entah kenapa perut aku memulas sangat. dari dalam keter lagik aku dok tahan. jangan pulak kau keluar wahai sang angin. haa, aku pasti semua org mengalami keadaan yang sama ngan aku, cuma cara je berbeza. teringat masa dulu2, gi mana2 ngan bas. org2 lama berpesan, buang lah segala yang kau nak buang sebelum naik bas tuh. sama jugak lah kalau yang naik kereta. buat nya dia datang time dah gerak, mau tak nya berpeluh kau menahan. sampai menggigil pun ade.
satu pengalaman terjadi bila mana aku melalui jalan jabor bukit besi. toilet yang ada hanya kat cheneh, selepas tu takkan jumpa lagi toilet sehinggalah sampai di al muqtafilbillah shah. jarak nya lebih kurang 2 jam perjalanan. nak dijadikan cerita, time tu jugak lah pundi kencing aku nih buat hal, tak dapat menampung bebanan. adoi, bagai nak pecah dah ni. dah la malam buta, seram pulak tuh. kalau tak hutan belantara, ladang kelapa sawit. nak berenti menyiram pun takutttt.
aku ingat aku sorang je yang menderita time tu tuh, rupanya amoi aku pun sama. nak tahan kencing satu hal, nak tahan gelak pun satu hal. sampai satu tahap, nak bercakap pun tak boleh, terkepit kepit. punya la hantu penderitaan nih. macam2 idea spontan yang keluar, guna pampers pewaris aku la, tekap pakai tuala la. semua nya gagal dapat kata sepakat. yang paling best nya, guna botol. tapi yang tu pun tak berjaya, maklum la, kalau macam aku ni laki senanggg. dah mantan awek aku ni pompuan, camanee??? lagi pon tak sanggup aku nak tengok awek aku tu menderita sensorang. biar lah kita menderita bersama. huhuhuhuhu.
akhirnya, aku rasa macam stereng keter pun nak patah bagai akibat pautan menahan kehornian ni nih, terpaksa jugak aku memberhentikan keter. hutan rimba pun hutan rimba lah, aku dah tak boleh menahan nya. berbekalkan mineral water, kat tepi keter tu jugak lah aku melampiaskan nafsu kencing tuhh. eeee, seram tengok keliling. aii lama pula dia menyiramm, bila nak berenti nih. overload la katakan. ngeee. akhirnya lepaslah segala kesusahan dan penderitaan aku tuh, berbekalkan jugak mineral water yang tinggal separuh tuhh, aku hulurkan pada amoi aku tuh. nahh, u punya turn. enjoyyy. punya la sombong, dia taknak. ok takpe, menderitalah u sorang2. kifkifkif. masuk je keter aku terus kan perjalanan. pastu mulalah amoi aku tu mintak aku bawa keter macam mykel shumeker, tersangat tak tahan katanya. tu la, org suh membajai tanaman tadi taknak. huhu. akhirnya kami sampai kat petronas al muqtafilbillah shah dan hajat amoiku tu pun tercapai.
berbalik kepada ayat pertama aku kat atas tu, ape yang aku nak cerita sebenarnya tentang keperihatinan bekas awek aku tuh. ade ke dia sound aku, suh aku perlahan sikit ape yang aku buat kat dalam toilet tuh. sangat jelas kedengaran kat luar nih ha. OMG OMG OMG.
alamakkk jangan cakap kuat kuattttttt
berbisik dah le kan? ape rrr. malu den. dah la mak kepada bini pertama aku ada. nasib baik adik ipar aku n org rumah beliau kuar pi jalan jalan. kalau tak malu kuasa 2. huuuu. btw, im sorii, kata amir. maklumla, injap den ni tak leh kontrol sebab lama sangat dok menahan nya. ingat nak lepas sikit sikit, sekali dia sembuq sekali harung. hahahaha.
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
bye chiii...
No comments:
Post a Comment