Thursday, 14 June 2012

dulu lain sekarang lain

belagak giler kan? baru naik keter kontrol tu, belum keter sport betul, tak nak senyum kat org dah. awek maveless naik superbike ushar pun wat donno je. kalau zaman amoi aku dulu tak merasa la nak naik menda alah ni, naik upih ade ler. sorang tarik sorang duduk. zaman aku dah canggih dah. tekan je gerak tekan je gerak, lebih kurang le ngan zaman pewaris tahkta aku nih. huhu

Monday, 11 June 2012

happy birthday to me

memandangkan tak busy dah, konvo pun dah lepas, dapat lah aku mencoret sepatah dua kata hari nih. jumaat lepas merupakan harijadi aku yang ke 21. muda nye huhu. walaupun perjalanan hidup aku ni agak dramatik, tapi Alhamdulillah segala nya berada pada landasan nya.

tak ku sangka dan tak ku duga, aku dapat birthday kek cakap kau. maklum la aku ni bukan nya slalu sangat dapat kek ni. terharu rasanya. huhu.

oleh sebab aku agak sibuk pada hari berkenaan, makanya aku sendiri pun terlupa hari lahir aku tu. sampai lah hampir pukul 12 tgh malam, baru je nak terlelap, aku di kejut kan oleh amoi aku mengatakan ada bau hangit. aku pantang bau hangit2 nih. dah banyak history nya. kalau lah korang baca post2 aku yang terdahulu korang tau la.

kalau dah penat sangat, nak bangun pun malas. aku ckp takde ape2 la, org bakar sampah kat bawah tu. amoi aku cakap bukannn bau macam litar pintas ni, kat dapur kuat baunya. baik pulak lakonan dia. nak tak nak ngan muka sposen terpaksa gak aku bangun meninjau. haihh.

opocott mak kau, terpampang birthday cake kat situh, siap berlilin lilin bagai. aku mcm blur2 lagik. lepas tu baru la aku tau rupanya amoi aku tu wat seprais sempena aku punya birthday rupanya. patut le siang tadi nak pakai keter n siap gi tesco, rupanya gi beli barang2 wat kek rupanya. hihi.

pastu, macam korang punya sambutan birthday jugak, tiup lilin, potong kek dan makan.

ape yang aku perasan, nape agak buruk rupa kek aku nih. berbeza sangat ngan kek birthday amoi aku dua minggu lepas tuh. salah buat ke ape. kata nak suh support dia buat kek untuk tempahan. kalau gini le rupanya, ish ish ish, banyak lagi kena blajar tuh. tak pon simpan saje angan2 tu ye. ngeee. tapi, rupa tak penting yang penting ikhlas gitew.

apepon tq pada roommate aku tu, susah2 je.

ni amoi aku punya birthday cake, ada gak rupanya kan?

ni ana punya birthday cake. cer banding cer banding.

memang abstrak. huhu.

tapi sedappp, tak cakap sedap karang tidor luar pulak.

mavelessss

Thursday, 7 June 2012

miss octopus drama

alkisah, satu drama baru yang sedang hangat diperkatakan. ianya masih lagi dalam pembikinan. dan kali ni MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU) menjadi lokasi utama yang di pilih oleh krew2 PRIMEWORKS. drama ini di arahkan oleh pengarah yang tak asing lagi iaitu mr. JK dan di barisi para pelakon yang hebat2 semuanya.

aku tanak bercerita panjang mengenai drama romantik komedi 10 episod ini, kalau aku bercerita tak best pulak nak nonton nya nanti, betul tak? kita sama2 tunggu dan lihat dalam sedikit masa lagi. memandangkan aku sedikit terlibat dalam pengambaran kat MSU ini, (sebenarnya tak terlibat pon, wat menyemak lokasi je, opih dan meja aku jew yg terlibat sebenarnya). ingin aku memberi sedikit komen, dan komen aku berbunyi "tonton la wei, tak rugi, menarik" tu je lah komen aku, padat dan bermakna. huhu.

ni aku kongsikan beberapa keping gambo THE MAKING of MISS OCTOPUS untuk menaikkan nafsu menonton korang, harap2 korang tak sabau nak nengoknye. saksikan.

MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY

antara pelakon utama, peewitt.

tuan director & the geng

close up... ish ish ish

salah skrip tu cik ita oiii..huhu

ok..roll n action.

kalau la pensyarah msu ginih, mau semua student dapat 4 felek.

uihhh, sempoi mr JK

sembang sembang sembang, bila nak g mengajar nih?

opss, silap ke???

tu dia, yang membelakangi camera ni la bakal director terhebat. ngee




ok stanby....rolllllll

 bukan kena tumbuk ye. ini adalah untuk drama semata mata.
jgn pulak kuar gossip macam2.

haihh, lambat lagi ke sutim nih, ade sutim tempat lain plak nih.

amacamm

huhh, jeles le menantu mak aku kali nih.
takkan sebab gambo ni kena tido luar kot?


Monday, 4 June 2012

tragedi amoi penang dan R&R

aiseymen lama gak aku menyepi. hari ni aku kembali. kembali ngan tajuk yang agak parah iaitu sehari di penang yang dramatik. huhh. ceritanya bermula bilamana keberangkatan kami ke pulau pinang seawal 5 pagi sabtu lepas. ini bertujuan untuk menghadirkan diri ke majlis kenduri timbal balik, yakni majlis  hantar anak ke rumah ibu bapa suaminya atau dipanggil juga MAJLIS HANTAR MENANTU ataupun majlis kenduri belah pihak lelaki. haa, tak paham lagi tak tau le.

kononnya, alang2 dah pergi penang, why not kitaorg bercuti cutian terus. mandi pantai ke, lepak BATU FERRINGHI ke, ape2 jelah janji happy gituhh. makanya ngan agak ghairah, seawal 4 pagi amoi aku tu bangun mengemas ape yang patut, teruja habis. agaknya terlampau ghairah sehinggakan banyak benda yang terlupa di bawa. ade ke bikini aku ngan pewaris aku pun terlupa, ni nak g pantai ni. apepon aku  tak kisah pun semua tu, biasa bro, percutian tak dirancang. baru best kan? evriting on da spot, ape yang terlintas, itu yang kita akan buat. perghh, macam menarik kan.

selesai je majlis kenduri yang dirancang tersebut maka bermula la episod percutian kami yang tak dirancang pula yang mana agak dramatik tuh. sempat jugak aku tanya amoi aku betul ke kita nak ke pulau ni? risau gak aku, maklum la cuti sekolah ni, di tambah lagi weekend, kena pulak cuti hari keputeraan YDP AGONG. ngan hotel tak bukim, ngan jammed tak hinggat aku rasa. dah le aku ni tak boleh memandu malam. penyakit tidur yang kronik. skrg pukul 2pm kalau nak balik shah alam sempat lagi nih. tetapi amoi aku tu ckap, ok kot, alang2 dah sampai penang, kalau tak bila lagik. pergh bersemangat waja mak kandung pewaris aku nih. aku apa lagi terus memecut sambil follow signboard tertera jambatan.

ternyata perkabaran org yang menyatakan jammed kat atas jambatan pulau pinang tu tak benar. tak jammed pon. aku siap boley memecut lagik. sampai di pulau, aku terus ke batu ferringhi, ape2 pon cari hotel dulu. kat pulau tu pon tak jem sangat, biasa2 je. tak seperti yang di ceritakan. pada firasat aku ni sudah bagos. macam tak ramai je, hotel pon musti banyak, wakakakaka, excited aku.

cari punya cari punya cari, semua penuh. ayokk. mulanya target aku HOTEL BUDGET ke motel ke, maklum la tu je yang mampu. ternyata itu yang habis dulu berbanding hotel2 besau nih, kata petugas kaunter hotel tuh la. dan siap bagi aku satu direction untuk ke satu hotel budget lain, di mana menurut beliau masih ada satu kekosongan untuk standard room. memandangkan tu hotel ke empat yang aku tanya, makanya aku terus memecut ke arah yang di berikan. takut2 la kalau lambat dapat kat org lain pula. ternyata nasib tak menyebelahi kami, kat situ pun penuh. yang tinggal satu bilik kecik katil single. aku minta nak tengok, sememangnya kecik dan rasa tak berbaloi. nak sembahyang pun tak lepas. mintak tilam extra pon tak berguna. mesti tak muat gak. kalau aku sorang ok le. pastu wat masok amoi sorang, cantekk. ni kami bertiga. dah macam bilik couple melepaskan gian jew. chaitt, mana mungkin kami bermalam di bilik yang sekadar tempat melampiaskan nafsu tuhh.

