Wednesday, 14 November 2012

kembali terasing

haa, kalau sebelum ni kembali terjalin, sekarang ni kembali terasing. begitulah keadaan nya. keberangkatan pulang semula putera mahkota aku tu ke kampung halaman bekas tunang aku tu mendatangkan impak yang kuat keatas aku dan amoi aku nih. di mana, suaranya masih lagi terngiang ngiang di telinga kami ni walaupun dah 2 hari berlalu.

maklum la, pewaris takhta aku tu dah pandai macam2. mana tak riennnduuu nya. pandang menda ni teringat menda ni, pandang menda tu teringat menda tu. haishh. teringat kembali cerita dulu2 di mana, bekas tunang aku tu menderita rindukan aku nih. perasaan nya lebey kurang macam ni la kot, agaknya la kan? aku mana tahu menda2 nih semua, takde pengalaman la katakan, ngee.

ok lah, tak leh cerita lebih2, nanti kan malam kang tidor luar, huhu. seperti biasa, sebagai penutup aku kepilkan beberapa keping gambar sebagai renungan. selamat beramalll.

btw, ni gambo sebelum keberangkatan pewaris tahkta aku tuh. chowww.













Monday, 5 November 2012

lebai maghrib

teringat kisah dulu dulu, bilamana aku masih di bawah tanggungan mak bapak aku. tanggungan di sini bukan nya tanggungan dosa pahala. dah cukup besau dah, dah baliqh dah pun, mimpi ehem ehem pon dah, ader tuh sampai 2 3 kali dah pon. ngee

tanggungan duit, makan minum, tempat berteduh dan macam2 lagi lah. time kecik kecik biasa la kan, bukan nya sempurna sangat. malah takder nya yang sempurna. sembahyang sekali sekala  n jarang jarang je. yang jelas nya maghrib paling banyak dan jarang miss. tu pon pasal dah habis main, kena mandi. time tu lah sebok nak sembahyang nya. waktu waktu yang lain ntah lempar kat mana.

lagipon bila maghrib kan semua org ader kat rumah, so, kena le smayang, karang kantoi pulak. macam la mak bapak kita tu tak tahu.

yang aku nak criter kat sini nih opkos la rutin harian putera sulung aku nih. pantang dengar azan, cepat2 dia amik sejadah n sembahyang. belum pun habis azan lagik. konsortium cepat ekspress betol. angkat takbir bagai nak pecahkan kepala satu hal.

kalau ikut kan prestasi semasa memang mengalah kan lebai maghrib nih. sebab yang aku dok perati nya subuh je beliau miss, yang lain terrr over ontime. huhu






sekian..

mandi manda

tak boleh nak dinafikan lagi bahawasanya pewaris tahkta aku ni memang sukakan air. pantang ajak mandi,  tak kira la pagi ke malam ke ok saja. mesti ikut genetik aku. berbeza ngan ibu susuan dia tuh. pagi sejuk tghr sejuk malam sejuk. tak paham beta.

oklah, aku takleh nak merapu panjang. takde idea, ni hah sekeping dua gambo bermandi manda. cuma aku ngan pewaris aku je. takde sebarang awek yang cun n maveless pun yang join. kalau ade yang seksi meksi mandi bersama kan bagoss, kankankan.









sekian...


Thursday, 1 November 2012

amoi mengamuk pecah pintu

keaktifan cucu mak aku tu dari kecik sampai besar maintain je. tetap culas dan bertenaga. kadang kadang timbul gak kegusaran kat benak pikiran aku nih. mamat ni tak tau penat ke? kalau dapat tengok beliau rehat n statik je tak wat ape2 alang kah gumbira nya hati den, 2 3 minit pun cukup lah. ni tak, ade je yang di buat nya. berlari situh manjat sinih, nyorok situh tarik sinih. pantang pintu terbuka, tak smpai 3 saat ade lah beliau dok selongkar macam2.

so, sekarang ni tiada pintu yang di biarkan terbuka sepanjang beliau bermastautin di shah alam ni. lorong dan laluan pun aku dah block. yang nak di jadikan criter nya nih, malam semalam terjadi satu peristiwa di mana pintu bilik beradu aku ngan amoi aku tu (a.k.a pintu bilik yang sama di mana permulaan detik detik terjadi nya pewaris tahkta aku tu) bermasalah. ngee.

tombol berproblem menyebabkan amoi aku tak dapat masuk bilik. biasalah penat2 keje, balik2 tak dapat masuk bilik. mahu tak marahhh. huhu. aku pulak kena stay back sebab ada shooting drama julia kat MSU, so tak dapat le aku nak nolong. lagi pun biar lah amoi aku tu berdikari, dah besor panjang dah pun. takkan benda cam tu pun nak kena HERO nih yang settle kan, btoi tak?

