Tuesday, 16 April 2013

hot and sticky

pukul 4 pagi aku rasakan sesuatu menda yang agak besar merayap kat kaki aku. dengan pantas aku bingkas dari bantal empuk aku sambil hati berdebar debar benda apakah yang berani mengganggu aku di saat waktu yang paling enak di buai mimpi nih. belum pun sempat aku berbuat ape ape, menda tuh terlebih dahulu memberi riaksi setelah menyedari kehadirannya di ketahui. maka kedengaran lah suaranya yang nyaring lagi menyeramkan bertempik memberitahu "yokkkkkkk" aduss, pewaris tahkta aku tu berakkk, kol 4 pagi pulak tuh. hayya, pukul lain takleh berak ke? pastu pandai pulak menyelinap nak turun katil senyap2. konon nya aku tak perasan. lainlah kalau bekas awek aku tuh. haaa.
 
sambung balik cerita aku tu, dengan sepantas kilat aku memeluk anak aku tuh, kononnya nak bagi beliau rilek la. takpe anak ku berak lah, sesungguhnya berak itu adalah normal. bapak pun berak, cuma bapak tak berak dalam pempers. huhu. sambil menepuk nepuk bontot nya. tapi sedara sedari yang dirahmati Allah niat baik ku di balas ngan sesuatu yang sangat menyayat hatiku. rupa2 nya unwanted waste nya itu dah bergelumbang n kucar kacir ke segenap bontot nya. panas dan melekit,, sungguh berbeza perasaan nya, yang mana ketika membasuh nya lain, dan ketika tak bersedia pulak lain. patut la time aku nak peluk beliau tolak2, tak olehhh... katanya pelat pekat haa.
 
satu benda yang agak mencabar kewibawaan para ayah seluruh pelosok dunia, yang mana boleh mengganggu keseimbangan alam, tapi Alhamdulillah aku dapat hadapinya ngan berwawasan. setelah segalanya selesai, aku berkemas kemas untuk menyambung ape yang terbantut tadi. tetiba pulak dia minta magic stick pusing2 dia. biasa la menda baru, tak puas main. hayya, dah aku sorok boleh pulak dia ingat. dari kol 4 sampai kol 5, dari kol 5 sampai kol 5 setengah, haissshh ni tak boleh jadi ni. bila dia tak tido aku pon takleh tido, so aku terpaksa gunakan kuasa veto aku yang mana kuasanya pasti boleh membuat beliau tido. huhu. dan setelah beliau tido barulah aku pun dapat tido n terlambat lah datang kerja akibat terbabas.
 
magic stick pusing pusing
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 15 April 2013

botak chin kembali

lama jugak aku tinggalkan blog aku nih. takde ape nak criter takdek ape nak berbicara. kali ni aku kembali tampil (ok ke ayat tuh) walaupun dahulunya aku mengatakan blog aku ni akan hanya beroperasi bilamana pewaris tahkta aku bersama aku saja. haa, jangan nak sebar2 fitnah pulak bila baca aku tulis mcm tuh. ada pulak yang cakap kenapa dia ngan anak dia duk asing? ke dia ngan awek dia dah tak sebumbung dah? bajet glamourr pulak beta ni ye.
 
biasalah dunia sekarang, macam2. jangan risau adik kakok kami masih di bawah satu rumpun dan satu malaysia haha, Alhamdulillah, malahan kami ni makin erat, kemah kemim rapat jittt org singapore kata.
 
berbalik kepada topic tadi tuh. tetiba je hari ni aku nak menjengah, mengopek dan mengupas kembali apa yang aku mulakan dulu. nak kata takde criter yang nak dikongsikan, banyak jugak cerita nya. yang besttt ader yang panas ade malahan yang hot meletop pun ader. tapi tu la kan, criter pewaris tahkta aku jugak yang aku publishkan. maklumlah dah belogg dia.
 

 
 
 
 

Monday, 19 November 2012

alamak terlepas

entah kenapa perut aku memulas sangat. dari dalam keter lagik aku dok tahan. jangan pulak kau keluar wahai sang angin. haa, aku pasti semua org mengalami keadaan yang sama ngan aku, cuma cara je berbeza. teringat masa dulu2, gi mana2 ngan bas. org2 lama berpesan, buang lah segala yang kau nak buang sebelum naik bas tuh. sama jugak lah kalau yang naik kereta. buat nya dia datang time dah gerak, mau tak nya berpeluh kau menahan. sampai menggigil pun ade.

satu pengalaman terjadi bila mana aku melalui jalan jabor bukit besi. toilet yang ada hanya kat cheneh, selepas tu takkan jumpa lagi toilet sehinggalah sampai di al muqtafilbillah shah. jarak nya lebih kurang 2 jam perjalanan. nak dijadikan cerita, time tu jugak lah pundi kencing aku nih buat hal, tak dapat menampung bebanan. adoi, bagai nak pecah dah ni. dah la malam buta, seram pulak tuh. kalau tak hutan belantara, ladang kelapa sawit. nak berenti menyiram pun takutttt.

aku ingat aku sorang je yang menderita time tu tuh, rupanya amoi aku pun sama. nak tahan kencing satu hal, nak tahan gelak pun satu hal. sampai satu tahap, nak bercakap pun tak boleh, terkepit kepit. punya la hantu penderitaan nih. macam2 idea spontan yang keluar, guna pampers pewaris aku la, tekap pakai tuala la. semua nya gagal dapat kata sepakat. yang paling best nya, guna botol. tapi yang tu pun tak berjaya, maklum la, kalau macam aku ni laki senanggg. dah mantan awek aku ni pompuan, camanee??? lagi pon tak sanggup aku nak tengok awek aku tu menderita sensorang. biar lah kita menderita bersama. huhuhuhuhu.

