lama aku tak membebel dalam blog aku nih..huhu cuti panjang. hari ni aku tak nak criter pasal aku, aku nak criter pasal orang lain. ( bukan ngumpat ). satu kisah yang agak ghairah jugak, lebih kurang datin ghairah agaknya.
akibat cemburu (mengikut kata jiran sebelah ), macam macam hal boleh dilakukan termasuklah hal yang berlaku semalam, di mana satu kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ni dan sesuatu benda yang boleh berlaku di mana sahaja dan tak mustahil akan berlaku.
ceritanya bermula begini, lebih kurang pukul 04:00am pagi tadi aku dikejutkan oleh mak kandung putera mahkota aku, katanya terhidu bau asap. tapi dengan tenang nya aku tidor tak hinggat dunia. biasa la dok kat kondo mewah 1st class ni, macam2 bau la kita boleh hidu kan. so, ape nak di heran kan. mungkin ada makhluk kat bawah tu dok bakar sampah ke ape ke. sekali dia meletop habaq hang. amboi mentang2 baru balik perlis. dah 9 tahun tak g perlis tu. tempat pertemuan aku dan dia. kehkehkeh. tetiba teringat kisah dahulu kala.
citer lain pulak yang kuar nya. ok, strek to de title. sekali meletop kuat giler. aku pon tak sedar bila masa aku tercegat kat tingkap. pewaris takhta aku pun terkejut berok siap berdiri sambil mulut terlopong lagi. aku terhendap hendap mencari jawapan apakah yang berlaku, hanya satu yang terlintas dalam pikiran aku, KEBAKARAN. selang 2 3 minit selepas tu sekali lagi bunyi letupan. sah memang ada kebakaran, asap dan api jelas kelihatan kat bawah. takut giler beb, maklum la tak pernah buat persiapan untuk menghadapi musibah begini.
tanpa berlengah aku terus arahkan amoi aku tu bersiap ape yang perlu. mesti blah secepat mungkin. dengan bercucuran airmata, beliau mengenakan pakaian yang agak tak horny. beliau memang macam tu ketakutan nya melebihi segalanya. biasa la org pompuan katakan. manakala putera beta pulak happy giler, tengok maknya tukar pakaian, ingat nak g jalan2 agaknya.
bila kuar je rumah aku terdengar riuh rendah bunyi pintu. jiran tetangga turut bergegas menyelamatkan diri masing2. akhirnya aku ngan amoi aku bersama putera mahkota aku selamat sampai kat bawah setelah turun melalui tangga. lif ok je, tapi aku takut nak guna. lgpon aku taknak amik risiko. bahaya tu.
rupanya yang terbakar tu kereta. yang di parking depan kedai kat bawah. mini cooper habaq hang. api semakin marak dan merebak ke kereta sebelah. bomba dah di inform tapi tak sampai lg. mungkin sesat jalan kot. maklum la, tempat kediaman aku ni tersorok sikit. bangunan jelas kelihatan tapi jalan masuk nya memang konfius. aku pikir, nasib baik la angin tak kuat. so, dia punya tahap merebak tu kurang la sikit. yang aku dok risau ni buat nya api tu merebak ke blok kedai kat bawah tu habis la.
sementara bomba dan polis sampai macam2 karenah aku boleh nampak. ada yang cool, ada yang kelam kabut, ade yang panic tahap gaban. macam2 la. yang aku tak boleh bayang kan tu, ade gak yang memberanikan diri masuk dalam kereta yang sedang terbakar. siap start n bawa keluar lagi. dah macam dalam filem dah. mana tak nya, penah korang tengok live punya kereta terbakar sambil bergerak siap ade org dalam nya.
aku tak leh wat ape, kaki dan tangan aku di rantai oleh amoi aku, sampai nak masuk dekat sikit pun tak boleh. hayya, ape yang di takutnya ntah. lgpon aku nak masuk dekat pon aku takut. meletup kuat beb. lg satu aku risau dua2 kedai runcit kat bawah tu ada jual gas dan kedua dua nya letak gas tu kat depan kedainya. jarak kete yang terbakar ngan tong2 gas tu cuma lebey kurang 3 meter je. aku cuma berharap supaya bomba boleh sampai cepat tu je.
dipendekkan criter, polis pun sampai dan di susuli bomba. api semakin marak, maka bergegas la abang2 bomba tu melakukan kerjanya. api berjaya di padam dan aku tak menunggu lama. kalau tunggu lama pun bukan nya boleh wat ape2 pun. nak g cakap hai kat brader bomba pun tak boleh.. hayya. amoi aku takut dalam ramai2 org tu ader penjenayah yang nak culik dia dan mintak wang tebusan dengan aku. dia tahu aku takder duit nak bayar wang tebusan tu, pasal tu dia takot sangat kot. hihi.
akhirnya, setelah sembang menyembang ngan jiran tetangga, didapati itu adalah perbuatan khianat. ade manusia yang tak puas hati kat mamat mini cooper tuh. tunggu je line clear, terus bakar kereta. dia tak pikir org lain yang takder kena mengena ni pon akan terlibat sama. dan dia bodoh sangat ke, yang perbuatan dia tu boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda org yang tak berkaitan langsung dalam drama swasta dia tuh! harap2 dapat tangkap si pelaku tu dan di kenakan hukuman setimpal.
gambor masa kejadian aku tak sempat amik, maklum la akibat panic yang melampau. semua benda tinggal. yang penting anak dan isteri aku selamat. tengok gambo selepas kejadian pun aku rasa dah memadai. sekian.
opsss, setelah di siasat oleh para penyiasat bersama anjing pengesan jenyah, di dapati tiada unsur jenayah berlaku. so, mengikut keputusan awal, ini adalah disebabkan oleh sistem kete tu berproblem. ntah le, info ni aku dapat ketika dok bersembang ngan owner n abang penyiasat dalam gambo tu. thee..
moral of the story, jangan percaya 100% kata org.
moral of the story, jangan percaya 100% kata org.
No comments:
Post a Comment