Tuesday, 27 December 2011

my neighbour..

setiap orang ade perangai nya masing2. kalau takde perangai tu, maka bukan org la tu. tak tau la ape, hantu pun ada perangai kan?  kali ni aku nak cerita tentang  jiran aku yang maki hamun perkara biasa bagi nya. bukan lah nak mengumpat, cuma sekadar buat renungan di mana sama2 lah kita mengambil iktibar supaya kita sedar bahawa setiap yang kita lakukan sedikit sebanyak akan melibatkan pihak lain atau pun pihak ketiga. tak kisah la yang terlibat tu org luar mahupun ahli keluarga kita sendiri. haaa gitu. panjang lebar kauuuu.

cerita nye begini, aku panggil dia makcik le kat sini, aku tak tau pun namanya ape. bukan nya aku ni tak suka amik tahu atau tegur menegur, cuma tiap kali jumpa ngan makcik ni aku terbayang kata2 kesat dia kat anak dia, ditambah pulak muka nya yang terpancar sedikit kebengisan.. so, mulut aku secara otomatiknye terkunci. makcik ni ada anak, aku agak dalam darjah dua tak pun tiga. comel jugak la aku tengok. besar nanti kalau berbakat tu boleh jadi artis tanpa perlu masuk vokal bukan sekadar rupa la kot.

tapi kesian aku cakap kau, maknye suka mengamuk. hari2 mengamuk. bila mengamuk tu siap pukul2 lagi. setiap libasan tangan takpun hayunan "hanger" baju tu jelas le kedengaran. aku tahu hanger tu sebab dia cakap. begini lebey kurang, kutip hanger tu..kutip!! berkecai hanger wa cakap lu. tu yang buat bulu tengkok aku terpacak tu. tak cukup dengan tu siap maki hamun lagi. gila, bodoh, mampos. dan yang paling horny nya aku bunuh ko..hayya wa takut wooo. hari2 macam tu, tak pernah aman. aku pun tak paham dia tak penat ke dok bertempik mcm tu pagi tengahari petang malam? bergegar kondo mewah aku ni cakap kau. dia tak sayang ke anak dia tu, menangis teresak esak. bagi aku ape sangat le salah budak tu sampai diperlakukan sebegitu.  yang pelik nye, tak pernah aku dengar suara suaminya. mungkin tak bersuami  dah kot. ye la, sape yang tahan kan. oppss. kadang2 tu bila terserempak ngan anak nye, nak je aku selak bajunye tengok kat badan dia tu. tapi mana le boleh, kan tak pasal2 aku dituduh lelaki gila seks. tak ke huru hara.

pernah sekali tu tak tahan, amoi aku pi buat aduan kat balai polis, hayya, amoiku dah naik syehh wo. sesampai je kat balai polis, syehh nye hilang ntah kemana. aku jugak le yang kena. setelah bla bla bla terangkan kat inspektor sahab kat situ. maka perkara ini perlu di rujuk pegawai atasan nye. so, masuk la encik polisi tadi jumpa ngan sarjan misai. setubik nye, beliau cakap ada bukti ke mak budak tu pukul? mana tahu kot2 dia pukul lantai ke dinding ke. betol ke dia cakap nak bunuh?? ayyokkk .. betol jugak. tp jujurnya aku tahu, aku dan amoiku betol. ahh sudah, nak bukti la pulak. buktinya sama le ngan berita adik yang meninggal akibat dipijak dan di terajang oleh boypren maknye kat padang bola tempoh hari tu.. ( tengok kisah ngeri ni la buat amoiku naik syehh nak report merepot ni.. aduan kami ni pun selepas beberapa hari kes menyayat hati ni)

dengan perasaan kecewa aku keluar dari balai polis itu. nak buat macamana dah takder bukti. mungkin makcik tu cakap aku bunuh ko tu kat kucing dia kot. takpe lah mungkin salah kami ni yang suka menyebok tak tentu pasal. lagipon bapak polisi td cakap nanti dia hantar mata2 kat situ untuk menyiasat. itu pon dah cukup bagi aku. tapi tak cukup bagi amoiku la pulak, syehh dia kembali lagi. pot pet pot pet. ingat habis kat situ. di paksa nye kawe report kat talian nur tu. aku paham, dia yang melalui semua tu kat rumah. tambahan pulak suara makcik tu memang kuat yang bisa membuat pewaris tahkta ku terkejut. tu yang dia horny tu.

sekarang ni, ke"horny"an jiran aku ni tak terhad pada anak nye saja. maki hamun nye itu turut disebarkan ke anak org lain. makcik ni ambil upah sebagai pengasuh. kesian pada budak yang dijaga nya tu. hari2 kena bangang, bengong bodoh. dan mcm2 lagi, ikut suka mulut dia je lah. satu lagi ayat yang syok didengar ialah kecik2 tak mamposs, nyusah kan aku. kalau la mak bapak budak tu dengar macamana?  perlu ke aku bagitau mak bapak nye?? haa.. penyebok la pulak aku nihh. kesian, kecik2 lagi dah lalui semua tu...

sampai sekarang masalah ni tak selesai. kami pon dah ambil jalan terbaek iaitu, memekakkan telinga. walaupun anak sulung mak mertua aku tu masih tak puas hati. hari2 dok pasang telinger. dia memang suka curi2 dengar ni, pastu dia jugak yang tension nya. sampai aku tengok dia punya telinger pon dah kembang semacam dah. kalau dah kaya nanti aku nak pasang dinding sound proof. hehe. kalau kaya takder nye aku nak duduk kat situ lagi.. haha

ok lah. jumpa lagi.. yang pasti nya topik berlainan.. boring je.. asyik keharmonian je..ape celupp

No comments:

Post a Comment