aku baru selesai meng"edit" video clip lagu ayah dan ibu yang digunakan pada konvo yang lepas. kebiasaan pd konvo2 sebelum ini kami hanya menggunakan gambar saja, tapi kali ni kami membuat kelainan dengan menayangkan video ayah dan ibu. di mana kelainan ini ternyata mendatangkan impak yang memberangsangkan dan cukup untuk mengalirkan air mata ibu bapa dan para graduan. pepagi buta lagi, aku punya boss akan amik video graduan bersama parents mereka. ada scene yang betulkan jubah, ada gak yang dok betulkan topi dan mcm2 lah. kemudiannya beliau akan serahkan footage itu kepada aku untuk di edit untuk ditayang kan masa break majlis tu nanti. Alhamdulillah segalanya ok. dan aku dikehendaki memasukkan lirik nya untuk tujuan arkib.
tanpa di paksa dan tanpa di minta, mata aku berkaca dan hampir menitiskan air nya. tiba2 terasa sayu dan rindu pd mereka yang bergelar ayah dan ibu. ya Allah, sesungguhnya aku berdosa. lagu ayah dan ibu ini bisa membuat dada aku sebak dan nafas aku tersekat sekat. itulah perasaan yang dapat aku gambarkan ketika ini. pengorbanan yang diberikan sangat tak ternilai. kasih sayang yang di curahkan tak pernah kurang. bangganya aku memiliki mereka. tetapi, bak kata dr M, melayu mudah lupa. aku lupa pada mereka, lupa pada pengorbanan nya, aku lupa pada kasih sayang nya. aku lupa segalanya. apa alasan patut aku reka? akukah si tanggang anak derhaka?
aku rasa, akulah segala nya bg mereka. kata2 aku juga penamat semua nya, hati aku pernah berkata untuk membahagiakan mereka, tapi bagaimana? aku rasakan kehadiran aku ni hanya membebankan mereka. tiada satu benda boleh mereka banggakan. sesungguhnya aku ni banyak berdosa..
aku harap aku berpeluang menebus segalanya, akan aku usahakan walau bagaimana cara. tapi, makin lama makin terbalik jadinya. mungkin kerana aku juga manusia, tapi jenis yang terlalu banyak dosanya.
semalam ayah aku talipon dan bagitahu tentang harijadinya. hebat nya aku. sampai ayah terpaksa ucapkannya. harapkan aku lupa ntah kemana. satu lagi bukti yang jelas nyata, bagaimana aku ni sebenarnya.
inikah anak yang mereka ingin banggakan???
burukkan diri sendiri nampak. wat malu je. siap macam syair lagi.. chow dulu la, sebak ni.. huhu
salam.ada video lagu ayah dan ibu masa majlis konvokesyen ptpl bulan 6 2012 sesi last skali x..hope ada lg.perlu sgt video tu.amat bermakna
ReplyDeleteBoleh x nk video tu.hope sgt dpt.
ReplyDelete