Tuesday, 8 May 2012

positive thinking

ape jua yang berlaku, tak kira lah sesuatu tu melibatkan diri kita sendiri mahupun orang lain. dan tak kira juga sesuatu yang berlaku tu baik mahupun buruk, dengan secara otomatiknya kita akan fikirkan sebab dan akibatnya. dan yang pastinya sepanjang pengalaman aku, kebanyakan nya akan berfikir lebih kearah kenegetifan termasuk lah aku sendiri..ngee.

aku tak nafikan, ramai jugak yang sebaliknya. cuma ni mengikut side aku n criter aku. kalo criter korang aku tak tau la, sebab korang punya criterkan? lgpon malas aku nak amik tahu, nanti aku pikir negetif. huhu.



ok berbalik pada topik, sebenarnya aku rasa aku ni suka berpikiran negetif. tak kira ape jua benda kearah negetif la otak aku akan memprosesnya. contoh yang paling latest dan paling simple aku boleh share kan kat sini ialah ibu susuan pewaris tahkta aku minta kerja, dengan selamba nya otak aku pk kearah negtif, takkan la dapat, ramai lagi org lain, mesti tak dapat punya, tak related langsung. susah nak dapat tu. begitulah lebey kurang. dan hasil nya betol2 tak dapat le. huhu. dan banyak lagi contoh2 lain, cuma aku tanak kongsikan. karang belog ni bertukar jadi belog gossip pulak. haa.

ape yang aku nak tekankan kat sini, kalau dah kita sentiasa dok pikir negetif macam tu, wat ape pon akan jadi negetif. betol tak? mengikut satu buku, ape benda tajuknya aku dah lupa. di ceritakan oleh "somebody" kepada aku, buku ni menceritakan segala perkara mengenai berfikiran positif dan negetif. kenapa, bagaimana, kesan dan akibat. aku tak leh nak criter panjang tentang buku ni kerana aku pun belum bacanya lagi. cuma ape yang aku nak story kat sini, aku tertarik dengan satu kajian dalam buku tu yang mana di ceritakan oleh "somebody" tu la ye, mengikut kajian yang di buat, telah terbukti bahawasanya pemikiran kita memainkan peranan penting dalam hala tuju dan kesan ke atas sesuatu. maksudnya, jika kita berfikiran positif berkemungkinan besar positif la akibatnya dan jika semua benda kita pikir negtif maka negetif la hasilnya. menurut beliau lagi, buku tersebut juga menerangkan bagaimana result tersebut di dapati. benda2 yang melibatkan cas positif cas negetif bagai, aku pon tak paham.

sambung balik cerita aku, cerita buku tu selingan saja. kalo bab2 pemikiran positif negetif ni korang tanya je mr google, berlambak article mengenai tuhh. dalam islam pon banyak kisah2 tu. yang pastinya, jawapan nya tetap sama.

walaupun benda ni bukan lah perkara baru dalam sejarah manusia, tapi benda ni agak baru dalam hidup aku. aku tak nafikan, mungkin tahap kesedaran aku terdetik setelah "somebody" mengetuk pikiran aku dengan bercerita tentang ni dulu. dan aku tabik ngan beliau, sepanjang aku kenal beliau, beliau seorg yang positif dan berbaik sangka. ini sedikit sebanyak mengajar dan membimbing aku kearah yang lebih baik, InsyaAllah.

harap2 aku jadi seorang yang berfikiran positif, walaupon cas2 kenegetifan nya masih berkobar kobar neh. susah nak buang woo. roommate aku punya cas negetif pon aku tengok boleh tahan sejak kebelakangan nih. haihh, risau den. kalo aku -ve, dia punya -ve kuasa dua woo. ngee

suka aku nak bagi example kat sinih, dalam bab cari rumah lain.
aku : jauh nya
dia  : jauh giler tu. tentu tak tahan, jem lagi, minyak lagi. bla bla bla bla.

aku : sampai bila la masalah seri nipah ni nak settle....
dia  : sampai bila bila tak akan settle ni. hari ni masalah ni, esok masalah tu, lusa masalah ni, tulat masalah tu, tubeng masalah nun......

kifkifkif... jangan mare contoh je tuhhh...kalo tengok kat diolog tu, macam baik nya aku niiii, sopan santun gituh.. haihh, tidor luar aku malam nih...


bye bye...



No comments:

Post a Comment