Tuesday, 3 July 2012

aktiviti hujung minggu

dah agak lama aku menyepi tanpa sebarang catatan. kali ni aku kembali ngan satu tajuk yang agak susah nak di ulas. maklum lah sekarang ni cpu otak aku sedikit berproblem, sukar nak memproses sesuatu. ntah ape yang tak kena tak tau lah. nak kata dah tua, baru je sambut birthday yang ke 21 hari tu, muda trang tang tang lagik. takkan otak dah expired kot. kalau di fikirkan balik, memori aku pun sedikit terbatas sekarang ni, cukup susah nak ingat sesuatu, kadang2 tak ingat langsung. adakah ini normal tuan tuan sekalian alam hey? atau sebetulnya aku memang dah expired? jangannn.. tidakk... pewaris baru seorang, isteri baru satu neh.

ok lah, berbalik pada tajuk, weekend lepas aku bawa la pewaris takhta aku ni pegi ber sosial kat padang. main bola, jumpa kawan2 seangkatan, kononnya bagi beliau pandai bergaul dan beramah mesra ngan org sekeliling. maklum la, nanti nak tak nak kena jugak hantar pewaris aku tu ke nursery. Alhamdulillah, segala nya ok, cukup la mesra nya tu aku rasa, sehinggakan semua org dia tegur dan ramai la awek di kejarnya. haihh, ni mesti follow mak kandung nya nih. kalau bapak kandung nya tak de nya kejar awek2 nih, awek kejar dia adalah. ngee.

oklah, tak leh nak merapu panjang, takde idea. nanti aku balik, asah otak aku ni tajam2. aku ingat, nanti aku nak makan kismis banyak2. bagi otak aku ni jadi ligat seperti biasa. huhu

berlari je manjang, kasut baru la katakan

mana awek aku nak kejar nih

pakcik, pakcik takyah datang, biar saya amik kan.

balik je terus jadi angkasawan. huhu

No comments:

Post a Comment