Monday, 11 June 2012

happy birthday to me

memandangkan tak busy dah, konvo pun dah lepas, dapat lah aku mencoret sepatah dua kata hari nih. jumaat lepas merupakan harijadi aku yang ke 21. muda nye huhu. walaupun perjalanan hidup aku ni agak dramatik, tapi Alhamdulillah segala nya berada pada landasan nya.

tak ku sangka dan tak ku duga, aku dapat birthday kek cakap kau. maklum la aku ni bukan nya slalu sangat dapat kek ni. terharu rasanya. huhu.

oleh sebab aku agak sibuk pada hari berkenaan, makanya aku sendiri pun terlupa hari lahir aku tu. sampai lah hampir pukul 12 tgh malam, baru je nak terlelap, aku di kejut kan oleh amoi aku mengatakan ada bau hangit. aku pantang bau hangit2 nih. dah banyak history nya. kalau lah korang baca post2 aku yang terdahulu korang tau la.

kalau dah penat sangat, nak bangun pun malas. aku ckp takde ape2 la, org bakar sampah kat bawah tu. amoi aku cakap bukannn bau macam litar pintas ni, kat dapur kuat baunya. baik pulak lakonan dia. nak tak nak ngan muka sposen terpaksa gak aku bangun meninjau. haihh.

opocott mak kau, terpampang birthday cake kat situh, siap berlilin lilin bagai. aku mcm blur2 lagik. lepas tu baru la aku tau rupanya amoi aku tu wat seprais sempena aku punya birthday rupanya. patut le siang tadi nak pakai keter n siap gi tesco, rupanya gi beli barang2 wat kek rupanya. hihi.

pastu, macam korang punya sambutan birthday jugak, tiup lilin, potong kek dan makan.

ape yang aku perasan, nape agak buruk rupa kek aku nih. berbeza sangat ngan kek birthday amoi aku dua minggu lepas tuh. salah buat ke ape. kata nak suh support dia buat kek untuk tempahan. kalau gini le rupanya, ish ish ish, banyak lagi kena blajar tuh. tak pon simpan saje angan2 tu ye. ngeee. tapi, rupa tak penting yang penting ikhlas gitew.

apepon tq pada roommate aku tu, susah2 je.

ni amoi aku punya birthday cake, ada gak rupanya kan?

ni ana punya birthday cake. cer banding cer banding.

memang abstrak. huhu.

tapi sedappp, tak cakap sedap karang tidor luar pulak.

mavelessss

No comments:

Post a Comment