akhirnya, aku rasa macam stereng keter pun nak patah bagai akibat pautan menahan kehornian ni nih, terpaksa jugak aku memberhentikan keter. hutan rimba pun hutan rimba lah, aku dah tak boleh menahan nya. berbekalkan mineral water, kat tepi keter tu jugak lah aku melampiaskan nafsu kencing tuhh. eeee, seram tengok keliling. aii lama pula dia menyiramm, bila nak berenti nih. overload la katakan. ngeee. akhirnya lepaslah segala kesusahan dan penderitaan aku tuh, berbekalkan jugak mineral water yang tinggal separuh tuhh, aku hulurkan pada amoi aku tuh. nahh, u punya turn. enjoyyy. punya la sombong, dia taknak. ok takpe, menderitalah u sorang2. kifkifkif. masuk je keter aku terus kan perjalanan. pastu mulalah amoi aku tu mintak aku bawa keter macam mykel shumeker, tersangat tak tahan katanya. tu la, org suh membajai tanaman tadi taknak. huhu. akhirnya kami sampai kat petronas al muqtafilbillah shah dan hajat amoiku tu pun tercapai.

berbalik kepada ayat pertama aku kat atas tu, ape yang aku nak cerita sebenarnya tentang keperihatinan bekas awek aku tuh. ade ke dia sound aku, suh aku perlahan sikit ape yang aku buat kat dalam toilet tuh. sangat jelas kedengaran kat luar nih ha. OMG OMG OMG.

alamakkk jangan cakap kuat kuattttttt

berbisik dah le kan? ape rrr. malu den. dah la mak kepada bini pertama aku ada. nasib baik adik ipar aku n org rumah beliau kuar pi jalan jalan. kalau tak malu kuasa 2. huuuu. btw, im sorii, kata amir. maklumla, injap den ni tak leh kontrol sebab lama sangat dok menahan nya. ingat nak lepas sikit sikit, sekali dia sembuq sekali harung. hahahaha.

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

bye chiii...

Wednesday, 14 November 2012

butterfly in action

huhu, tajuk cam best. keluar je rumah pagi tadi, maklum la, pewaris takhta aku takde, makanya awal la kuar pi kerja. selepas tolak keter yang blocking keter aku. cam biasa hari2 kena tolak keter org. dah macam tada kerja lain dah aku ni.

sambil2 dok hirup udara pagi, sementara menantikan enjin keter panas. maka terpandang la sekumpulan rama2 yang besau bertenggek antara satu sama lain betol2 kat atas batu jemala patik ni ha. aku ape lagi bukan senang nak jumpa menda2 macam ni nih, terus la snap sekeping dua untuk di kongsikan bersama.

saksikan...






kembali terasing

haa, kalau sebelum ni kembali terjalin, sekarang ni kembali terasing. begitulah keadaan nya. keberangkatan pulang semula putera mahkota aku tu ke kampung halaman bekas tunang aku tu mendatangkan impak yang kuat keatas aku dan amoi aku nih. di mana, suaranya masih lagi terngiang ngiang di telinga kami ni walaupun dah 2 hari berlalu.

maklum la, pewaris takhta aku tu dah pandai macam2. mana tak riennnduuu nya. pandang menda ni teringat menda ni, pandang menda tu teringat menda tu. haishh. teringat kembali cerita dulu2 di mana, bekas tunang aku tu menderita rindukan aku nih. perasaan nya lebey kurang macam ni la kot, agaknya la kan? aku mana tahu menda2 nih semua, takde pengalaman la katakan, ngee.

ok lah, tak leh cerita lebih2, nanti kan malam kang tidor luar, huhu. seperti biasa, sebagai penutup aku kepilkan beberapa keping gambar sebagai renungan. selamat beramalll.

btw, ni gambo sebelum keberangkatan pewaris tahkta aku tuh. chowww.













Monday, 5 November 2012

lebai maghrib

teringat kisah dulu dulu, bilamana aku masih di bawah tanggungan mak bapak aku. tanggungan di sini bukan nya tanggungan dosa pahala. dah cukup besau dah, dah baliqh dah pun, mimpi ehem ehem pon dah, ader tuh sampai 2 3 kali dah pon. ngee

tanggungan duit, makan minum, tempat berteduh dan macam2 lagi lah. time kecik kecik biasa la kan, bukan nya sempurna sangat. malah takder nya yang sempurna. sembahyang sekali sekala  n jarang jarang je. yang jelas nya maghrib paling banyak dan jarang miss. tu pon pasal dah habis main, kena mandi. time tu lah sebok nak sembahyang nya. waktu waktu yang lain ntah lempar kat mana.

lagipon bila maghrib kan semua org ader kat rumah, so, kena le smayang, karang kantoi pulak. macam la mak bapak kita tu tak tahu.

yang aku nak criter kat sini nih opkos la rutin harian putera sulung aku nih. pantang dengar azan, cepat2 dia amik sejadah n sembahyang. belum pun habis azan lagik. konsortium cepat ekspress betol. angkat takbir bagai nak pecahkan kepala satu hal.

kalau ikut kan prestasi semasa memang mengalah kan lebai maghrib nih. sebab yang aku dok perati nya subuh je beliau miss, yang lain terrr over ontime. huhu






sekian..