak kritikal akibat kesan racun tu kaum2 bapak ni lah. btul tak? tapi nak wat camana. bukan untuk org lain kan. ni aku lampirkan gambo2 nya. gambo2 pewaris tahkta aku.



aku diwajibkan menghadirkan diri ke satu majlis perkahwinan yang berlangsung di putrajaya bertempat di dewan seri siantan. aku nak cakap hubungan aku ngan yang berkenaan pon aku tak tahu. biasa la sedara mara belah amoi aku. maknanya ada bau bau bacan la  ngan amoi aku kot, bau bau yang jauh agaknya. anak dato' lawan anak dato' cakap kau. meriahh. nanti aku ingat nak langsungkan kat situ gak le kalau ada rezeki. ngee. seperti biasa pewaris aku ni suka le kalau tempat2 yang org ramai macam tuh. semua org nak ditegur nya. boleh dikatakan habis la semua meja di tawafnya. lepas satu tangan ke satu tangan. sampai aku nak ambik pun taknak, ini sudah bagus, boleh aku melahap puas2. memang terbaekk makanan dia. servis pon ok. nah gambo yang teruk ni di snap menggunakan hphone amoiku, maaf le ye.





petang tu jugak aku berkejar kejar ke lcct. hantar ibu kandung amoi aku. flight  7:55pm ke trengganu. nak dapatkan boarding pass pun kena bayar rm10. ape daaa. tu la, sape suruh taknak amik sendiri boarding pass tu kat mesin. bukan salah amoi aku, dia tak tahu detail booking tu sebenornya, tu yang terpaksa tanya kaunter. tup tup, kena bayar. maklum la, dah lama tak naik air asia. sudah berubah rupenya. dulu tak macam ni. setelah semuanya selesai kami berangkat pulang. penat woo. tp, sempat gak snap gambo. saksikan.


tahun 2011 tak berakhir di situ, malam tu pulak aku ke ampang untuk berfutsal ngan adik beradik aku n adik beradik kepada adik beradik ipar adik aku, amboi panjang nya aku pon pening. nasib baik jalan tak jem. maka dengan kelajuan yang tak munasabah sempat la aku countdown new year bersama ibu susuan pewaris aku. masuk je rumah tinggal 5 minit lagi tahun baru, tp amoi aku dah berdengkur wa cakap lu. penat sangat kot. ape celupp. maka aku saksikan keindahan bunga api tahun baru di tingkap kondo mewah aku sensorang. ibarat naik helikopter beb. tiba2 je tersengih amoi aku kat sebelah, tekejut badakk aku. aku sangkakan hantu kak limah nak bergurau ngan aku. akhir nya, kami menghabiskan pertunjukan bunga api tu sampai tetidur. ehem2, aku pon dah nak tido. selamat tahun baru pada semua. semoga semua dapat yang terbaekkk. chow dulu bro. sayonara.