di pendekkan criter, lebih kurang kol 12 tgh malam baru aku balik, masuk2 je dalam rumah tergolek anak branak tidor atas lantai beralaskan toto dan kompeter. huhu. ternyata usahanya tak berhasil. melihatkan keadaan tombol pintu tu, aku tahu amoi aku tu bekerja keras. mana taknya berkecai tombol pintu tu di kerjakan nya. mungkin dah give up tak pun terlalu penat, terus tertidur, sampai ke sudah tak leh masuk. yang aku pasti pewaris aku tu la yang paling sibuk time tu tuhh. nak tak nak aku terpaksa men macgyver kan diri aku nih. dan tak sampai 3 minit pun dah boleh bukak pintu tuhh. moralnya kaum amoi sekalian alam heii, jangan lah kamu bersifat ego dan angkuh, jangan juga kamu merasakan kamu boleh sempurna tanpa lelaki. ke situ pulak..heeee.

haishh, slalu tersalah topik. aku nak criter rasa bersalah aku pada pewaris harta aku tu. sebelum ni bahagia je kat BUTUT, haaa jangan tersalah sebut. lain jadi nya. huhu. datang je kat shah alam ni terkurung je tak kuar mana mana. pantang bunyi hon ataupun bunyi bising kat luar terus gembira bertepuk tangan, konon nya somebody datang nak amik beliau jalan jalan. mungkin beliau ingat masih berada kat kampung yang mana selama ni ada je tok sedara ke sepupu sedara ke bapak sedara ke yang hari2 datang melayan nya n bawa nya p jalan2. kesiannn.

akhir sekali, sambung balik cerita tombol pintu tadi, tak tau la mcm mana tokwan imoh nya nak menkontrol cucunya tu memandangkan satu bilik tak leh tutup tu. harap2 evritim ok. dah panjang aku merapu nih. maklum la, satu tajuk 2 criter katakan.

ok, cawww.






Tuesday, 30 October 2012

kembali terjalin

oleh sebab aku dah berzannzii bahawa aku hanya akan aktif meng update blog hanya bila putera mahkota aku tu kembali di bawah 1bumbung ngan aku, makanya aku cuba lah menunaikan nya walaupun takde idea. setelah hampir 2 bulan peninggalan putera sulung aku tu, kini beliau memutuskan untuk menebus sementara kontrak bersama sang penyu dan menyertai aku dan amoi aku di shah alam. huhu.


bukak pagar nih, i nal kuar bederakk.

aku main kaw kaw, malam kang aku nangis la kaw kaw sebab penat.
takpeee bapak aku ada nak urut kaki aku. ngee

sekadar gambo hiasan.. time kat kg.. RAYA HAJI..
sekian....




Thursday, 11 October 2012

tragedi karak

weekend lepas aku bersama awek lama aku balik kampung sempena majlis kenduri tahlil 40 ayahanda aku. alhamdulillah segala nya berjalan lancar. aku terus skip cerita aku ni yang mana aku terus ke perenggan yang menceritakan tragedi karak nih, huhh suspen nya.

setelah selesai urusan di kampung kami bertolak balik ke kuala lumpur. seperti biasa aku balik ikut terengganu, singgah jap kat rumah mak mertua dan terus ke kuantan untuk selesaikan benda2 yang berkaitan arwah daddy ku. adik beradik aku pun sama cuma mereka bertolak lewat sikit sebab mereka tak perlu singgah kat trengganu sebab mereka takde mak mertua kat situh haaa, mereka terus ke kuantan dan kami memang bercadang nak ber JEJAK KASIHan kat kuantan tuh sambil2 menziarahi pusara arwah.

selesai segala urusan di kuantan kami meneruskan perjalanan ke kuala lumpur. sehinggalah kami sampai di RnR temerloh dimana kami berhenti untuk makan. sepanjang perjalanan dari trengganu ke temerloh ni aku agak kesunyian memandangkan awek lama aku tu agak beremosi maklumlah berpisah ngan pewaris tahkta aku tu. oleh sebab dah agak lewat malam besoknya pulak nak kena kerja aku terpaksa meninggalkan adik beradik aku yang lain tu dan terus memecut ke KL.

baru nak masuk perenggan tragedi karak nih, huhu. panjang nya intro. dalam asyik dok melayan bengkang bengkok lebuhraya karak ni sambil mulut terkumat kamit dok mengalunkan lagu ombak rindu, maklum la tak menyanyi karang boring pulak. dah la jalan sunyi sepi, awek aku pon sunyi sepi, huhh dasat jugak tahap keemosian nya kali nih. tetiba je sampai satu selekoh yang agak tajam, enjin kereta aku mati. nasib baik la keter tak banyak dapat gak parking kat bahu jalan walaupon dengan bersusah payah.