aku teruskan pencarian, dan hanya kecewa balasannya. sekarang memandangkan hari makin gelap, aku berkeputusan turun balik ke GEORGETOWN dan mencuba nasib kat situh. dari hotel kecik ke hotel besau, dari rendah ke tinggi semuanya sama je, PENUH PENUH PENUH. amoi aku yang tadi nya semangat waja dah tak waja dah. nasib baik le hari tuh aku punya pewaris tak wat hal pon. biasanya sekejap je dia nak dok dalam car seat dia tuh, tu pon time minum susu n tido je. tapi kali ni ok je, diam dan membebel sorang2 siap ketawa berdekah dekah lagi. puas aku tawaf georgetown tu tapi still tak dapat bilik. siap sesat masuk kawasan panas lagik n dapat sapaan2 dari segelintir pekerja seks ajak masuk bilik, perghh maveless. nak jugak aku tanya, semalam berape? boley wat masuk bini ngan anak sekali tak? ngee.

matahari dah hampir tenggelam, bulan tak muncul muncul. nak tak nak, aku wat keputusan untuk patah balik ke tanah besar. try cari lagik hotel2 kat situh pulak. mana tahu masih ade yang kosong. janji dapat bilik, boleh mandi n tidur. nak drive terus ke SHAH ALAM tak larat, penat dan semesti nya aku tak mampu bawa kereta ngan tak cukup tido n penat gitu. terasa gak nyesal tak amik bilik kecik kat bt ferringhi tuh, tempat lepas gian pon tempat lepas gian la, janji dapat mandi n rest.

sekali lagi naik jambatan pulau pinang ni, cadang nya masuk naik jambatan, balik esok nya ngan feri. ermmm hancus. tader la mandi manda nya, tader la nite market nya. nasi kandar line clear sekadar angan2, char kue tiew penang pun sama. belum masok pasemboq nya lagih tuh. arghh, aku dah tak kisah semua tuh, janji dapat hotel. di pendekkan cerita yang dah terlampau panjang nih, sampai pukul 11 malam kami masih lagi tak dapat hotel. semuanya FULL HOUSE. yang kosong cuma bilik untuk yang kaya raya jew. takkan aku nak bayar RM480 semalam, dah la dah hampir kol 12 malam ni. kalo separuh rege ke boleylah di considerkan bagi org yang pokai macam aku nihh.

aku wat keputusan dan mendapat sokongan penuh amoi aku, dari melayang RM480 tu, baik aku gagah kan diri drive balik kl jew. nanti kat R&R aku minum kopi jantan ke kopi jantan buas telajak ke bagi tak mengantuk. tak habis RM50 pun kan? (kedekut punya worang) hihi. amoi aku dah surrender dah. sakit pale katanya. so, kali ni signboard KUALA LUMPUR pula menjadi penunjuk arah aku. SAYONARA PENANG.

lebey kurang setengah jam drive, aku dah mula terbayang image dalam kepala hotak haku nih, dah tak nampak jalan dah, yang aku follow hanya image yang di cetus kan oleh otak aku ni, kejap ke kanan kejap kekiri. makanya , amoi aku menstopkan aku dari terus di buai image maya aku ni, dan meminta berenti kat R&R. berehat n cuba tidur. di parking R&R tulah yang menjadi hotel kami pada malam tu.

walaupon tak selesa tido dalam kereta, tetapi hakikatnya kalo dah penat kat mana pon boley jadi biasa. dalam hati aku terpikir dan ketawa, ohh percutian hebat untuk keluarga, huhu. kesian mereka, tapi ni amoi ana punya idea. ngehngehngeh.

