Tuesday, 2 February 2016

A.A @ FARM IN THE CITY

Pewaris takhta aku tu dok sebok ajak pi legoland. siap menabung lagi. memandangkan poket aku "sipi sipi" je makanya aku bawak lah pi farm in the city kat seri kembangan tuh.. lagipon dia dah lama dok jeles ngan sepupu dia yang dah kesitu tuh...

seri kembangan ngan istana aku tu tak jauh sangat dan tak perlu hotel hotel bagai. so, takde lah rabak sangat.. haha. ok berbalik pada farm in the city, aku rasa better than zoo negara kot... arghhh korang pi sendiri la tengok, ckp panjang kan nanti ada pulak pihak terasa... ngeee

nak dijadikan cerita, dah hampir habis tour kat dalam tu tetiba amoi ku ckp, why not u amik video n buat video... adoii baru ckp.. so aku amikla video n kami pusing la sekali lagi bg complete kan story nya. nasib baik tempat nya tak besau so takde la penat sangat.. itulah ceritanya....

dan inilah videonya... Samsung A7 punya camera thorbaekkk...



sekian...

Friday, 13 September 2013

Permulaan baru

Pewaris tahkta aku ni dah besar rupanya.. sebelum ni aku stop kat botak, kini berambut kembali, berbotak balik dan berambut kembali.. Aku kena teruskan ape yang aku mulakan.... walaupun hanya gambar itu berbicara sendiri.. huhu.. jiwang siottt. nanti anak aku baca, mesti dia cakap wat rong vit u papa? ngeee... 








sekiannn... untuk tatapan awek aku yang agak kesibukan bekarja tuhh..

Monday, 22 April 2013

motor baru

kol 5.30am timbalan presiden aku tu dah bangun. kejut kan ibu kandung beliau dan tunjuk2 ke arah guess room sambil bagitau nak motor. nak utooo nak utooo, bromm bromm katanya. siap ade sound efek tu.
 
maklumlah dapat motor baru, hadiah daripada ongoh ongoh beliau sempena besday nya. bromm bromm saje.
 
dalam pada dia dok sonok sonok menunggang dan menonggeng tu, yang tertunggang dan tertonggengnya aku ni lah. mana taknya, pewaris aku tu bukan nya pandai nak kontrol motor beliau tuh. aku jugak lah yang terpaksa berlari lari anak menkontrolkan menda alah tu. bukan taknak biarkan dia main sorang2, kot kot la dia pi langgar ape ape ke. nak kata laju tak la laju sangat. tapi kalau buat nya tersepit tangan ke kaki ke, tak ke naye.
 
apepun tima kasih lah pada ongoh2 beliau yang sudi mensponsor hadiah nih. bapak n mak kandung tak yah beri ape2 dah, cukup dah kaseh sayang yang di curahkannn tu.
 
 
pada ude ude, tacu tacu, uteh uteh n tok tok termasuk wan wan sekalian jangan bimbang dan jangan gopoh gapah ye, masa pemberian di lanjutkan sampai bulan 4 tahun depan. ngeeee.
 
 
 
 
 
 


Thursday, 18 April 2013

genap 2 tahun

Alhamdulillah.. semalam genap 2 tahun pewaris tahkta aku tu. no birthday party. setakat makan kek gulung tak berlilin bagai je. huhu. seronok lihat beliau membesar, bermacam karenah bermacam pe'eel. walau penat macam mana pun kite, walau letih macam mana pun kiter, walau ngantuk macam mana pun kiter, walau nak marah macam mana pun kiter, setiap aksi nya bisa membuat hati tercuit dan semua walau yang banyak kat atas tu akan mencair dengan sendirinya. ( yang tak mencair tu kena le sedas dua) ngee.
 
beliau ni dah boleh nyani lagu negaru ku, pantang jumpa bendera terus menyanyi. tak kira bendera ape, semua dia rembat, tanah tumpah katanya. kena pulak time ngundi nih, lagi la dasat. lalu je kawasan meriah ngan bendera terus wahhh antik nya anah umpahh mama. then, terus nyanyi. kalau aku atau pun awek tu aku ikut sekali nyanyi terus kena sound no! siap naik jari telunjuk hala ke kami, konon nya nak cakap tak yah ajar, dia dah tahu, hayya. kalau dulu aku nyanyi dia ikut sekarang ni jangan harap.
 
ok lahh, malas nak emosi panjang kali nih. ni aku kepilkan gambar budak berumur genap 2 tahun a.k.a Oo OoMeng Uu UuKa ( Ultromen Bertukar )..
 








sekian...