tanpa berlengah aku terus cuba start tapi tak berhasil. dah tak leh wat ape dah ni, so aku dan awek aku yang dulunya sepi seribu bahasa dah mula berbicara, huuu. nak tak nak kami bergegas keluar dari keter dan terus melepak kat spot yang agak jauh dari kereta nunn di sebalik longkang. bukan ape, aku agak risau memandangkan kat hway ni macam2 boleh terjadi, keter terbabas langgar keter rosak la dan macam2 lagi la. pandang kiri pandang kanan gelap gulita hutan belantara cakap hang. dah la keter yang lalu lalang cam pelesit lajunya. cakap pasal pelisit ni sedara sedari sekalian, teringat pulak pelbagai cerita seram yang aku dok selalu dengar berkenaan karak ni. dah la baru2 ni aku layan muvee karak tuh.. eeee serammm..

awek aku dah mula menunjukkan kerisauan nya dah. maklumla penakut yang amat. huhu. nasib kami agak baik kerana kat situ ada line talipon. so, aku terus membuat panggilan ke MTD prime untuk bantuan setelah awek aku mendapatkan nombor berkenaan daripada adik beliau. alhamdulillah bantuan akan dihantar secepat mungkin kata petugas MTD prime tu la. so, sedikit kelegaan dalam hati aku nih.

dalam pada dok menunggu bantuan peronda tu sekali sekala aku try start tapi tak berhasil, dah la cukup susah nak tinggalkan awek aku tu. aku tak salah kan dia la, kalau sesiapa pun akan takot woo, aku pon takut, cuma takkan aku nak tunjuk. aku wat2 le brani. padahal cuak giler muka. mana taknya. takot binatang buas lagi takot hantu jembalang lagi takot excident lagi takot perompak lagi. macam2 lahh.

yang aku pelik bin ajaib nya apsal aku kol adik beradik aku yang aku tinggal kat blakang tadi tak dapat dapat. 3 talipon semua nya tak dapat. dah macam dalam drama hantu dah aku rasa, lagi la aku bertambah seram. keter tiba2 mati kat tengah hutan kol minta bantuan tak dapat2, haa kan tu adalah scene2 yang biasa terjadi dalam drama2 melayu nih. ni tak boleh jadi nih, tunggu peronda tak sampai2. jam pun kat pukul 12 tgh malam dah ni. dah la tadi ada towing berhenti aku menolak kononnya MTD prime otw. nak taknak aku kol sekali lgi, dengan selambanya dia cakap tengah pertukaran shif mungkin lambat sikit, mangkuk betol. dah bertambah risau dah awek aku tu, ternampak muka nak menangis pon ada.

sejam berlalu masih tak dapat hubungi adik beradik aku tu, takkan masih dok makan lagi. kalau ikutkan masa dah tentu mereka dah lalui jalan yang aku lalu ni. mana ada jalan lain lagi dah. terlintas jugak kat pikiran aku ni takut2 mereka pun mengalami kejadian tak diingini. sebijik sebijik keter lalu aku peratikan takut2 mereka terlepas pandang.

alhamdulillah tak lama lepas tu ada satu lagi towing berhenti dan menawarkan bantuan. dan bantuan ini adalah bantuan berbayar. tak kisah la janji kami boleh blah dari tempat yang seram nih. nak tunggu bantuan yang tak berbayar tak sampai2. naik lori pon naik lori lah janji dia bawa kami ke tempat yang selamat. so, kami selamat sampai ke hentian sebelah berdekatan tol bentong.

rehat sekejap untuk tenteramkan hati yang dari tadi berdegup kencang. huhu. tak lama lepas tu aku dapat panggilan dari adik beradik aku mengatakan yang mereka dah sampai ampang dan terbaca sms S.O.S yang awek aku tinggalkan tadi. katanya dia perasan keter rosak kat karak tu, tapi tak sangka itu kami. ngeeee. hancuss betol la diaorg nih. ni mesti bawa laju nih.

dah agak reda dan perasaan dah kembali normal aku minta awek aku tu kol balik MTD prime tu untuk inform kita dah sampai tol bentong. belum sempat bagitau petugas tu ckap budak2 yang shif sekarang ni tak smpai2 lagi. hantu betol la. kalau buat nya kitaorg tunggu tadi tak ke naya.

apepon pukol 6 pagi kami selamat sampai di ampang setelah di towing. kali ni ianya di biayai oleh company insuran. kalau tadi nya kami dan kereta kami naik lori, kali ni kami naik kereta yang di willie oleh lori huhu.. pengalaman berharga tu. beria mamat towing tu suh buka tingkap nanti panas. sejuk menggigil kami bagai nak beku bila melalui genting sempah tu.

sekarang ni kereta aku terpaksa masuk workshop dan sekarang ni pengangkutan utama ialah motorrr..
bye chiiii