nasihat aku pada semua, rancanglah perjalanan anda. huhu

sedap udang cucuk tuhh. bak sekoq.

iklan colgate yang di potong

3 dah berteman 3 lagi belum berteman, ngee

ish ish ish, tak tau nak explen ape

jambatan kedua nun di sana. nampak tak? kalo tak nampak pegi sendiri.
tapi jangan redah ye. rancang perjalanan anda

tak jem, line clear

pon sama line clear, jangan disangka air tenang tiada buaya.

tak dapat bercuti kat penang takpe lah. kat R&R pun boley bercuti ape

kesian, tak dapat naik keretapi kat bukit bendera. naik keter menan kat R&R pon ok lah.

mandi pon kat R&R, best ape

budak baik, huhu

ni pon sorang lagi budak baik, tak wat perangai pon.

setelah berpuluh puluh jam kat atas kereta n jalan raya, makan pon tak menentu, akhir nya dapat gak berehat ngan selesa.


Tuesday, 22 May 2012

kena tinggal...huwaaaaa.

awal nya aku masuk opihh hari ni. maklum la sesudah subuh tadi keberakatan pulang amoi aku ke kampung halaman nya. dan seperti biasa pewaris tahkta aku turut serta. tinggal lah aku sensorang tada tempat nak mengadu, huhh. nak sambung tido kot2 terbabas, nak tak nak datang opihh terus. mana tahu kuar awal gini boley terserempak ngan jiranku yang horny tuhh, ada gak teman yang boley di ajak berbual. huhu

harap2 semuanya berjalan lancar. bimbang gak kat pewaris aku tu, kot2 la buat perangai, dia tu bukan boley kira, asyik moody je sehari dua ni. nak kan perhatian lebih. macam tahu je nak berenggang ngan abang dia nih ( aku la tu ). ohh ya, lupa aku nak criter, pewaris tahkta aku tu panggil aku ni ABANG cakap kauu. puas aku ajar, tetap abang abang abang. maklum la muka babyface katakan, anak sendiri pun keliru. aku tak salah kan beliau lahh, org lain pun boleh konfius. jauh bezanya ngan mama dia tuh. kalau pewaris tahkta aku tu panggil dia ONYANG sekali pun aku tak pelik ah. hihi

KEPULANGAN YANG DINANTI kali ni adalah bersempena majlis perkahwinan adik kepada amoi aku yang bakal berlangsung pada ahad depan. so. InsyaAllah kalau tada ape2 sabtu nanti aku pula yang akan turut serta. sabar ye ADIK, nanti ABANG sampai. ngehngehngeh.

uihhh, dah jadi bujang ape aku nak buat ni? rugi la kalo tak di isi ngan aktiviti2. bukan senang nak dapat peluang ni. oklah, aku nak wat schedule untuk beberapa hari berbujangan nih. sehingga berjumpa lagih, renung2 kan.


bye bye.

Wednesday, 16 May 2012

hidup tak selalunya indah

huhh, agak dramatik tajuk aku nak olah hari ni. hal ini tidak ade kena mengena ngan org lain, dan tidak ada kena mengena jugak dengan jiran tetangga mahupun sanak saudara. ini adalah tentang aku dan luahan aku. kata org hidup kita ni ibarat roda yang sentiasa berputar, kadang2 kita di atas dan adakalanya kita di bawah.

persoalan nya. nampe akew asyik kat bawah jew? bila nak berputar ni.

time di atas kitalah segala galanya, so, aku tanak cerita pasal time di atas. sebab time di atas semestinya kita tidak mempunyai masalah. dan aku tertanya tanya, penah ke aku merasai nya? so, kalo aku rasa aku tak penah merasainya maka aku punya tajuk tu sepatutnya di tukar ke "hidup tak semestinya indah" betul tak?

tu saje lah aku nak criter. hanya intro je dulu. nanti akan ada part two n seterusnya. ni aku kepil kan gambo cucu mak aku yang dah baik dari demam, cuma problem batuk yang tahap raksakse gaban je sekarang nih. time batuk tu sian aku tengok, berderai air mata n air mulut beliau.






bye..