weekend lepas aku bersama awek lama aku balik kampung sempena majlis kenduri tahlil 40 ayahanda aku. alhamdulillah segala nya berjalan lancar. aku terus skip cerita aku ni yang mana aku terus ke perenggan yang menceritakan tragedi karak nih, huhh suspen nya.
setelah selesai urusan di kampung kami bertolak balik ke kuala lumpur. seperti biasa aku balik ikut terengganu, singgah jap kat rumah mak mertua dan terus ke kuantan untuk selesaikan benda2 yang berkaitan arwah daddy ku. adik beradik aku pun sama cuma mereka bertolak lewat sikit sebab mereka tak perlu singgah kat trengganu sebab mereka takde mak mertua kat situh haaa, mereka terus ke kuantan dan kami memang bercadang nak ber JEJAK KASIHan kat kuantan tuh sambil2 menziarahi pusara arwah.
selesai segala urusan di kuantan kami meneruskan perjalanan ke kuala lumpur. sehinggalah kami sampai di RnR temerloh dimana kami berhenti untuk makan. sepanjang perjalanan dari trengganu ke temerloh ni aku agak kesunyian memandangkan awek lama aku tu agak beremosi maklumlah berpisah ngan pewaris tahkta aku tu. oleh sebab dah agak lewat malam besoknya pulak nak kena kerja aku terpaksa meninggalkan adik beradik aku yang lain tu dan terus memecut ke KL.
baru nak masuk perenggan tragedi karak nih, huhu. panjang nya intro. dalam asyik dok melayan bengkang bengkok lebuhraya karak ni sambil mulut terkumat kamit dok mengalunkan lagu ombak rindu, maklum la tak menyanyi karang boring pulak. dah la jalan sunyi sepi, awek aku pon sunyi sepi, huhh dasat jugak tahap keemosian nya kali nih. tetiba je sampai satu selekoh yang agak tajam, enjin kereta aku mati. nasib baik la keter tak banyak dapat gak parking kat bahu jalan walaupon dengan bersusah payah.
tanpa berlengah aku terus cuba start tapi tak berhasil. dah tak leh wat ape dah ni, so aku dan awek aku yang dulunya sepi seribu bahasa dah mula berbicara, huuu. nak tak nak kami bergegas keluar dari keter dan terus melepak kat spot yang agak jauh dari kereta nunn di sebalik longkang. bukan ape, aku agak risau memandangkan kat hway ni macam2 boleh terjadi, keter terbabas langgar keter rosak la dan macam2 lagi la. pandang kiri pandang kanan gelap gulita hutan belantara cakap hang. dah la keter yang lalu lalang cam pelesit lajunya. cakap pasal pelisit ni sedara sedari sekalian, teringat pulak pelbagai cerita seram yang aku dok selalu dengar berkenaan karak ni. dah la baru2 ni aku layan muvee karak tuh.. eeee serammm..
awek aku dah mula menunjukkan kerisauan nya dah. maklumla penakut yang amat. huhu. nasib kami agak baik kerana kat situ ada line talipon. so, aku terus membuat panggilan ke MTD prime untuk bantuan setelah awek aku mendapatkan nombor berkenaan daripada adik beliau. alhamdulillah bantuan akan dihantar secepat mungkin kata petugas MTD prime tu la. so, sedikit kelegaan dalam hati aku nih.
dalam pada dok menunggu bantuan peronda tu sekali sekala aku try start tapi tak berhasil, dah la cukup susah nak tinggalkan awek aku tu. aku tak salah kan dia la, kalau sesiapa pun akan takot woo, aku pon takut, cuma takkan aku nak tunjuk. aku wat2 le brani. padahal cuak giler muka. mana taknya. takot binatang buas lagi takot hantu jembalang lagi takot excident lagi takot perompak lagi. macam2 lahh.
yang aku pelik bin ajaib nya apsal aku kol adik beradik aku yang aku tinggal kat blakang tadi tak dapat dapat. 3 talipon semua nya tak dapat. dah macam dalam drama hantu dah aku rasa, lagi la aku bertambah seram. keter tiba2 mati kat tengah hutan kol minta bantuan tak dapat2, haa kan tu adalah scene2 yang biasa terjadi dalam drama2 melayu nih. ni tak boleh jadi nih, tunggu peronda tak sampai2. jam pun kat pukul 12 tgh malam dah ni. dah la tadi ada towing berhenti aku menolak kononnya MTD prime otw. nak taknak aku kol sekali lgi, dengan selambanya dia cakap tengah pertukaran shif mungkin lambat sikit, mangkuk betol. dah bertambah risau dah awek aku tu, ternampak muka nak menangis pon ada.
sejam berlalu masih tak dapat hubungi adik beradik aku tu, takkan masih dok makan lagi. kalau ikutkan masa dah tentu mereka dah lalui jalan yang aku lalu ni. mana ada jalan lain lagi dah. terlintas jugak kat pikiran aku ni takut2 mereka pun mengalami kejadian tak diingini. sebijik sebijik keter lalu aku peratikan takut2 mereka terlepas pandang.
alhamdulillah tak lama lepas tu ada satu lagi towing berhenti dan menawarkan bantuan. dan bantuan ini adalah bantuan berbayar. tak kisah la janji kami boleh blah dari tempat yang seram nih. nak tunggu bantuan yang tak berbayar tak sampai2. naik lori pon naik lori lah janji dia bawa kami ke tempat yang selamat. so, kami selamat sampai ke hentian sebelah berdekatan tol bentong.
rehat sekejap untuk tenteramkan hati yang dari tadi berdegup kencang. huhu. tak lama lepas tu aku dapat panggilan dari adik beradik aku mengatakan yang mereka dah sampai ampang dan terbaca sms S.O.S yang awek aku tinggalkan tadi. katanya dia perasan keter rosak kat karak tu, tapi tak sangka itu kami. ngeeee. hancuss betol la diaorg nih. ni mesti bawa laju nih.
dah agak reda dan perasaan dah kembali normal aku minta awek aku tu kol balik MTD prime tu untuk inform kita dah sampai tol bentong. belum sempat bagitau petugas tu ckap budak2 yang shif sekarang ni tak smpai2 lagi. hantu betol la. kalau buat nya kitaorg tunggu tadi tak ke naya.
apepon pukol 6 pagi kami selamat sampai di ampang setelah di towing. kali ni ianya di biayai oleh company insuran. kalau tadi nya kami dan kereta kami naik lori, kali ni kami naik kereta yang di willie oleh lori huhu.. pengalaman berharga tu. beria mamat towing tu suh buka tingkap nanti panas. sejuk menggigil kami bagai nak beku bila melalui genting sempah tu.
sekarang ni kereta aku terpaksa masuk workshop dan sekarang ni pengangkutan utama ialah motorrr..
bye chiiii
No comments:
Post a Comment